Sunday, October 4, 2015
Sunday, September 27, 2015
Friday, September 11, 2015
Jaga kesihatan, elak berada di luar
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan dan
mengurangkan aktiviti luar ekoran jerebu.
"Saya di sekitar KLCC pagi
tadi. Nampak keadaan jerebu meningkat, harap semua jaga kesihatan dan elak
berada di luar," katanya dalam akaun Twitter dan Facebook beliau.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam
Sekitar, Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara
(IPU) 114 pada pukul 5 petang tadi berbanding 92 pada tengah hari.
Secara keseluruhan, jumlah kawasan
mencatat pertambahan bacaan IPU tidak sihat pada petang ini meningkat kepada 14
kawasan berbanding hanya enam tengah hari tadi.
Laman sesawang jabatan itu turut
merekodkan bacaan IPU tertinggi di Samarahan (184), Sri Aman (177) di Sarawak
dan Nilai (135) di Negeri Sembilan. - Bernama
Jawatankuasa Utiliti kenalpasti keperluan sekolah
KUCHING -
Kementerian Pendidikan menubuhkan Jawatankuasa Utiliti bagi mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah seperti bekalan elektrik, air dan telekomunikasi di semua
sekolah di Sarawak.
Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Pengarah Pendidikan Sarawak, Rakayah Madon untuk menyenaraikan semua keperluan bagi menyediakan kemudahan tersebut.
"Anggota jawatankuasa ini terdiri daripada wakil Syarikat Sesco Bhd, Jabatan Kerja Raya (JKR), Telekom serta pihak berkuasa air untuk membantu kita melaksanakan projek utiliti contohnya bekalan elektrik, air dan sebagainya.
"Jawatankuasa ini akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh seminggu dua ini dan mereka akan menyenaraikan sekolah yang akan terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat isu-isu pembangunan sekolah bersama pegawai Jabatan Pendidikan Sarawak di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Kamalanathan berkata sebagai permulaan kira-kira 130 daripada 399 sekolah di Sarawak yang masih menggunakan kemudahan set generator dijangka mendapat bekalan elektrik sepenuhnya sebaik beberapa isu seperti pendawaian diselesaikan,
"Di Sarawak ada 399 sekolah yang masih menggunakan set generator dan kira-kira 130 telah dikenal pasti untuk dibekalkan dengan elektrik.
"Kita akan cuba mempercepatkan proses menukarnya tetapi sebelum itu perlu memastikan kerja pendawaian di sekolah terlibat sudah dibuat. Jawatakuasa Utiliti ini akan memastikan semua keperluan ini dapat disediakan," katanya.
Kamalanathan berkata, mesyuarat itu turut membincangkan beberapa masalah yang dihadapi sektor pendidikan negeri seperti kelewatan beberapa projek pembangunan sekolah.
"Sebagai contoh, sebuah sekolah pendidikan khas di Kuching untuk pelajar OKU penglihatan masih belum siap.
"Saya maklumkan dalam mesyuarat tadi, kementerian telah mengarahkan projek tersebut disiapkan selewat-lewatnya Disember ini," katanya.
Menjawab soalan mengenai Sekolah Kebangsaan Song dekat Kapit dan Sekolah Menengah Singai dekat Bau yang juga masih belum disiapkan, Kamalanathan berkata JKR telah mengambil alih kedua-dua projek tersebut.
"JKR akan keluarkan tender baharu. Sebaik proses tender selesai dan kontraktor dikenal pasti, JKR menjangka paling awal projek itu dapat disiapkan pada akhir tahun 2016 atau paling lewat suku ketiga 2017."
Kamalanathan berkata, kementerian juga akan memastikan kontraktor yang gagal menyiapkan projek tidak akan diberi peluang lagi untuk membida projek kementerian pada masa hadapan. - Bernama

Cuepacs mahu kerajaan timbang tiga bulan bonus
KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat
mempertimbangkan pemberian bonus sebanyak tiga bulan kepada penjawat awam pada
pembentangan Bajet 2016 bulan depan.
Setiausaha Agung Cuepacs Datuk Lok
Yim Pheng berkata, permintaan berkenaan dibuat bagi membantu meringankan beban
penjawat awam yang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi pada masa ini.
"Kita bukanlah minta kerajaan
bagi sekali gus bonus tiga bulan itu, beri secara berperingkat pun tidak
mengapa kerana kita faham keadaan kerajaan," katanya kepada Bernama di
sini hari ini.
Beliau berkata permintaan bonus itu
juga adalah sebagai menghargai jasa penjawat awam yang telah menunjukkan
prestasi perkhidmatan yang baik selama ini.
"Selain itu apabila mendapat
bonus, mereka akan berbelanja dan sekali gus akan merancakkan lagi ekonomi
negara," katanya.
