Friday, August 30, 2013

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Tercinta Malaysia. Merdeka ! Merdeka !




Renungan Jumaat : Kemerdekaan mengikut perspektif Islam



Kemerdekaan sebuah negara adalah nikmat terbesar kurniaan Allah yang bukan semua manusia dapat merasainya. Berapa ramai umat dan bangsa yang mendiami dunia ini semenjak daripada dahulu hinggalah sekarang, tidak berhenti-henti bejuang hanyalah untuk sesuatu yang dinamakan kemerdekaan. Tetapi hingga kini, masih ramai di kalangan bangsa yang masih belum kenal erti kemerdekaan. Kehidupan mereka zahir dan batin terbelenggu dalam penjajahan.Segala-galanya disekat dan dijajah termasuklah kehidupan untuk beragama dan tunduk kepada Allah Ta'ala dengan penuh ketenangan.
 
Berjihad dan berkorban dengan jiwa dan raga untuk memerdekakan negara dari belenggu penjajahan adalah di antara sifat-sifat yang mulia dan disanjung tinggi oleh Islam. Oleh itu, dalam mengenang kembali sejarah kemerdekaan negara kita , generasi yang hidup di zaman ini janganlah melupakan pengorbanan para pejuang kemerdekaan yang telah membuka jalan ini kepada kita. Disebabkan cetusan semangat para pejuang inilah maka kita dapat hidup di zaman ini dan merasai nikmat perjuangan mereka. Justeru itu, sebagai umat yang berhemah tinggi dan berakhlak, kita merasa terpanggil untuk menghormati dan mengenang kembali jasa pahlawan tanah air sama ada yang masih hidup atau yang telah gugur di medan perjuangan.
 
Kedatangan Islam sendiri ke alam dunia ini membawa mesej dan sifat kemerdekaan. Islam menyeru manusia supaya membebaskan diri dan pemikiran mereka daripada belenggu jahiliah dan kemusyrikan terhadap Allah Ta'ala, membebaskan diri daripada perhambaan dan membebaskan negara daripada cengkaman musuh. 
 
Islam dalam erti kata kesejahteraan, kedamaian dan keamanan semuanya menjurus kepada maksud kemerdekaan. Hakikat ini dapat kita lihat semasa perkembangan awal Islam di mana Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam telah membawa kemakmuran kepada Negara Madinah dan memerdekakan Kota Mekah daripada cengkaman kafir Quraisy. Begitu juga perkembangan di zaman Khulafa' ar-Rasyidin  yang banyak memerdekakan negara dari cengkaman kekufuran.
 
Islam juga yang bersifat merdeka dalam erti kata yang lain bermaksud bebas daripada keruntuhan akhlak dan kemurkaan Allah. Lantaran itu, Islam talah berjaya menyelamatkan tamadun manusia daripada sistem perhambaan, sama ada perhambaan sesama manusia ataupun perhambaan terhadap hawa nafsu yang diselaputi oleh syirik, kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan.
 
Seorang penyair Arab yang bernama Ahmad Syauqi berkata dalam syairnya yang bermaksud:
"Kekalnya bangsa kerana mulianya akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak"

 
Justeru itu, umat Islam hendaklah sentiasa berazam untuk membebaskan diri  daripada sifat-sifat yang boleh meruntuhkan wibawa kamanusiaan kerana sifat-sifat yang demikian itu amat dimurkai Allah dan akan hanya menyebabkan manusia terpenjara di bawah arahan nafsu dan telunjuk syaitan. Dan lebih jauh dari itu, kita hendaklah sentiasa memohon keampunan daripada Allah Ta'ala agar mendapat keredhaanNya dan terlepas daripada siksaan api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu-batan. Inilah dia nilai sebenar kemerdekaan yang diajarkan oleh agama kita.

sumber

 

Ceramah Motivasi SK Jenang


MARANG : Semalam saya telah menerima undangan sahabat Guru Besar SK Jenang, Tuan Haji Husin Mat untuk bertemu pelajar UPSR, Tahun 5 dan 4 serta ibubapa. Biarpun ini bukan kali pertama saya ke SK Jenang menyampaikan ceramah tapi jemputan ini sangat bermakna bagi saya. Pertama saya mahu lihat sendiri kreativiti dan inovasi sahabat saya ini yang pernah bertugas PPD. Ya ! Memang kena kita letak beliau di sini.

Dulu saya berceramah di atas dataran perhimpunan, sekarang dalam dewan yang cantik (ubahsuai bangunan lama). Saya diberitatahu oleh GPK2 bahawa Guru Besar telah mengambil inisiatif mengubahsuai menjadi dewan tersebut. Kedua saya hendak lihat progres sekolah yang kita projek untuk jadi sekolah SKK. Tahniah orang kata jalan ke arah itu semakin terang. Ketiga yang buat saya teruja untuk ke SK Jenang ialah sambutan dan kerjasama ibubapa terhadap program pendidikan sekolah sangat tinggi. Biarpun SK Jenang satu-satunya SKM di Marang tapi ia adalah permata yang berkilauan.

