JASA seorang guru tidak terbayar dengan
wang ringgit kerana keringat dan pengorbanan dicurahkan, tiada yang dapat
menandinginya.
“Tugas seorang guru besar bagaikan memikul sebuah bongkah batu yang teramat besar, apatah lagi ketika diberi jawatan guru besar, saya baru berusia 33 tahun,” luah pesara guru besar, Amiruddin Ibrahim, 61.
Pengalaman pertama bergelar guru besar di SK Kampung Fikri, Sungai Tong, Setiu, memberi cabaran hebat kepada Amiruddin.
“Semasa saya ditempatkan di sekolah itu (SK Kampung Fikri), sekolahnya sangat daif. Saya agak sedih dan terkejut lihat keadaan sekolah, selain jumlah murid hanya 45 orang.
“Bayangkan, ketika itu laluan ke sekolah masih menggunakan jalan tanah merah, apabila hujan, jalan akan becak, bekalan elektrik dan air juga tidak ada. Bagaikan satu kejutan budaya untuk saya yang sebelum ini banyak mengajar di sekolah bandar,” katanya.
Sebelum bergelar guru besar, Amiruddin banyak menimba pengalaman mengajar sebagai guru am di pelbagai sekolah antaranya SK Wakaf Tapai, Marang; SK Belara, Manir dan SK Padang Midin, Kuala Terengganu.
Namun, apabila ditempatkan di SK Kampung Fikri sebagai guru besar, satu tanggungjawab besar bagi dirinya untuk membangunkan sekolah itu termasuk dari segi fizikal mahupun akademik murid.
“Alhamdulillah, amalan yang saya lakukan sejak di bangku sekolah iaitu suka buat perancangan awal, mampu jadikan sekolah itu antara sekolah terbaik.
“Dari masa ke masa, saya akan berhubung dengan pihak kerajaan untuk melakukan pembangunan terutama di laluan utama ke sekolah dan juga mendapatkan bekalan air dan elektrik, surau serta rumah guru,” katanya.
Mengulas cara kerja, Amiruddin berkata, beliau akan pastikan tugasan siap pada hari sama kerana tidak suka kerja bertangguh.
Oleh sebab sikap bapa empat anak ini yang suka mengutamakan kerja, di mana sahaja beliau ditugaskan, pasti ada pembaharuan termasuk pembangunan sekolah dan akademik murid.
“Sekarang bila sudah bersara, saya rasa puas apabila imbau semula kejayaan peribadi membangunkan sekolah di mana saya ditugaskan,” katanya.
Selepas bersara, Amiruddin lebih mengutamakan keluarga dan mula berjinak-jinak dalam perniagaan.

No comments:
Post a Comment