Sunday, February 1, 2015

Bila lagi jawatan GPK boleh diisi oleh DG34/DG38/DG41/DG42/DG44

Seminggu lepas letih kita di JPN dan pegawai kita di PPD  hendak menjawab pertanyaan guru-guru apabila beredar satu iklan dalam aplikasi whatsapp jawatan Guru Penolong Kanan dari sebuah negeri sudah boleh diisi oleh pemegang KUP DG34/DG38/DG41/DG42/DG44. Surat berkenaan siap menyatakan bersumber surat kuasa tarikh 2.07.2010.

Bukan sedikit yang menyalahkan JPN negeri kita kerana lambat bertindak. Seakan-akan kami ketinggalan sedangkan surat kuasa dilaksanakan sejak 2010 lagi. Bermakna surat ini lebih tua dari pelaksanaan flexi jawatan Guru Besar. Mengapa baru tahun 2015 baru hendak dilaksana ?

Surat yang dirujuk sebagai sumber kuasa bertarikh 2.07.2010 bukan untuk urusan flexi GPK atau membolehkan GPK dilantik dari DG34/DG38/DG41/DG42/DG44 tetapi urusan penghakikian mereka yang berada pada gred DG32(KUP) ke DG32 hakiki melalui pengisian jawatan GPK atau Penyelia di JPN dan di PPD.

Kita tidak tahu bagaimana negeri berkenaan melaksanakan urusan ini. Semua negeri menghadapi masalah mengisi jawatan GPK kerana bilangan DG32(KUP) semakin kurang dan tiada lagi untuk urusan pemangkuan DG29 ke DG32 kerana calon DG29 sudah semakin kurang. Mana yang ada mungkin tidak berminat kerana DG34(KUP) TBBK lebih baik. Kita juga tahu ada ura-ura pelaksanaan flexi tetapi tiada arahan hitam-putih tahi cicak untuk melaksanakan arahan ini. Mungkin negeri berkaitan mendapat lampu hijau atau  arahan lisan kut. Jika ini berlaku ia sangat tidak wajar kerana isu ini isu melibatkan semua negeri bukan negeri tertentu sahaja.

Sukacita ingin kita maklumkan kepada guru-guru di luar sana setakat rencana ini ditulis jabatan belum menerima apa-apa arahan bertulis dari Urusetia Naik Pangkat iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mengenai flexi naik pangkat GPK kepada DG34/DG38/DG41/DG42/DG44. Jika berlaku keraguan sila rujuk Pegawai di Unit Pangkat jabatan masing-masing. Sementara kepada mereka yang berminat sila buat persediaan dari segi perkara asas urusan naik pangkat seperti prestasi, pengistiharan harta dan sebagainya.

Kami juga akan update di blog ini sebarang iklan atau perkembangan berkaitan dengan urusan ini bagi membantu guru-guru agar mengambil peluang ini. Diharapkan melalui penjelasan ini tidak akan ada lagi salah faham dan kekeliruan bila Guru Penolong KUP DG34/DG38/DG41/DG42/ DFG44 boleh memohon dan dilantik menjadi GPK. Mungkin mesyuarat pegawai-pegawai JPN dengan BPSM pertengahan bulan ini ada jawapannya.


4 comments:

  1. Harap2 ada perubah dalam sistem pendidikan kita.kalau keaadaan ini terus berlaku dalam jangka waktu yang lama ia amat menyusahkan pihak jpn dan ppd dalam urusan pengisian jawatan gpk di sekolah.

    ReplyDelete
  2. Selagi tak tersepit selagi tu tak nak berubah.

    ReplyDelete
  3. Selagi tak tersepit selagi tu tak nak berubah.

    ReplyDelete
  4. Memang betul. Bukan salah jpn. Jpn tak boleh nak memandai2. Ini tugas kpm. Begitu ramai org cerdik pandai di kementerian boleh tak nampak masalah yg bakal dihadapi.

    ReplyDelete