Sewaktu rekod ranking penarafan sekolah berasaskan "Band" diperkenalkan KPM, setakat ini hanya SK Jenang sahaja yang pernah mencapai tahap sekolah Band 1 bagi daerah Marang. Belum pernah ada sekolah lain dalam daerah Marang yang mencapai taraf  Band 1 hingga hari ini kecuali SK Jenang.

Ini bermakna kombinasi pencapaian SKPM (30%) dan GPS UPSR (70%) berada pada tahap yang sangat cemerlang. Lihat pemarkahan penentuan Band berasaskan kombinasi dua elemen tersebut seperti di bawah:

Band 1 - 100 hingga 85 %
Band 2 - 84.99 hingga 75 %
Band 3 - 74.99 hingga 65 %
Band 4 - 64.99 hingga 60 %
Band 5 - 59.99 hingga 50 %
Band 6 - 49.99 hingga 40 %
Band 7 - kurang dari 40 %

Berasaskan realiti yang ada dengan pengurusan yang inovatif dan perihatin, komintmen guru-guru dan ibubapa yang tinggi serta murid-murid yang cintakan ilmu kita yakin SK Jenang mampu muncul sebagai SKK pertama daerah Marang yang hingga sekarang belum ada sebuahpun SKK dan SBT di daerah ini.Kata orang hendak seribu daya, mahu seribu cara dapat dilakukan. Sekarang di Terengganu sudah ada dua SKM diberi taraf SKK dan SKM ketiga yang bakal mendapat SKK kemungkinan besar SK Jenang bukan sesuatu yang mustahil.

Tahniah kepada Guru Besar, Guru, Ibubapa dan murid-murid SK Jenang. Murid yang hebat, sekolah yang hebat  adalah bermula dengan guru dan murid yang biasa - biasa tapi kerana mereka berfikir secara luar biasa,  berusaha secara luar biasa  serta iltizam luar biasa maka jadilah mereka manusia hebat dan luar biasa.


Persediaan UPSR Murid Asli SK Sungai Pergam

KEMAMAN - Sekarang cukup mudah bagi yang faham untuk mengukur dan menentukan kedudukan sekolah secara keseluruhan. Bukan seperti dulu. Dulu kalau peperiksaan bagus umumnya menganggap sekolah itu bagus. Sekarang belum tentu jumlah A muridnya banyak maka bagus sekolah itu. Sekarang sekolah diukur ranking dengan kedudukan "band"nya. Band pula ditentukan oleh 30% berasaskan skor SKPM dan 70% GPS Peperiksaan Awam Sekolah ( UPSR, PMR,SPM).

SKPM mencakupi penilaian semua aspek pengurusan persekolahan seperti kepimpinan, kurikulum, kokurikulum, hem dan kemenjadian murid  secara kendiri yang disertai aviden yang munasabah. Sementara GPS UPSR misalnya pencapaian A,Minum C, Pencapaian D, E akan menyumbang kepada GPS. Justru besarnya peratus sumbangan UPSR kepada penentuan Band maka amat wajar sekolah memberi tumpuan serta fokus begitu rupa sekali termasuk di SK Asli Sungai Pergam, Kemaman biarpun darjah ketidakhadiran murid Asli adalah tinggi.

Semalam dalam Program Persediaan UPSR saya sempat bertemu dengan 8 orang daripada 14 calon UPSR SK Sungai Pergam. Enam orang tidak hadir. Hasil perbincangan dengan pelajar dan guru potensi pelajar untuk meningkat dalam UPSR memang ada.  Sekolah telah menyediakan pelbagai program dan akan melaksanakan beberapa pendekatan menjelang UPSR agar semua murid  dapat mengambil UPSR.

Kita tidak mengharapkan mereka mendapat 5A tetapi kita berharap pencapaian mereka mampu memberi sumbangan melonjakkan GPS sekolah dan seterusnya mempertingkatkan band sekolah dari Band 7 ke band lebih. Kita yakin dengan kepimpinan Guru Besar baru , para guru dan kerjasama ibubapa sesuatu yang lebih baik berupaya dilaksanakan di SK Sungai Pergam.

Tahniah dan terima kasih warga guru dan murid-murid SK Sungai Pergam.


