Wednesday, April 29, 2015

Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin dilantik Pengarah Pendidikan Terengganu ke-44


Tanggal 27 April 2015, Jabatan Pendidikan Terengganu menerima pelantikan pengarah baru yang ke-44 iaitu Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin menggantikan En. Zakaria bin Husin yang bersara wajib. Majlis menandatangani surat penyerahan tugas telah diadakan di Primula  Hotel pada 23 April 2015 sempena meraikan persaraan En. Zakaria bin Husin. Waktu itu Tuan Haji Shafruddin masih memegang jawatan Timbalan  Pengarah Pendidikan Terengganu.

Sesungguhnya Jabatan Pendidikan Terengganu melakar sejarah kerana proses pelantikan Pengarah Pendidikan Negeri paling cepat dan Pengarah Pendidikan Terengganu paling muda iaitu 51 tahun. Ini menunjukkan keserasian hasrat kepimpinan negeri, pusat dan  Kementerian Pendidikan melantik Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin menerajui kepimpinan pendidikan Terengganu yang berada di puncak kegemilangan dan meneruskan kelestarian pendidikan negeri. Menerima lebih tujuh ribu ucapan tahniah melalui pelbagai aplikasi media baru atas pelantikan beliau menunjukkan harapan dan kepercayaan masyarakat kepada Tuan Haji Shahfruddin. Tahniah.

Mari kita kenali lebih dekat Pengarah Pendidikan Terengganu yang baru. Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin diputerakan di Kuala  Terengganu kira-kira 51 tahun yang lalu. Beliau memulakan persekolahan rendah di SK Sultan Sulaiman 2 pada tahun 1971. Bakat dan kebolehan yang mula terserlah membawa beliau meneruskan pengajian menengah di SMK Sultan Sulaiman pada tahun 1977.

Tahun 1988 beliau memasuki Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Pentadbiran Awam) Justru minat  mendalam kepada dunia pendidikan beliau telah mengikuti Diploma Pendidikian (KPLI) selama setahun  di IPGM Kampus Dato' Razali Ismail.Kerjaya sebagai Guru Siswazah bermula di  SMK Tanah Puteh, Kuantan, Pahang pada tahun 1991. Kemudian sebagai Ketua Bidang Teknik Vokesional di SMKA Durian Guling dan beberapa buah lagi seperti SMK Chendering, Penyelia Petang di SMK Sultan Mansor dan SMK Seri Budiman.

Semangat cintakan ilmu membawa Haji Shafruddin ke Universiti Putera Malaysia menyambung Sarjana Pengurusan Pendidikan sebagai persediaan memikul amanah lebih besar di masa depan. Pada Januari 2001 beliau memiliki pula Diploma Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan dari IAB. Dengan kombinasi bakat kepimpinan dan ilmu pengurusan pendidikan yang ada beliau dilantik dan diamanahkan sebagai Pengetua SMK Kompleks Gong Badak dan merupakan pengetua termuda pada masa itu. Allahyarham Dato' Razali Ismail selaku Pengarah Pendidikan Terengganu telah berjaya mengesan bakat beliau. Akhirnya SMK Kompleks Gong Badak menjadi sekolah hebat dan tersohor di bawah kepimpinan Tuan Haji Shafruddin.

Impak dari kepimpinan beliau yang berkesan maka Jabatan Pendidikan dengan direstui oleh YAB Dato' Seri Hj Idris bin Jusoh, Menteri Besar Terengganu pada masa itu memberi kepercayaan kepada beliau membuka dan menjadi pengetua Sekolah Elit, SMK Lembah Bidong pada tahun 2007. Kejayaan SMK Lembah Bidong menjadi antara sekolah tersohor membawa  beliau menapak menerajui sebuah daerah sebagai Pegawai Pendidikan Daerah, Hulu Terengganu. Kisah kejayaan beliau memimpin PPD Hulu Terengganu tidak ada siapa boleh mempertikaikan hinggakan jumlah sekolah cemerlang, terbilang dalam  peperiksaan dan berbagai lagi adalah petunjuk prestasi yang sangat mengkagumkan. Contoh pencapaian PPD Hulu Terengganu tahun 2014 dari segi pencapaian akademik.
  • GP terbaik negeri UPSR 2014
  • Minimum C terbaik negeri UPSR 2014
  • Lulus semua A terbaik negeri UPSR 2014
  • % Layak SPM terbaik negeri SPM 2014 
  • % Semua A terbaik negeri SPM 2014
  • SK Dusun terbaik UPSR SKK Kebangsaan Tahap C 2014
  • SK Kuala Berang terbaik UPSR SKK  Kebangsaan Tahap A 2014
Kepimpinan berkesan sebagai Pegawai Pendidikan menyebabkan beliau telah diberi kepercayaan memimpin Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Kebangsaan sebagai Yang Di Pertua organisasi ini. Bahkan pengalaman luas menghadiri kursus dan bengkel di dalam dan di luar negara serta berkebolehan dalam pengucapan awan berkesan memberi peluang kepada beliau berkongsi dengan khalayak pendidik dan masyarakat melalui platform sebagai Ahli Panel Forum, Pembentang Kertas Kerja, ceramah profesional dan motivasi.

Peranan dan sumbangan beliau bukan sahaja diiktiraf jabatan dan KPM melalui Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tetapi juga oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui  kurniaan pingat kebesaran  Pingat Jasa Kebaktian Tahun 2005 dan Pingat Jasa Cemerlang Tahun 2013.

Hubungan beliau yang begitu akrab dan luwes dengan kepimpinan negeri, kepimpinan pendidikan, badan-badan ngo serta masyarakat, kehadiran beliau sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri pada 1 Februari 2015 dan Pengarah Pendidkan Negeri Terengganu yang ke-44 pada 27 April 2015
begitu disenangi dan digantung harap mampu meneruskan legasi dan kelestarian terbilang.

Marilah kita sama-sama berganding bahu dengan Pengarah dan barisan kepimpinan Jabatan Pendidikan Negeri menjaya aspirasi pendidikan kita melalui tagline "Memperkasakan Transformasi Pendidikan"

Semoga Allah merestui usaha-usaha murni kita.


4 comments:

  1. Tahniah bos. Kami warga Sek. Keb. Telok Kalong. Kemaman mendoakan Pendidikan Terengganu ke tahap tinggi dan global dalam semua bidang pendidikan Di bawah kepimpinan tuan. Syabah dan tahnia.

    ReplyDelete
  2. Tahniah bos. Kami warga Sek. Keb. Telok Kalong. Kemaman mendoakan Pendidikan Terengganu ke tahap tinggi dan global dalam semua bidang pendidikan Di bawah kepimpinan tuan. Syabah dan tahnia.

    ReplyDelete
  3. Tahniah di atas pelantikan tuan hj shafrudddin ali hussain sebagai pengarah parndidikan Terengganu
    Kami Warga Sk Maras berbesar hati di atas pelantikan tuan.Semoga Tagline memperkasakan Transformasi pendidikan dpt melestarikan lagi pendidikan Terengganu.

    ReplyDelete
  4. Tahniah adinda.
    Pemilihan yang tepat.
    Saya yakin Trengganu akan lebih maju.

    ReplyDelete