Monday, November 14, 2011

Lihat Dengan Mata, Pandang Dengan Jiwa

Manusia sebenarnya boleh melihat dengan berbagai cara. Pertama, dengan mata kepala. Kedua, dengan mata akal. Ketiga, dengan mata hati. Tetapi jarang seseorang itu dapat melihat dengan ketiga-tiga mata ini. Mata kepala melihat dengan perantaraan cahaya, benda dan material. Mata akal melihat dengan perantaraan fikiran. Tetapi mata hati melihat dengan perantaraan rasa.

Kalau seseorang itu melihat hutan belantara dengan mata kasar atau mata kepala, maka itulah yang dia nampak iaitu hutan yang tebal dan menghijau. Kalau dia melihat dengan mata akal, maka dia akan nampak balak dan kayu kayan yang boleh dijadikan bahan kekayaan. Kalau dia melihat dengan mata hati, dia akan nampak keagungan dan kehebatan Tuhan dan hikmah yang terkandung di dalam ciptaan hutan tersebut. Terasa di hatinya betapa hebatnya Tuhan.

Kalau seseorang itu melihat laut dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak iaitu air yang luas dan membiru serta ombak yang tidak henti-henti memukul pantai. Orang yang melihat dengan mata akal akan nampak ikan di dalamnya yang boleh ditangkap dan dijual. Orang yang melihat dengan mata hati pula akan nampak kehebatan Tuhan dan hikmah dalam ciptaan laut yang begitu luas dan dalam, yang siapa-siapa pun tidak tahu apa rahsia yang tersimpan di dasarnya. Terasa betapa kerdilnya dia di hadapan Tuhan.

Siapa yang melihat dataran bumi dengan mata kepala, maka itulah sahaja yang dia nampak iaitu tanah dan batu-batan. Siapa yang melihat dengan mata akal akan nampak minyak, emas, intan berlian dan segala macam logam yang terkandung di dalam perutnya. Siapa yang melihat dengan mata hati pula akan nampak hebatnya perbuatan Tuhan yang telah menghamparkan bumi ini untuk dihuni oleh manusia di mana manusia boleh hidup dan mengabdi diri kepada Tuhan. Terasa di hatinya betapa pemurah dan pengasihnya Tuhan.

Mata hati bersifat maknawiyah. Ia ada pada makna tetapi tidak ada pada rupa. Ia mampu melihat benda-benda yang batin atau ghaib. Ia membaca hikmah di sebalik ciptaan dan perbuatan Tuhan.

Namun demikian, kebanyakan manusia buta mata hatinya. Mereka hanya nampak apa yang menguntungkan dan yang boleh memuaskan kehendak nafsu mereka sahaja. Mereka hanya terangsang dengan nilai dunia yang ada pada sesuatu ciptaan itu. Mereka tidak nampak Tuhan di sebalik ciptaanNya. Alam tidak membawa mereka kepada Tuhan. Alam tidak mengajar mereka tentang Tuhan.

Sunday, November 13, 2011

MAJLIS PERJUMPAAN KETUA SEKTOR, SPS JPNT BERSAMA IBUBAPA DAN PELAJAR YANG BERJAYA MENYERTAI PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH ( PPCS ) PERMATA pintar UKM TAHUN 2011

KUALA TERENGGANU - Program PERMATA pintar  Peringkat Negeri Tahun 2011 telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Majlis berkenaan diadakan di Bilik Mesyuarat Alamanda, JPN Terengganu dengan pelajar, ibubapa dan guru pengiring .Seramai  30 orang pelajar, bersama ibubapa,guru serta semua penyelia PPD Daerah seluruh negeri  hadir di majlis berkenaan.

Encik Zakariah bin Ali selaku Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar yang berjaya dalam program perkhemahan  tersebut. Perkhemahan ini  akan diadakan pada 20 November hingga 13 Disember 2011, bertempat di Pusat PERMATA , UKM, Bangi , Selangor.Beliau mengharapkan  agar  peserta yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan lebih sistematik dan berkesan serta dapat memanfaatkan sebaik mungkin dalam program ini. Majlis diakhiri dengan soal – jawab serta penyampaian sijil dan cenderahati kepada peserta.

Saturday, November 12, 2011

Majlis Penutup Mesyuarat Sektor Pengurusan Sekolah

CAMERON HIGHLAND – Majlis Penutupan Mesyuarat Pengurusan Sektor Pengurusan Sekolah telah selamat disempurnakan oleh En.Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah melahirkan rasa gembira kerana SPS dapat melaksanakan mesyuarat yang di rancang dengan jayanya. Bagi mesyuarat akan datang Unit Prasekolah yang diamanahkan sebagai urusetia. Beliau juga memaklumkan beberapa perkara penting bagi pengurusan tahun 2012 seperti pelaksanaan MBMMBI, Perihal Yuran Persekolahan, redeployment dan sebagainya.

