KUALA TERENGGANU - Pada 4 Jun yang lalu Jabatan Pendidikan Negeri tela mengadakan program berkaitan kepada Wakil MGB Negeri, MGB Daerah dan wakil-wakil Guru Besar seluruh negeri. Majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat Alamanda itu turut disertai PPD Kuala Terengganu, Timbalan PPD dan Penolong PPD Pengurusan Sekolah.
Pengarah Pendidikan Terengganu, En. Zakaria Husin dalam ucap utamanya mengingatkan semua yang hadir khususnya para Guru Besar akan berusaha keras bagi melonjakkan peningkatan hasil pendidikan dengan memastikan UPSR melonjak tinggi. Beliau juga menyaran Guru Besar sebagai pemimpin mesti berani membuat perbahan dan tindakan yang strategik.
Menurut Pengarah kecemerlangan pendidikan di sekolah berkait rapat dengan kepimpinan Guru Besar di sekolah. Beliau meminta agar Guru Besar sentiasa belajar dan berubah ke arah lebih baik dalam stail dan caragaya pengurusan, pengurusan kewangan, komunikasi , hubungan dan sebagainya.Tegas belau lagi justru itu Guru Besar perlu menambah ilmu pengurusan dari masa ke semasa.
Beliau dukacita kerana ada Guru Besar yang gagal mengurus kewangan dengan betul, komunikasi yang tidak berkesan dengan GPK ataupun guru,penampilan selekeh, tidak cekap mengurus, lemah hubungan dengan ibubapa dan pibg dan bahkan tidak mendengar nasihat pegawai dan ppd walaupun telah diberitahu dan dinasihati.
Beliau mahu fokus keberhasilan murid diutamakan melalui penyeliaan dan bimbinngan agar pdp yang dilaksanakan dalam bilk darjah dan murid mendapat faedah makisma.
No comments:
Post a Comment