KUALA LUMPUR 13 Jun – Guru yang
sudah berkhidmat lima hingga 10 tahun di sesebuah sekolah namun tidak
menunjukkan prestasi baik akan ditukarkan jika perlu bagi memastikan mereka
mencapai standard yang ditetapkan
Timbalan Menteri Pendidikan,
Datuk P. Kamalanathan (gambar) berkata, kementerian sentiasa memantau
guru yang tidak menunjukkan prestasi baik menerusi penilaian yang dilakukan
dari semasa ke semasa.
Menurutnya, pemantauan dinilai
oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selain menerusi laporan prestasi
yang dikemukakan oleh pihak pengurusan sekolah.
“Sekiranya guru itu tidak
mencapai prestasi yang ditetapkan, maka kementerian juga boleh mengambil
tindakan dalam proses penukaran guru berkenaan,” katanya mengenai saranan Senator
Datuk Abdullah Mat Yasin pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Abdullah mencadangkan agar guru
yang berkhidmat antara lima hingga 10 tahun di sesebuah sekolah dan tidak lagi
menunjukkan prestasi baik perlu ditukarkan ke sekolah lain.
Dalam hal itu Kamalanathan memberitahu,
kementerian mendapati hampir keseluruhan guru di negara ini melaksanakan
tanggungjawab mereka dengan baik setakat ini.
Menjawab soalan tambahan Senator
Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif berhubung masalah penempatan guru di Sabah
dan Sarawak pula katanya, setakat ini lebih 80 peratus guru yang berkhidmat di
kedua-dua negeri itu berasal dari sana.
“Kita mahu menjelang 2020 lebih
90 peratus guru yang berkhidmat di kedua-dua negeri itu berasal dari sana,
maka masalah penempatan guru yang dibangkitkan ini akan diselesaikan dalam masa
terdekat,” katanya.
- sumber : utusan.com.my
No comments:
Post a Comment