Friday, June 6, 2014

Penyerahan Sekolah - SK Kompleks Tembesu dan SMK Kompleks Tembesu

KUALA TERENGGANU - Pada 4 Jun 2014 lalu Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu telah menerima penyerahan SK Kompleks Tembesu dan SMK Kompleks Tembesu di daerah Kuala Terengganu. Majlis penyerahan berkenaan diadakan di dua sekolah berkenaan.

SK Kompleks Tembesu yang bernlai lebih RM22 juta telah mula dibina pada tahun 2009 namun kerana pelbagai masalah ianya telah siap untuk digunakan pada 9 April 2014. Sekolah ini mempunyai 24 bilik darjah dijangka dapat menampung limpahan jumlah murid di SK Tok Jiring. Upacara penyerahan telah dilaksanakan antara kontraktor kepada konsultan, konsultan kepada KPM yang diwakili oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan KPM. Timbalan Setiausaha kepada Pengarah Pendidikan Terengganu dan Pengarah kepada PPD Kuala Terengganu.

SK Kompleks Tembesu dijangka mula beroperasi seawal-awalnya 1 Julai depan dengan kemasukan murid Tahun 1 hongga 5.Sementara SMK Kompleks Tembesu pula berkemungkinan mula beroperasi pada awal tahun depan.

Kita mengharapkan pembukaan kedua-dua sekolah berkenaan dapat membantu kemajuan pendidkan anak-anak setempat.


No comments:

Post a Comment