KUALA TERENGGANU , 21 JAN- Hari ini seramai 16 orang guru baru yang kesemua berketurunan Cina hadir menghadiri taklimat dan menerima surat penempatan mereka ke SJKC di Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Pengarah Pendidikan Negeri Tuan Haji Shafruddin bin Hj Ali Husain telah menyampaikan surat pelantikan tersebut. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Pengurusan Guru, Penolong Pengarah Data & ABM, Ketua Unit Latihan serta Penyelia Kanan di PPD seluruh negeri
Terdahulu dari itu, Pengarah Pendidikan Negeri mengingatkan guru-guru ini sentiasa berterima kasih kepada kerajaan kerana terus menempatkan guru dalam situasi seperti sekarang dan di saat ramai lagi rakan-rakan mereka masih menunggu penempatan. Rasa terima kasih dan bersyukur perlu diterjemah dengan memberi perkhidmatan terbaik dan sentiasa menyokong usaha dan dasar-dasar kerajaan.Beliau juga menegaskan guru-guru yang ditempatkan di Terengganu patut bersyukur kerana semua sekolah termasuk sepuluh SJKC dapat dihubungi dengan kenderaan darat berbanding dengan sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Serawak. Beliau juga menjelaskan secara terperinci tentang program Memperkasakan Transformasi Pendidikan dan berharap gurru-guru melaksanakan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.
Ketua Unit Naik Latihan, En. Noor Azman sebelum itu telah menyampaikan taklimat serta tugasan yang perlu dilaksanakan guru-guru baru di bawah Program Pembangunan Guru Baru. Sementara taklimat penempatan telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Guru, En.Wan Mazlan bin Wan Hamat. Pecahan daripada guru berkenaan ialah 4 orang (Serawak), 6 orang (Terengganu) 1 orang (Penang) 5 orang (Kelantan).
Kita berharap dengan penempatan guru-guru ini masalah kekurangan guru di SJKC sedikit sebanyak dapat di atas dan prestasi murid SJKC dapat dipertingkatkan.
Thursday, January 21, 2016
Tuesday, January 19, 2016
Pengarah bersama-sama Exco MGB Terengganu
KUALA TERENGGANU - 18 JAN, Semalam telah berlangsung Majlis Pengarah bersama-sama Exco MGB Negeri Terengganu di PKG Bukit Besar, Kuala Terengganu. Majlis yang julung-julung kali diaadakan atas permintaan Ecxo MGB Negeri Terengganu telah berlangsung dengan sangat baik dan harmoni.Pada saya yang pernah berada dalam MGB Terengganu inilah satu majlis sangat istimewa, Exco MGB Negeri Terengganu dilayan dengan begitu rupa oleh seorang Pengarah Pendidikan Negeri melebihi tiga jam. Tahniah Pengarah yang telah menunjukkan jiwa besar sebagai pimpinan pendidikan negeri yang hebat.
Majlis yang berlangsung dalam suasana ukhwah itu turut dihadiri oleh KPP Sektor Pengurusan Sekolah,PP Data dan ABM mewakili Ketua Unit Rendah dan Penyelia Kanan Projek Khas/Asli/Kluster. Pengarah telah memberi peluang kepada Exco MGB mengemuka pertanyaan dan cadangan dengan telus. Ada yang beliau menjawab terus dan dirumus kemudian.Pelbagai isu, kekeliruan seperti cuti peristiwa, pemakaian uniform, perjawatan dan pelbagai lagi telah dijawab dan diselesaikan.
Mengenai cuti peristiwa peruntukan cuti adalah empat hari. Sekolah digalakan memohon dua hari dahulu manakala dua hari lagi untuk standby jika berlaku cuti mengejut yang diistiharkan oleh kerajaan negeri dan jika tiada boleh dihabiskan kemudian bagi memastikan jumlah hari persekolahan setahun tidak kurang dari 190. Manakala cuti yang telah ditetapkan kementeriaan untuk perayaan hendaklah pengurusan sekolah bijaksana memanafaatkan agar budaya mengejar kecemerlangan tidak luntur dengan pemberian cuti-cuti berkaitan. Jangan jadikan cuti sebagai alasan jika kita tidak cemerlang
Bagi perjawatan guru tegas Pengarah taburan guru negeri Terengganu mengikut daerah lebih adil dan saksama dan pihak jabatan akan berusaha merapatkan jurang antara sekolah dan daerah dari masa ke semasa. Menurut beliau kedudukan taburan guru Terengganu antara negeri terbaik di Malaysia
Manakala perjawatan Guru Besar sehingga 15 Januari 2016 kedudukan Guru Besar adalah penuh dengan empat orang diluluskan oleh KPM dilantik daripada peserta yang sedang berkursus Kohort 1/2016 NPQEL. Beliau percaya kelonggaran dalam pelantikan Guru Besar iaitu melantik dahulu dan wajib berkursus NPQEL kemudian akan dapat mengatasi Guru Besar yang tidak dapat diisi.
Manakala pengisian jawatan Guru Penolong Kanan juga tidak ada masalah melalui kaedah penurunan kuasa kepada Pengarah Pendidikan. Pihak PPD mengenalpasti calon dan meluluskan dalam panel mereka sebelum ditapis, disemak dan diluluskan panel JPN sebelum pelantikan dibuat. Bila calon tersedia dan mencukupi pengisian berasaskan kaedah back to back akan dilaksanakan sepenuhnya.
Pengarah juga menekankan perlunya Guru Besar dan guru-guru menunjukkan contoh praktikal seperti memakai kot bagi lelaki dan perempuan bagi majlis rasmi Ahad, Isnin dan Rabu. Memakai uniform sebagaimana tradisi pada Selesa dan batik Malaysia pada hari Khamis bagi urusan majlis rasmi. Sementara pakaian asas rasmi sekurangnya baju lengan panjang dan bertali leher bagi guru lelaki. Beliau berkata siaran tidak perlu kerana semua sudah faham dan meminta Guru Besar memperkasakan di peringkat masing. Beliau berharap bila memakai uniform hendaklah lengkap sebagai contoh kepada murid-murid.
Selain dari itu, Pengarah mengingatkan Guru Besar dan guru-guru hendaklah sentiasa peka dan berhati-hati dengan tektik dan teknik menggunakan media sosial bagi mengviral sesuatu situasi yang kadang belum tentu sahihnya. Kes dua anak pensyarah di Hulu Terengganu yang dikatakan meminta sedekah adalah contoh terbaik bagaimana betapa tidak benarnya berita yang diviralkan.
Selain itu banyak lagi perkara dibangkit diselesaikan dengan segera dan saya kira semua Exco MGB Terengganu amat berpuashati dengan pertemuan itu. Inilah pemimpin yang kita mahu dan satu cara
kita menyatakan sayang dan sokongannya ialah dengan menyahut segala seruan dan saranannya
demi kebaikan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)