Taklimat mengenai MBMMBI akan dilaksanakan di peringkat PPD dalam masa terdekat Sementara beliau mengingatkan sekolah tiada kutipan yuran sekolah masa pendaftaran .Manakala sumbangan PIBG perlu diputuskan dalam Mesyuarat Agong PIBG dan dikemuka kepada Pengarah untuk semakan dan kelulusan agar tidak berlaku kutipan yang boleh membebankan ibubapa.

Ketua Sektor Sekolah yang sangat kaya dengan filosofi dan motivasi telah mendorong ahli SPS dengan santai dan bersahaja hinggakan  nampak ceria dan bersemangat. Inilah antara kekuatan dan ikatan kukuh organisasi Sektor Pengurusan Sekolah. Nilai-nilai kasih sayang, hormat menghormati dan saling membantu dipupuk subur dengan harapan ianya mampu mempertingkatkan output dan outcome SPS.

Sebelum itu majlis penutup satu upacara penyampaian cenderamata kepada semua anggota SPS diadakan termasuk hadiah rekreasi Pertandingan Karaoke SPS juga telah diadakan. En. Mohd Zaki Teneha dari Unit Prasekolah telah menjuarai pertandingan dengan lagu “Cinta Kristal”. Naib Johan dimenangi oleh En. Zainuddin  Muda dari Unit Perhubungan dengan lagu “ Lamunan Terhenti” dan En.Mat Lazim dari Unit Rendah tempat ketiga dengan lagu “Mengapa Harus Jumpa”. Selain itu satu hadiah penghargaan hari lahir juga telah diberikan kepada Pn. Wan Rohaidawati Wan Mahadi dari Unit Rendah.

Tahniah dan terima kasih kepada semua. Hingga jumpa lagi di mesyuarat SPS akan datang
 

Perasmian PPD Kemaman yang baru...tahniah

KEMAMAN - Semalam 11.11.2011 Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman yang baru telah selamat sempurna dirasmikan oleh YAB Dato' Seri  Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu dan bermula dari saat itu operasi PPD Kemaman telah berpindah ke premis baru ini di Jalan Cukai - Air Puteh  bersebelahan Kompleks Perumahan Guru, SK Pusat,  Kemaman. Tahniah kita ucapkan kepada semua warga PPD Kemaman.

Majlis perasmian gilang gemilang turut dihadir oleh ahli-ahli Yang Berhormat, ketua jabatan, mantan PPD Kemaman serta pimpinan pendidikan di daerah Kemaman. Sementara YM Tengku Mohd Yusof Tengku Mansor, Ketua Sektor Jaminan Kualiti mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Kita berharap dan berdoa semoga dengan siap dan beroperasinya PPD Kemaman yang baru maka segala urusan berkaitan pengurusan pendidikan di daerah Kemaman dapat dilaksanakan dengan lebih cekap lagi dan penuh keselesaan. Insyaalah . Tahniah Timbalan PPD Kemaman dan semua anggota PPD Kemaman kerana mampu merealisasikan perasmiaan PPD Kemaman pada tarikh keramat itu.

Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012?


Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.
Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

"Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.

"Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.

Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.


Friday, November 11, 2011

Pindaan Tarikh Taklimat Bimbingan Prestasi Sekolah Band 2 Zon Timur

Perhatian kepada semua Guru Besar Sekolah Band 2 Terpilih:
Negeri Terengganu
Negeri Pahang
Negeri Kelantan

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) telah meminda tarikh taklimat berkenaan dari 15 hingga 17 November 2011 ke 15 - 16 November 2011 bagi memberi peluang kepada semua guru besar sekolah terlibat mengurus keputusan UPSR yang akan dikeluarkan pada 17 November 2011. Tempat taklimat masih sama iaitu:

Hotel Grand Continental,
Jalan Sultan Zainal Abidin,
Kuala Terengganu

Berikut adalah jadual baru taklimat berkenaan:


Surat siaran KPM terbaharu dan dokumen berkaitan taklimat KLIK

Mesyuarat Pengurusan Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Terengganu

CAMERON HIGHLAND - Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat berkenaan di Harritage Hotel, Cameron Highland bermula dari 10 - 12 November 2011. Semua pegawai dan kakitangan bagi kesemua unit di bawah Sektor Pengurusan Sekolah hadir kecuali mereka yang ada sebab-sebab yang dibenarkan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah.