Lok berkata, Cuepacs juga mahu
kerajaan menyemak semula dan melakukan penambahbaikan 252 skim gaji dan elaun
penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak
menentu kini.
Beliau berkata perhatian sewajarnya
perlu diberikan kerana ia merupakan harapan kepada 1.6 juta penjawat awam di
negara ini.
"Mana-mana skim perkhidmatan
yang dianggap kritikal seperti pembantu tadbir dan badan beruniform, sudah lima
hingga enam tahun tidak disemak, perlu diberi perhatian... kerajaan perlu beri
keutamaan kepada mereka yang berpendapatan rendah," katanya.
Lok berkata antara penambahbaikan
yang boleh dilakukan ialah dengan memberi kenaikan gred berdasarkan pengalaman
dan kepakaran kakitangan yang telah berkhidmat dalam tempoh yang lama.
"Walaupun mereka hanya memiliki
kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ia boleh diiktiraf berdasarkan pengalaman
dan kepakaran bagi membolehkan mereka menerima kenaikan gred.
"Kerajaan juga mungkin perlu
menyediakan lebih peruntukan untuk peluang latihan bagi meningkatkan lagi
kemahiran dan kepakaran mereka," katanya. - Bernama
Sunday, August 23, 2015
Tahniah dan Syabas kepada Pegawai PPD yang baru
KUALA TERENGGANU - Sempena perhimpunan Jabatan Pendidikan Terengganu Bulan Ogos pagi tadi , selain diadakan acara pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015 turut diraikan ialah penyerahan surat watikah pelantikan sebagai Pegawai Pendidikabn Daerah bagi PPD Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Kemaman. Majlis berkenaan telahb disempurnakan oleh Yang Berbahagia oleh Tuan Haji Matsor bin Ismail, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.
EN. JELANI BIN SULONG
sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu
EN. JALALUDDIN BIN ISMAIL
sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu
EN. IDRIS BIN BIDIN
sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman.
Tahniah dan syabas !!!!!!
Tuesday, August 11, 2015
Puisi : Gahnya Melayu
GAHNYA MELAYU
Tanah leluhur ini sudah sering berlangir darah
mempertahankan setanjak bangsa bermaruah
dari susur zaman Tuah dan para pejuang terbilang
hingga zaman liberal demokrasi penuh tipu daya
Melayu masih menjadi raja penguasa
bersemayam atas tahta maruah bangsa merdeka
Dengan kuasa dan rezeki dari tanah berdaulat
diadun dalam talam bijaksana muafakat
kita membawa perbezaan pelbagai bangsa
ke meja bulat saling hormat setia sejiwa
menjadi warga bangsa yang bijak dan kaya
bijaksana Melayu sering diludah cemburu
oleh para seteru yang sekian lama menunggu
Bijaksana Melayu menggali strategi
memperkasa pendidikan dan ekonomi
bagi mereka bagai ditikam belati
kerana mereka sangat tahu dan faham
syarat tamaddun dan menguasai alam
maka perang dilancarkan habis-habisan
agar Melayu tidak lagi menjadi tuan
di tanah leluhur nenek moyang
Hancur tamaddun bangsa di bumi ambia
menjadi mereka semakin teruja dan gila
anak negeri dijadikan senjata penebang
menumbang pohon bangsa yang rendang
mereka mengeksport kereta kebal demokrasi
mereka menyuntik racun libralisasi
pemimpin yang ada difitnah jahat
kononnya atas nama perjuangan rakyat
Begitulah semboyang dan serangan
anak muda bangsa yang kurang matang
diajar sembah durhaka menentang
menggunakan setiap strategi dan peluru
hingga timbul persepsi dan ragu-ragu
pada pemimpin bangsa sendiri
yang membawa Melayu ke puncak disegani
Mereka pastinya tidak akan pernah berhenti
hingga Melayu lenyap menyembah bumi
dan para pemimpin tidak bangun-bangun lagi
mengibar panji daulat bumi merdeka
yang pasti hanya tercatat dalam arkib
Melayu yang hebat lenyap diaib
kerana ukhwah dan setia jiwa
tercecer di lidah para pendusta durjana.
Gahnya Melayu atau ranah bangsamu
terpikul di pundakmu saudara-saudaraku
ini tanah warisan kita satu-satunya
tanah jawi tanah para wali tanah aulia
keramat dan barakahnya masih menyala
di jiwa para pejuang yang ikhlas dan setia
Lara MN
Kuala Terengganu
11.08.2015

Thursday, July 30, 2015
Bengkel Kerja Pengurusan Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) Zon Timur
KUANTAN - Seramai 60 orang pemimpin sekolah murid orang Asli Zon Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang telah mengikuti Bengkel Kerja Pengurusan SMOA di Bukit Gambang Resort City bermula 28 - 30 Julai 2015. Bengkel ini telah diurusetia oleh Unit Sekolah Alternatif, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia yang diketuai oleh En.Mohd Noor Azam bin Ahmad Mion.
