Wednesday, November 9, 2011

Taklimat Pengurusan Bantuan Persekolahan Tahun 2012

KUALA TERENGGANU - Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, En. Razali bin Daud hari ini mengambil tindakan proaktif memanggil semua Pengetua, Guru Besar, Pegawai-Pegawai berkaitan Pengurusan Kewangan  di JPN dan PPD bagi menyampaikan taklimat berkaitan Pengurusan Bantuan Persekolahan Tahun 2012. Taklimat berkenaan telah diadakan di SM Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu. Timbalan Pengarah Pelajaran , semua Ketua Sektor dan Pegawai Pelajaran Daerah turut hadir dalam taklimat penting berkaitan.

Pengarah Pelajaran Negeri dalam taklimat berkaitan mengambil kesempatan merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada PPD Kemaman dan semua yang terlibat menjayakan Karnival Pendidikan Terengganu pada minggu lepas. Beliau berharap keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM akan mencapai target sebagaimana yang diharapkan dan menyeru semua pengurus sekolah agar memberi support dan sokongan padu kepada murid masing-masing.

Berhubung bantuan awal persekolahan, baucer buku dan pengurusan bantuan yuran oleh kerajaan sebagaimana yang terkandung dalam Bajet 2012, beliau berharap semua pengetua dan guru besar dapat melaksanakan dengan cekap mengikut masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah boleh merujuknya kepada pegawai berkaitan di JPN / PPD. Beliau sangat berharap dan penuh yakin supaya pengurusan bantuan persekolahan negeri Terengganu antara yang terbaik... seperti selalu beliau ingatkan " tugas  boleh kita delegate untuk orang bawahan kita laksanakan  tetapi kebertanggungjawaban sebagai pengurus sekolah tidak sekali-kali kita boleh delegatekan".

Bahan Taklimat SK Teknik klik DI SINI


No comments:

Post a Comment