Selain dari menyempurnakan rutin pengurusan sekolah seperti perancangan strategik , mesyuarat ini juga memasukkan input profesional mengenai pengurusan cuti. En. Mohd Zuki Ariffin, Pegawai Eksekutif Kanan dari Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan, JPN Terengganu telah menyampaikan ceramah berkaitan "Pengurusan Cuti" kepada semua peserta. Input ini telah mendapat respone yang sangat baik daripada peserta. Ramai peserta semakin faham tentang cuti-cuti yang ada dalam perkhidmatan awam amnya dan perkhidmatan pendidikan khasnya.

Semalam En. Mohd Nawawi bin Rani, Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran selaku ketua urusetia mesyuarat  ini telah menyampaikan taklimat kepada semua peserta tentang jadual mesyuarat, housekeeping dan aktiviti-aktiviti sepanjang mesyuarat ini. Sementara En. Salim Ghani, KPP Sektor Pengurusan Sekolah dalam ucapan ringkas aluan meminta semua anggota Sektor Pengurusan Sekolah agar dapat bekerjasama dan berlapang dada menjayakan mesyuarat pada kali ini dan berharap berlangsung dalam suasana mesra sebagai satu keluarga Sektor Pengurusan Sekolah.


Renungan Jumaat : Mendidik Anak Mengawal Ego

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kanak-kanak lazimnya suka kepada sesuatu yang membawa kepada kegembiraan. Semua yang terhidang di hadapannya dianggap barang permainan yang boleh memenuhi keperluan dirinya untuk bergembira.

Tempoh kanak-kanak belajar juga banyak dikaitkan dengan permainan. Sifat mereka yang sentiasa ingin mengetahui sebenarnya membantu dirinya untuk menjadi dewasa. Namun, dalam perincian kehidupan, tidak semua yang membawa kepada gembira dan kepuasan itu baik untuk mereka.

Ego terbentuk apabila semua keinginan dan kehendak dipenuhi tanpa sebarang kesukaran dan batasan. Apabila ini berlaku, anak-anak akan belajar memahami bawa tiada apa yang boleh menghalang segala kehendaknya dan semua yang dikehendakinya adalah betul.

Impaknya, anak-anak ini akan membentuk personaliti yang tidak boleh bertoleransi, mementingkan diri sendiri dan tidak mahu bekerjasama. Lebih parah, mereka tidak mahu mendengar dan mengambil kira pendapat orang lain.

Peranan ibu bapa sangat penting untuk menyahkan sifat ego daripada terus menguasai anak-anak. Baik dari segi pentarbiahan berterusan mahupun contoh teladan. Anak-anak perlu diberitahu dan dimaklumkan pendidikan moral dan ditanamkan konsep iman di dalam dirinya. Iman yang subur dalam diri anak-anak boleh menjadikan mereka manusia yang ihsan dan merendah diri kepada manusia lain dan penciptanya.

Ada suatu ketika, seorang sahabat, Sahal bin Tusi menceritakan sewaktu dia berusia 13 tahun, dia melihat bapa saudaranya bersolat di tengah malam. Apabila melihatnya, pakciknya bertanya, “Tidakkah kamu mengingati Allah?” Sahal bertanya, “Bagaimanakah caranya?”

Lalu pakciknya menyuruhnya menyebut, “Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikanku. Ulang sebanyak tiga kali.” Setelah mengamalkannya beberapa malam, pakciknya menyuruhnya menambah kiraan hingga tujuh kali.

Setelah beberapa tahun mengamalkannya, pakciknya meminta Sahal menambah lagi kepada 11 kali dan mengamalkannya sehingga akhirat. Sahal pun mengulangnya setiap malam dan dapat merasakan kemanisan khalimah tersebut.

Setahun kemudian, pakciknya memberitahunya, “Wahai Sahal, sesiapa yang merasakan Allah sentiasa bersamanya, melihat dan menyaksikan segala perbuatannya, tidak akan melakukan maksiat. Maka jauhilah maksiat.” Sahal mengikut nasihat itu dan akhirnya menjadi ulama yang soleh.

Ðasari dengan iman

Apa yang berlaku ini membuktikan apabila anak-anak faham makna iman, mereka akan terus berpegang kepadanya dan sekaligus meruntuhkan perasaan ego dalam diri mereka. Ðasari hidup mereka dengan iman yang teguh, sebelum menjinakkan diri mereka dengan kefahaman dan nilai-nilai budi pekerti yang baik. Pasti usaha ke arah itu akan lebih mudah, insya Allah.

