Tuesday, February 10, 2015

Peluang DG34(KUP),DG38(KUP), DG41/DG42 dan DG44 (KUP) menjawat GPK

Semalam kami baru menerima siaran sah sebagai sumber untuk diperakukan mengikut kelayakan dan kesesuaian sebagai Guru Penolong Kanan DG32 dan DG34 di sekolah dari calon DG34(KUP), DG38(KUP), DG41/DG42 dan DG44 (KUP). Sementara jika ada DG32 (KUP) yang ditawarkan menjadi GPK urusan adalah seperti biasa.

Sememangnya kita telah menanti lama detik ini apabila sukarnya mengisi jawatan GPK dari kalangan DG29 dan DG32(KUP) terutama bila wujudnya DG34(KUP) TBBK. Kadar permohonan untuk menjadi GPK merudum teruk dan kita kehabisan stok calon. Namun begitulah kehidupan, dasar akan berubah mengikut keperluan. Siapa yang melepaskan peluang sebelum ini akan merasalah detik sukarnya.

Apabila peluang telah dibuka kepada DG41/DG42 dan DG44 tentunya ia memberi cabaran kepada DG32, DG34 dan DG38. Apa tah lagi guru "fresh" yang telah lima tahun berkhidmat DG41 ataupun dah perolehi DG44 (KUP) di sekolah rendah dengan prestasi yang baik juga layak dipertimbangkan jawatan GPK . Untuk lebih mudah memahami dirumuskan calon yang layak memohon seperti di bawah:-
  1. Calon Siswazah SR - DG41, DG44 (KUP) 
  2. Calon x PPLD - DG42 dan DG44 (KUP)
  3. Calon PPLD   - DG34 (KUP), DG38 (KUP)
Kita akan keluarkan iklan, insyaallah esok dan pemohon boleh memohon menggunakan borang khas dan panjangkan melalui PPD pada atau sebelum 1 Mac 2015. Calon yang berminat hendaklah memastikan tarikh istihar harta belum luput dan prestasi 2011,2012 dan 2013 adalah baik dan purata tiga tahun itu tidak kurang dari 85% selain pengalaman dan kemahiran yang ada. Calon-calon terpilih akan menghadapi Panel PPD sebelum dibawa ke Panel JPN dan diperakukan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk dipanjangkan
ke Lembaga Naik Pangkat KPM sebelum ditempatkan di mana-mana sekolah.

Kita mencadangkan hanya mereka benar-benar berminat sahaja memohon kerana program ini bukan bersifat tawaran tetapi arahan penempatan. Tunggu iklannya esok.


4 comments:

  1. Alhamdulillah.moga2 slpas ni tak ada masalah lg ttng perlantikan gpk.kita harapkan agar trg dpt memartabatkan lg kualiti pendidikan apabila pentadbir sekolah diterajui golongan profesional yag lebih berpengalaman

    ReplyDelete
  2. Mana borangnya....please...
    Tak sabar nak isi

    ReplyDelete
  3. Lambatnya....ambo GPK tahun 2010 pakai DG41 dah...

    ReplyDelete