Sunday, July 6, 2014

Berita yang ditunggu telah tiba...DG41,DG44 dan DG48 ada NPQEL layak mohon Guru Besar

Jangkaan kita sebagaimana Sembang Sabtu bertarikh 21 Jun 2014 yang mengatakan GPK DG41 ada NPQEL bakal dilantik Guru Besar kian menjadi kenyataan. Ini berikutan beberapa hari ini kita menerima salinan surat melalui aplikasi whatsApp mengenai siaran bertajuk "Urusan Penempatan dan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41/DG44/DG48 (exPPPLD) Bagi Pengisian Jawatan Guru Besar Gred DG32 dan DG34 Tahun 2014 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)" bertarikh 27 Jun 2014 dari Bahagian Sumber Manusia.

Mengikut siaran berkenaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41/DG44/DG48 (exPPPLD) yang ingin memohon perlu memenuhi antara syarat khusus antaranya pegawai berkenaan telah lulus NPQEL/NPQH dan mempunyai pengalaman bertugas dalam pentadbiran selama 3 tahun sama ada sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang/Guru Penolong Kanan/jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/Bahagian/IAB/IPGM/KP.

Mungkin dalam masa terdekat JPN-JPN akan memanjangkan siaran ini terutama dalam portal masing-masing. Jangan lepaskan peluang ini.


22 comments:

  1. sila lawat jjpn johor untuk dapatkan surat siaran

    http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/index2.php?BHS=&UT=4&MN=40&JN=&W=1782

    ReplyDelete
  2. Ye JPN Johor dah lunch kat portal mereka minggu lepas. JPN Terengganu dalam proses surat baru terima sehari dua ini.

    ReplyDelete
  3. Kalau guru penolong biasa yg ada NPQEL layak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak kena faham. Tujuan sebenar kpm buka gb kpd guru ijazah sebab apa. Bukan kerana utk mmertabatkan jawatan gb bukan juga kerana utk mgiktiraf ijazah guru2 tp kerana kpm tersepit. Gpk semua ada ijazah tak layak jd gb. Maka siapa nak ganti gb pencen. Maka mau tak mau terpaksa juga buka kpd gpk yg ada ijazah. Guru biasa. Maaf ya.

      Delete
  4. Mohon memang boleh tp toksah harap nak dapat selagi masih ada dg32 yg belum jd gb atau pk.

    ReplyDelete
  5. Setuju beri guru berijazah pula jwtn pentadbiran di sek rendah....

    ReplyDelete
  6. Guru grad. berlambak di sek rendah skrg...dg41/44/48...tp Gb masih dari gred 32/34!!!???

    ReplyDelete
  7. Banyak songel pulak KPM beri peluang mohon jerla bukan kena bayar. Cara berfikir negatif dan menyalahkan org lain. Camni pemikiran bakal (bangkai) Guru Besar

    ReplyDelete
  8. Wahai pendeta lara. Apa peduli org nak mohon ke tidak. Ikut pandai dia la. Dia nak komen ikut suka dia la. Ini kan ruangan komen. Yg awak marah sebab apa. Saya harap awak tdk mohon jawatan guru besar. Kerana awak jenis org yg tidak boleh di komen. Kene komen melenting mcm org hilang akal.

    ReplyDelete
  9. Biar dia mohon bukannya dapat pun.

    ReplyDelete
  10. Mengapa guru penolong biasa KPLI DG41 tidak layak jadi gpk di sek ren walaupun berkebolehan ? Jadi tdk ada peluang jadi gb juga sedangkan sekarang ramai guru sek ren mempunyai kelayakan ijazah. Tidak adil untuk kpli sebab tidak berpeluang memegang jawatan pentadbiran di sek ren.

    ReplyDelete
  11. Lepasan KPLI tidak layak menjadi gpk dan gb di sek ren. Tidak masuk akal sistem ini. Siapa boleh tolong? KPLI TERSEKAT dalam kenaikan pangkat???

    ReplyDelete
  12. Siapa lg. Kpm sendiri la yg mmperthnkan dasar lapoknya. Baru2 ni dgr kata buka dah utk dg41 tp dlm iklan terbaru takde pun. Kalau ye pun dibuka adalah disebabkan kpm takde pilihan sbb guru2 yg berkebolehan hmpir semuanya berijazah. Jd sedarlah kawan2 dg41 44 kamu semua adalah pilihan terakhir dan tunggu sehingga pupusnya dg32. Hidup KPM. Kementerian paling hebat.

    ReplyDelete
  13. Sistem kenaikan pangkat baru perlu diwujudkan. Ada diskriminasi dlm kenaikan pangkat guru. Skrg ni ada d klgn GPK dan GB yg tak layakpn memegang jwtan itu tetapi peluang dan rezeki berpihak pd mrk sb msh dlm gred dga 32/34. Guru2 yg bsmgat dan dedikasi pula dgn gigihnya mymbung pengajian sehingga dilantik ke dg41. Sepatutnya wahai pemimpin2 kami...diorg ni lah yg layak dijdkan gb dan gpk bukannya golongan yg hy inginkan jawatan tetapi gagal dlm melaksanakan tugas. Kecewa sgt dgn situasi ni wpun sy tidak brminat utk mjd pemimpin pengurusan di sek ren tp ramai guru yg betul2 layak tidak ada peluang.

    ReplyDelete
  14. Ada orang dapat duit..bil upah buat assigmment n tesis....

    ReplyDelete
  15. Tak ada peningkatan dalam kerja pun....gaji bertambah .... kpm turunlah ke sekolah pantau

    ReplyDelete
  16. hi. Saya setuju juga ni. Tapi KPM masih tak nak betulkan masalah ini. Sampai bila nak tolong DG32/DG34. Transformasi tak wujud ni!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  17. Tak logik langsung!!! Lepasan KPLI tidak layak jadi pk dan gb di sek ren??? Apakah sistem ini??? Tiada peluang kenaikan pangkat jawatan!!!

    ReplyDelete
  18. Sistem naik pangkat yg baru diumumkan masih tidak memberi peluang dan laluan kpd guru yg lepasan KPLI. Guru exPPPLD masih diberi keutamaan dlm pemilihan barisan kepimpinan sek. Satu persoalan daripada guru kumpulan seperti saya, adakah kami TIDAK LAYAK diberi laluan utk menjadi GB di sek rendah? Saya terasa ketidakadilan dalam sistem naik pangkat ini!

    ReplyDelete