Selain itu mesyuarat berkenaan juga turut dihadiri oleh Ketua Sektor ICT, Ketua Unit Sekolah Rendah, Ketua Unit Pembangunan dan Bekalan, akautan dan beberapa pegawai dari JPN , PPD Kuala Terengganu dan barisan kepimpinan sekolah berkenaan.
SK Kompleks Tembesu yang diserahkan pada 4 Jun 2014 mempunyai 24 buah bilik darjah dan pelbagai bilik-bilik khas. Menurut Ketua Sektor Pengurusan Sekolah beliau amat yakin dengan kepimpinan sekolah yang dilantik untuk membawa sekolah ini menjadi antara sekolah terbilang di kemudian hari. Pada 3 Ogos nanti sekolah ini akan beroperasi dengan pembukaan 11 kelas dari tahun 2 hingga 5 dengan jumlah murid permulaan dijangka berjumlah hampir 300 orang.
Sementara itu mengikut laporan Ketua Unit Pembangunan semua bekalan perabut dan pelbagai peralatan hampir lengkap dan beliau akan memastikan operasi pembukaan sekolah baru nanti berjalan sempurna. Pihak PPD dan JPN akan memantau dan membantu keperluan bagi pengoperasian agar ianya berlaku dengan baik mengikut Standard Of Procedure yang ditetapkan. Kemungkinan juga SK Kompleks Tembesu akan beroperasi serentak dengan SMK Kompleks Tembesu di sebelahnya.
Walau apa sekalipun tanggungjawab membangun kecemerlangan SK Kompleks Tembesu ini menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat sekitar. Sekolah ini akan kekal dalam kampung mukim mereka sampai bila-bila. Oleh yang demikian bersama-samalah membangun dan menjaganya demi kelangsungan pendidikan anak-anak kita.
No comments:
Post a Comment