Sunday, March 1, 2015

Kaedah Pengisian Guru Penolong Kanan masih ada yang keliru

KUALA TERENGGANU - Hari ini adalah hari penutup permohonan GPK Flexi untuk negeri Terengganu. Semua permohonan hendaklah sampai ke PPD masing setelah dua minggu diiklankan melalui blog ini dan juga edaran siaran dan borang ke sekolah masing-masing.  Bila tiba penguhujung ini macam-macam cerita kita dengar.

Ada seorang guru telefon kami mengesahkan betul ke tidak apa yang dia baca dakwanya melalui carian google. Dakwa beliau tidak tahu menahu tentang iklan tersebut. Saya hanya suka bercampur geram. Pertama macam mana guru-guru yang berada di Sabah dan Serawak bertalu-talu menelefon kami bila terbaca iklan itu di blog. Adakah guru kita hanya tahu berwhatsapp dan berfacebook? Kedua macam mana rakan-rakan guru sekolah lain, adakah mereka begitu kedekut berkongsi info? Atau kalau PPD email ke sekolah adakah email sekolah dibuka atau atau diselaraskan ke dalam telefon pintar Guru Besar atau GPK masing-masing supaya segala maklumat yang disalur ke email sekolah dapat diketahui serta-merta oleh pentadbir.

Begitu juga pagi-pagi saya dapati satu borang permohonan dari DG32(KUP) untuk mengisi GPK Flexi yang dihantar terus ke pejabat saya. Kemudian petang ini dua buah sekolah menghantar borang permohonan ke pejabat kami lagi. Kedua petunjuk ini menunjukkan betapa tidak fahamnya pentadbir mengurus kenaikan pangkat guru. Pertama dalam borang jelas untuk pegawai DG34(KUP), DG38(KUP, DG41/DG42 dan DG44 (KUP) mengisi jawatan GPK DG32 dan DG34. Bermakna guru DG32(KUP) tidak boleh memohon melalui borang dan kaedah ini. Kedua dalam surat siaran yang ditandatangani Pengarah Pendidikan Negeri jelas semua permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (u.p : Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah).

Posting kali ini saya ingin berkongsi beberapa kaedah pelantikan GPK supaya boleh difahami dan dilaksanakan oleh pemohon dan pentadbir sekolah dengan betul

  1. Kaedah Pemangkuan - Kaedah Pemangkuan di mana seseorang yang gred lebih rendah memangku jawatan gred yang lebih tinggi. Misalnya guru DG29 yang memenuhi syarat dilantik secara pemangkuan memegang jawatan GPK DG32. Ia berdasarkan vetage prestasi 80% dan 20% kemahiran, pengalaman dan sumbangan. Pemohon memohon berasaskan iklan yang dikeluarkan melalui borang khas. Panel Negeri akan mencadangkan ke BPSM (LNP KPM) dan bila senarai keluar mereka ditawarkan penempatan. Biasanya tawaran boleh terima atau tolak. 
  2. Kaedah Penghakikian - Kaedah Penghakikian ialah memberi jawatan hakiki kepada mereka yang telah dinaikkan pangkat secara KUP . Misalnya guru DG32(KUP) ke GPK DG32 hakiki. Ianya diurus seratus peratus oleh PPD/JPN dengan menggunakan borang khas yang boleh diperolehi di PPD. Penilaian berasaskan 45% prestasi, 35% sumbangan, kemahiran dan pengalaman dan 20% temuduga. Amalan biasanya boleh terima atau tolak.
  3. Kaedah Penempatan dan Pertukaran (Kaedah Flexi) - Kaedah Flexi ialah memberi peluang mereka yang berada pada gred lebih tinggi mengisi jawatan lebih rendah. Contoh sebagaimana yang kita laksana sekarang. Mereka yang bergred DG34(KUP), DG38(KUP, DG41/DG42 dan DG44(KUP) mengisi jawatan GPK DG32 dan DG38(KUP, DG41/DG42 dan DG44(KUP) mengisi jawatan GPK34 (bagi SKK dan SBT). Permohon menggunakan borang khas. Penilaian vetage prestasi 80% dan 20% kemahiran, pengalaman dan sumbangan. Dipanelkan di peringkat PPD dan JPN. Senarai dihantar ke BPSM (LNP KPM). Lulus baru ditempat dan ditukarkan secara mandatori seperti Guru Besar Flexi.
Beberapa tahun kita telah mengamalkan pelantikan berasaskan kekosongan "district base" dan itulah orientasi kita untuk masa hadapan walau apa kaedah pelantikan GPK sekalipun. Oleh itu tiada sebab mengapa para guru tidak mengambil peluang ini.