Peranan ibu bapa sebagai model kepada anak-anak juga turut membantu anak-anak menghilangkan rasaa ego. Tunjukkan kepada mereka sifat kita yang sentiasa tolong-menolong dan bertoleransi dalam sesuatu perkara. Wujudkan giliran dalam melaksanakan kerja rumah antara mereka adik-beradik dan galakkan mereka untuk berkongsi apa yang mereka miliki.

Bercakap secara berterus-terang membantu si kecil memahami kehendak kita sebagai ibu bapa untuk membantu mereka membentuk peribadi yang baik disukai dan diteladani oleh masyarakat. Oleh itu, banyakkanlah bercakap dengan mereka dan mengajak mereka berbincang dalam apa jua hal. Meraka akan rasa sangat diperlukan dan lebih memahami.

Anak-anak juga suka menjadi perhatian ibu bapa mereka dan gemar dipuji. Gunakan kekuatan itu untuk terus mendidik mereka mengurangkan ego. Pujilah anak kita apabila dia sanggup berkongsi dengan orang lain dan tegurlah dia jika dia bersikapp mementingkan diri sendiri dan sukar bertoleransi.

Setelah itu, tunjukkan cara yang betul. Elakkan marah kerana dengan meninggikan suara boleh menyebabkan mereka jauh daripada kita, biarlah ini menjadi pilihan yang terakhir dalam mendidik anak-anak.

Akhirnya, ibu bapa sangat besar peranannya dalam pembentukkan anak-anak. Untuk meruntuhkan ego mereka, kita terlebih dahulu perlu periksa adakah kita tergolong dalam mereka yang tebal egonya?

Artikal ini disumbangkan oleh:
Mohd Shafiq Chandran
Guru Besar,
SK Guntong , Setiu, Terengganu.

Thursday, November 10, 2011

Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2011

Kelulusan Pertukaran Guru 1 Jan 2012

Hari ini pasti ramai yang gembira dan tidak kurang juga yang kecewa kerana mengetahui status permohonan pertukaran masing-masing. Apatah lagi bagi mereka yang memohon ke negeri yang statusnya "penuh" seperti Terengganu, Kedah, Perlis dan sebagainya. Jika permohonan mereka berjaya, merupakan satu nikmat yang amat wajar disyukuri.

Permohonan guru rendah mohon masuk Terengganu ialah seramai 1,141 orang dan permohonan keluar hanya seramai 202 orang sahaja. Mesyuarat Panel Pertukaran KPM telah meluluskan seramai 46 orang sahaja berjaya masuk ke Terengganu dan 39 orang sahaja yang diluluskan keluar. Sementara Panel Pertukaran JPN Terengganu yang bermesyuarat di Shahzan Inn, Kuantan pada 24 - 26 Oktober 2011 telah meluluskan seramai 95 orang guru bertukar antara daerah. Seperti mana yang para guru sedia maklum keutamaan kelulusan pertukaran berasaskan kekosongan, keperluan opsyen, ancaman keselamatan, masalah kesihatan, mengikut suami atau isteri serta cukup tempoh.

Kepada mereka yang diluluskan bertukar tahniah kami ucapkan dan diharapkan dapat memberi sumbangan  terbaik di sekolah baru nanti. Dan kepada mereka yang belum ada rezeki diluluskan bertukar semoga bersabar dan memohon semula pada sesi pertukaran Jun 2012. Saya teringat kata-kata En. Zakariah Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah kami semasa Mesyuarat Pertukaran lalu yang antara lain berkata " kita harus menanam satu pemikiran baru kepada anak-anak jika mereka mahu bekerja dengan Petronas mereka harus bersedia berkhidmat di luar negara dan jika mereka mahu menjadi guru serta berkhidmat di Johor misalnya nasihatkan mereka membeli rumah dan sebagainya di sana". Mudahnya zaman telah banyak berubah " kerja hari ini, situasi hari tidak lagi serupa dengan semalam" begitulah juga dalam perkhidmatan perguruan. Kita mesti akur dan bersedia menerima keadaan ini.

Untuk mengetahui senarai kelulusan keluar, masuk dan kelulusan antara daerah negeri Terengganu sila
klik web e-Gtukar atau link di bawah;-

http://apps.moe.gov.my/epgo/
Kelulusan Pertukaran Keluar Terengganu
Kelulusan Masuk ke Terengganu
Kelulusan Pertukaran Antara Daerah Negeri Terengganu

Surat rasmi kelulusan pertukaran akan menyusul dalam masa terdekat. Keputusan Panel Pertukaran Guru adalah MUKTAMAD.