Sunday, February 15, 2015

Jawatan Guru Besar menjadi semakin prestej

Sebelum syarat baru pelantikan guru besar yang mewajibkan pengalaman pentadbiran selama tiga tahun dan mesti memiliki NPQEL ramai pihak yang berpotensi memandang sepi sahaja kepada jawatan ini. Tidak kurang pula yang menolak tawaran dengan alasan jauh keluar daerah dan seribu satu macam alasan lagi. Melihat teman-teman guru besar yang pening mengurus sekolah dengan pelbagai "e" lagilah minat menurun. Jauh sekali ingin mengikuti kursus NPQEL kerana zaman rakan yang kursus NPQH tahun sembilan puluhan hanya boleh digunakan tiket untuk sambung belajar. Jawatan guru besar masih memakai bakul atau zoning senioriti.

Hari ini dengan syarat baru banyak negeri tidak cukup calon dan menerima calon import dari negeri lain. Tawaran mengikuti kursus NPQEL macam goreng pisang walaupun dalam beberapa perkara seperti permohonan, makluman temuduga masih dipersoalkan. Namun setidak-tidaknya jawatan guru besar nampak semakin prestej kerana tidak semua orang layak.

Seingat saya sejak tahun 2009 lagi melalui blog ini saya menulis tentang persediaan calon untuk menjadi guru besar.  Tiket utama ke arah menjadi guru besar ialah menjadi guru penolong kanan dahulu. Nah lihat sekarang seseorang calon guru besar mesti memiliki tiga tahun pengalaman pentadbiran dan lulus NPQEL untuk menjadi guru besar. Pengalaman pentadbiran tiga tahun sebagai penolong kanan atau penyelia di PPD atau JPN.

Kita dapati ada guru-guru biasa yang telah lulus NPQEL. Mahu bawa ke mana NPQEL kalau tidak menjadi GPK ataupun pegawai di PPD dan JPN sekurang-kurangnya tiga tahun. Mereka tidak akan ada pengalaman pentadbiran walaupun ada NPQEL. Jika mereka telah DG34/DG38/DG41/DG42/DG44 ada NPQEL dan dapatkan pengalaman tiga tahun sebagai Guru Penolong Kanan selepas tiga tahun mereka memenuhi syarat untuk dilantik sebagai guru besar.

Pemilihan GPK berasaskan purata 80% prestasi dan 20% markah kemahiran,pengalaman,sumbangan dan juga anugerah. Calon ada NPQEL mempunyai kelebihan dua markah. Calon yang memperolehi kelulusan akademik tambahan semasa dalam perkhidmatan akan memperolehi dua markah. Ini bermakna jika calon itu ada NPQEL dan ada ijazah mereka senang-senang mempunyai empat markah. Mungkin orang kata tidak adil bagi calon DG34 (KUP) dan DG38(KUP). Namun itulah hakikatnya kita melepaskan peluang tidak berminat memohon GPK masa melalui DG32 dan juga tidak menyambung belajar. Bahkan perubahan sistem ini juga disumbang oleh guru lepasan diploma yang tidak berminat menjadi GPK. Apapun rezeki itu luas mungkin bahagian lain mereka ada kelebihan.

Pada saya inilah peluang . Peluang ini tidak luas mana. Kekosongan GPK unuk 2015 sekitar enam puluh orang sahaja. Pertandingan tentu sengit maka kita dapat pilih yang terbaik. Yang terbaik GPK inilah calon-calon Guru Besar masa hadapan. Guru Besar yang hebat ini lah mampu memimpin sekolah sebagaimana hasrat terkandung dalam PPPM 2013 - 2025.




1 comment:

  1. Bagaimana ceritanya dgn guru yg telah lulus npqel, miliki pengalaman jdi pk ptdbirn 18 tahun, miliki master pendidikan.. tetapi menolak lantikan jawatan Guru Besar?Apakah hukuman untuk guru ini. Dia dlm gred DG44 (KUP) tq.

    ReplyDelete