Guru yang bertugas di sekolah rendah Terengganu dari Gred DG34(KUP), DG38(KUP), DG41/DG42 (ex-PPLD/Lantikan Pertama) dan Gred DG44 (ex-PPLD/Lantikan Pertama) dipelawa bagi mengisi jawatan Guru Penolong Kanan di Sekolah Rendah (SK dan SJKC) di Terengganu. Mereka yang berkelayakan dan bersesuaian adalah sebagaimana berikut;
- telah disahkan dalam perkhidmatan (bagi PPP Gred DG41)
- Mencapai prestasi 85% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi tiga tahun, tahun 2011,2012 dan 2013
- telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di sekolah rendah (bagi PPP Gred DG41 lantikan pertama)
- tidak berada di laluan cemerlang (Guru Cemerlang)
- bebas tindakan tatatertib
- telah mengisytiharkan harta
- bebas daripada senarai peminjam tegar pendidikan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan
Sebarang pertanyaan berhubung urusan ini boleh diajukan pertanyaan kepada En. Zakaria bin Muda, Ketua Unit Sekolah Rendah (09-6213111), En. Mat Lin bin Mohd Noor, Penolong Pengarah (09-6213327) dan En. Mat Lazim Noor, Penyelia Kanan Unit Rendah (09-6213109)
Borang muatturun di SINI
Surat Siaran muat turun di SINI
No comments:
Post a Comment