Tuesday, August 27, 2013

TPM mahu penjawat awam dahulukan kepentingan rakyat



PUTRAJAYA 27 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu penjawat awam meneruskan prestasi kerja cemerlang menerusi kecekapan tadbir urus dengan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

"Penjawat awam menghadapi pelbagai isu dan cabaran dalam melaksanakan tugasan harian, sehubungan itu, budaya cepat, tepat dan berintegriti perlu dijadikan amalan dalam menawarkan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 Kementerian Pendidikan kepada 614 warga kementerian hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sangat prihatin terhadap kebajikan penjawat awam dan telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka antaranya ialah peruntukan tiga tambahan kenaikan gaji tahunan dalam jadual gaji minimum-maksimum dan peningkatan kadar kenaikan gaji di antara 7 hingga 13 peratus yang telah pun berkuatkuasa pada 1 Januari lepas.

Selain itu, pemberian satu kenaikan gaji tahunan pada Julai lepas serta honorarium RM500 sempena sambutan Aidilfitri merupakan pengiktirafan kerajaan kepada usaha dan kerja keras penjawat awam, katanya.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, semua warga kementerian perlu bersedia membuat anjakan paradigma supaya setiap perubahan yang dilaksanakan dapat memberi impak yang tinggi kepada peningkatan kualiti pendidikan negara.

"Transformasi yang kementerian lakukan ini diharap dapat memenuhi kepuasan pelanggan, mencapai atau setidak-tidaknya setanding dengan pencapaian di negara maju," katanya.
"Sistem penyampaian kementerian harus ditambahbaik dari semasa ke semasa dalam memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dan ia perlu dilaksanakan berdasarkan kepada sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan kementerian.

Dalam pada itu, beliau berkata, transformasi pendidikan yang sedang dijalankan mampu melahirkan generasi baharu yang memiliki minda kelas pertama dan berupaya memacu kemajuan negara dan menguasai kepakaran teknologi serta mengamalkan nilai-nilai murni.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, kesemua penerima anugerah berkenaan telah menunjukkan prestasi kerja yang mencapai tahap terbaik dan diharapkan mereka akan meneruskan prestasi kerja cemerlang menerusi kecekapan tadbir urus dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud. - BERNAMA

Sumber : Utusan Malaysia online


Pertukaran dan Penempatan Penyelia, Guru Besar dan GPK Kuatkuasa 16 Ogos 2013

Pertukaran dan Penempatan pada 16 Ogos dan 1 September ialah memberi keutamaan proses back to back iaitu mengisi perjawatan bukan rotion job kecuali kes-kes tertentu bagi memastikan momentum dan pengurusan UPSR tidak terganggu. Kita berharap semua perjawatan Guru Besar dapat diisi penuh sebelum UPSR begitu juga GPK agar pengurusan sekolah tidak terganggu.

Oleh kerana proses back to back maka mereka yang terlibat perlu bertindak segera dengan bergerak secepat mungkin jika tidak ada yang akan tergantung. Perkara ini telah dipersetujui panel PPD dan JPN.Oleh yang demikian tiada sebarang penangguhan dibenarkan kerana ia akan mengganggu baru urusan.

Kerjasama semua pihak sangat dihargai.

Senarai penuh untuk pertukaran dan penempatan 16 Ogos. KLIK


Monday, August 26, 2013

PBPPPM Serah Memorandum Tuntut 7 Perkara Kepada KPM



BESUT, 25 Ogos (Bernama) -- Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PBPPPM) Cawangan Terengganu menyerahkan satu memorandum menuntut tujuh perkara kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semalam.

Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Rashid Ngah berkata memorandum itu diserah kepada Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh pada satu majlis hari raya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini.

"Antara tuntutan itu ialah PBPPPM Cawangan Terengganu mendesak kerajaan agar tidak berkompromi dan meneruskan Pelan Pembangunan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 tanpa ragu-ragu bagi memastikan 11 anjaran strategik dan operasi untuk membina sistem pendidikan dunia bertaraf dunia dapat dilaksana," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata PBPPPM juga mendesak kerajaan menolak segala desakan, asakan dan usaha pihak tertentu bagi mencabar kedaulatan serta keunggulan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar tunggal negara.

"PBPPPM Terengganu juga tidak lupa untuk meminta kerajaan supaya meneruskan usaha menyemai perpaduan nasional melalui sistem persekolahan kebangsaan bagi semua kaum," katanya.

-- BERNAMA 


Saturday, August 24, 2013

Sembang Sabtu : 10 Sebab Negara Jepun Mencapai Kemajuan Pesat



Negara Jepun, nama yang tidak asing lagi di mata dunia. Jepun merupakan di antara negara paling pesat membangun. Lihat sajalah jika berlaku bencana alam seperti tsunami dan sebagainya, dalam masa cuma beberapa bulan mereka mampu membangunkan bandar yang telah musnah hampir 80% seperti sedia kala. Jika kita kaji dan perhatikan pendidikan menjadi teras kepada kemajuan Jepun. Berikut adalah 10 Sebab Negara Jepun Mencapai Kemajuan Pesat:

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” di mana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan ke atas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.