Para peserta telah diberi input berkaitan mempertingkatkan inovasi dan kualiti dalam pengurusan dan pdp oleh Pegawai dari Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang selain input dari Pegawai Akademik dari BPSH sendiri. Ianya sangat berguna dan bermanafaat bagi mempertingkatkan prestasi dan kehadiran murid-muid orang Asli. Prestasi dan kehadiran murid Asli ke sekolah merupakan isu utama bagi sekolah-sekolah murid orang Asli ini.
Selain dari itu, para peserta berkongsi idea dalam bengkel yang memberi fokus kepada dua isu utama di atas. Kadang-kadang kita turut bersimpati dengan masalah dan pengorbanan guru besar dan guru-guru sekolah murid orang Asli terutama yang jauh ke dalam hutan. Menurut mereka ada murid tinggal empat dan lima kilometer dari sekolah dan hanya kenderaan pacuan empat roda boleh sampai ke sekolah dan ke rumah pelajar. Ada guru besar dan guru yang bangun pukul dua pagi mencari murid di rumah mereka. Bermacam-macam cabaran terpaksa dihadapi demi menjayakan visi dan misi pendidikan negara.
Kita berharap perkongsian pengalaman seperti bengkel ini memberi motivasi khususnya kepada guru-guru sekolah murid orang Asli yang lebih mudah dihubungi dan mampu diakses dengan pelbagai kemudahan supaya memberi perkhidmatan terbaik.
Kita mencadangkan juga bagi memajukan pendidikan sekolah murid Asli guru besar yang muda seperti guru besar flexi, guru cemerlang patut ditambah untuk ditempatkan di sekolah-sekolah murid sekolah orang Asli dalam tempoh tertentu. Kita yakin dengan transformasi yang lebih kreatif dan inovatif pendidikan sekolah murid sekolah mampu merapatkan jurang pencapaian dengan sekolah aliran perdana. Mereka bukan lagi selepas itu sebagai faktor dominan sebagai "menarik turun" prestasi negeri.

Wednesday, July 22, 2015
Puisi : Rumah Terbuka
RUMAH TERBUKA
Biarkan dedaun pintu rumahmu
dibuka seperti biasa-biasa
tapi lebarkan pintu-pintu hatimu
menerima para tamu yang singgah
rumah terbukamu menjadi indah
Hidangkan mereka juadah yang ada
serta kuntum senyum berpanjangan
dengan buah butir bicara menyenangkan
nanti mereka bisa kenyang
biarpun tidak kecukupan
Rumah terbukamu harum dan meriah
dengan bunga-bunga rahmat tuhan
bila ditatah tatang dengan keikhlasan
ada tamu tidak kau undang
tergerak hadir untuk meraikan
Rumah terbukamu dapur syukur
yang Tuhan amanahkan rezeki
di pinggan rezekimu untuk dinikmati
para tamu yang Tuhan kehendaki
Lara MN
Kuala Terengganu
21072015
Biarkan dedaun pintu rumahmu
dibuka seperti biasa-biasa
tapi lebarkan pintu-pintu hatimu
menerima para tamu yang singgah
rumah terbukamu menjadi indah
Hidangkan mereka juadah yang ada
serta kuntum senyum berpanjangan
dengan buah butir bicara menyenangkan
nanti mereka bisa kenyang
biarpun tidak kecukupan
Rumah terbukamu harum dan meriah
dengan bunga-bunga rahmat tuhan
bila ditatah tatang dengan keikhlasan
ada tamu tidak kau undang
tergerak hadir untuk meraikan
Rumah terbukamu dapur syukur
yang Tuhan amanahkan rezeki
di pinggan rezekimu untuk dinikmati
para tamu yang Tuhan kehendaki
Lara MN
Kuala Terengganu
21072015
Jangan cemar imej perkhidmatan awam
KUALA LUMPUR
- Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menasihatkan penjawat awam agar
tidak melibatkan diri dalam perbuatan yang boleh mencemarkan imej perkhidmatan
awam dan menjejaskan ketenteraman negara.
Sebaliknya beliau berkata mereka harus memberikan tumpuan dan komitmen dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat selaras dengan Agenda Transformasi Nasional, dan tidak melibatkan diri dalam perbuatan atau aktiviti seumpama itu.
Dalam satu kenyataan Ali berkata beliau mengambil maklum dan memandang serius terhadap beberapa perkembangan semasa dalam negara yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
"Ini termasuk laporan berikutan siasatan pihak polis Thailand bahawa ada pihak tertentu dalam negara bersama anasir luar yang terbabit dalam konspirasi terhadap kepimpinan negara untuk mengganggu-gugat proses demokrasi negara.
"Perkara ini boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara serta merupakan tindakan khianat terhadap negara," kata beliau. - Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)