Thursday, November 10, 2011

Kelulusan Pertukaran Guru 1 Jan 2012

Hari ini pasti ramai yang gembira dan tidak kurang juga yang kecewa kerana mengetahui status permohonan pertukaran masing-masing. Apatah lagi bagi mereka yang memohon ke negeri yang statusnya "penuh" seperti Terengganu, Kedah, Perlis dan sebagainya. Jika permohonan mereka berjaya, merupakan satu nikmat yang amat wajar disyukuri.

Permohonan guru rendah mohon masuk Terengganu ialah seramai 1,141 orang dan permohonan keluar hanya seramai 202 orang sahaja. Mesyuarat Panel Pertukaran KPM telah meluluskan seramai 46 orang sahaja berjaya masuk ke Terengganu dan 39 orang sahaja yang diluluskan keluar. Sementara Panel Pertukaran JPN Terengganu yang bermesyuarat di Shahzan Inn, Kuantan pada 24 - 26 Oktober 2011 telah meluluskan seramai 95 orang guru bertukar antara daerah. Seperti mana yang para guru sedia maklum keutamaan kelulusan pertukaran berasaskan kekosongan, keperluan opsyen, ancaman keselamatan, masalah kesihatan, mengikut suami atau isteri serta cukup tempoh.

Kepada mereka yang diluluskan bertukar tahniah kami ucapkan dan diharapkan dapat memberi sumbangan  terbaik di sekolah baru nanti. Dan kepada mereka yang belum ada rezeki diluluskan bertukar semoga bersabar dan memohon semula pada sesi pertukaran Jun 2012. Saya teringat kata-kata En. Zakariah Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah kami semasa Mesyuarat Pertukaran lalu yang antara lain berkata " kita harus menanam satu pemikiran baru kepada anak-anak jika mereka mahu bekerja dengan Petronas mereka harus bersedia berkhidmat di luar negara dan jika mereka mahu menjadi guru serta berkhidmat di Johor misalnya nasihatkan mereka membeli rumah dan sebagainya di sana". Mudahnya zaman telah banyak berubah " kerja hari ini, situasi hari tidak lagi serupa dengan semalam" begitulah juga dalam perkhidmatan perguruan. Kita mesti akur dan bersedia menerima keadaan ini.

Untuk mengetahui senarai kelulusan keluar, masuk dan kelulusan antara daerah negeri Terengganu sila
klik web e-Gtukar atau link di bawah;-

http://apps.moe.gov.my/epgo/
Kelulusan Pertukaran Keluar Terengganu
Kelulusan Masuk ke Terengganu
Kelulusan Pertukaran Antara Daerah Negeri Terengganu

Surat rasmi kelulusan pertukaran akan menyusul dalam masa terdekat. Keputusan Panel Pertukaran Guru adalah MUKTAMAD.


No comments:

Post a Comment