Kita harap para guru dan pentadbir faham tatacara dan kaedah permohonan GPK ini dan sebarang kekeliruan boleh hubungi kami dan juga pegawai dari Unit Naik Pangkat. Sebagai orang bijak kita tentu tahu bagaimana menyelesaikan masalahnya.




15 comments:

  1. Tahniah jpnt.namun begitu pemilihan diperingkat ppd dilihat dibuat secara sembarono.ada sesetegah sekolah sampai 5 calon dipanggil utk temuduga.yg jelas calon tersebut tidak memenuhi syaratpun.ada yg bukan exppld gred 41dan ada guru yg berada dilaluan guru cemerlang.mengapa ini boleh berlaku?tidakkah pihak ppd melihat syarat yang telah ditetapkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn itu saja. Yg heran ada gpk yg x mohon thn lepas tetiba dlantik jd gpk.

      Delete
    2. Bkn itu saja. Yg heran ada gpk yg x mohon thn lepas tetiba dlantik jd gpk.

      Delete
  2. Bila dpt tahu keputusan permohonan ni...sek sy ni dah nk msk bulan ke 5 x dok lg pk hem...pah bulan 6 gpk 1 plk nk pencen...

    ReplyDelete
  3. MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI PENOLONG KANAN HAKIKI ADA KELEBIHAN TAK DARI SEGI KENAIKAN PANGKAT KE DG 44. SEBAGAI CONTOHNYA DG41 KE DG44 DIMANA PERKHIMATAN EXPPPLD DIAMBIL KIRA... ADAKAH SAMA DGN JAWATAN HAKIKI ATAU ADA KEISTIMEWAAN KEPADA YG MEMEGANG JAWATAN HAKIKI INI

    ReplyDelete
  4. MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI PENOLONG KANAN HAKIKI ADA KELEBIHAN TAK DARI SEGI KENAIKAN PANGKAT KE DG 44. SEBAGAI CONTOHNYA DG41 KE DG44 DIMANA PERKHIMATAN EXPPPLD DIAMBIL KIRA... ADAKAH SAMA DGN JAWATAN HAKIKI ATAU ADA KEISTIMEWAAN KEPADA YG MEMEGANG JAWATAN HAKIKI INI

    ReplyDelete
  5. Maaf, sy nk bertanya.
    Sy bkn dr aliran pendidikan...
    Nk tanya, bolehkah fresh graduate, ijazah, posting posting trus jd guru kanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biso soale demp.. ore ado phd x leh jawab nih..

      Delete
  6. Saya di laluan guru cemerlang..dg44 lantikan 2010..apakah prosedur utk saya gugurkan gc utk memohon jawatan pen.kanan or adakah saya perlu menunggu utk kenaikan dg48 time based..sbb sebanyak 2 kali saya memohon utk kenaikan dg48 laluan cemerlang..tp xberjaya..tq

    ReplyDelete
  7. Saya di laluan guru cemerlang..dg44 lantikan 2010..apakah prosedur utk saya gugurkan gc utk memohon jawatan pen.kanan or adakah saya perlu menunggu utk kenaikan dg48 time based..sbb sebanyak 2 kali saya memohon utk kenaikan dg48 laluan cemerlang..tp xberjaya..tq

    ReplyDelete
  8. Kes saya exppld skrg kupdg 44 diberitahu tidak layak memohon jwtn pk sbb kes saya tak dpt lntikan 32 saya dapat dg 41 blh tlg jwb encik dwya dari selangor

    ReplyDelete
  9. Kes saya exppld skrg kupdg 44 diberitahu tidak layak memohon jwtn pk sbb kes saya tak dpt lntikan 32 saya dapat dg 41 blh tlg jwb encik dwya dari selangor

    ReplyDelete
  10. Sekiranya pentadbir di Jpn dan Ppd yg ingin menjawat jawatan Pen Kanan di sekolah rendah,sedangkan sudah mendapat gred dg48 kup..bolehkah untuk memegang jawatan tersebut

    ReplyDelete
  11. Bagaimana pula nasib guru gred 48 di sekolah rendah?..rata2 kami telah berkhidmat lebih dari 20 tahun. Adakah kami juga diberi peluang untuk memohon gpk?

    ReplyDelete
  12. Bagaimana untuk GPK di sekolah berstatus SBT untuk berpindah untuk menjadi GPK di sekolah yang bukan berstatus SBT?

    ReplyDelete