Wednesday, June 22, 2011

Taklimat Persediaan dan Pencalonan SBT 2011 Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU - Sektor Pengurusan Sekolah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu  selaku urusetia Sekolah Kluster dan SBT telah mengadakan program Taklimat Persediaan dan Pencalonan SBT 2011 kepada Pengetua dan Guru Besar Sekolah Band 1 di Bilik Mesyuarat,SK Sultan Sulaiman 1,Kuala Terengganu pagi ini.

En. Hashim bin Mohd Zin,Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri dalam ucapan aluan di taklimat berkenaan mengucapkan tahniah kepada sekolah yang terpilih untuk pencalonan SBT Fasa 3 ini. Beliau berharap sekolah-sekolah yang dicalonkan (6 SM dan 13 SR) dapat membuat persediaan yang rapi sebagaimana kreteria penilaian yang ditetapkan. Menurut beliau lagi jabatan menaruh harapan tinggi kepada semua sekolah yang dicalonkan agar terpilih bagi menambahkan lagi bilangan SBT yang ada tiga sekarang ini. Beliau berharap semua Pengetua dan Guru Besar dapat memberi perhatian kepada taklimat pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti supaya setiap sekolah dapat membuat persediaan yang terbaik.

Selain Jemaah Nazir dan Jaminan Kualti serta Pengetua dan Guru Besar yang hadir turut hadir ialah Ketua-Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,Jaminan Kualiti,,Sektor Akademik,Sektor ICT,KPP BTPN Terengganu,Ketua Unit Pembangunan dan Semua Pegawai Pelajaran Daerah.

Walaupun semua Guru Besar telah diberi pendedahan berkaitan  dalam bengkel dengan KPM di Kota Bharu pada bulan lepas namun ianya lebih memperkukuhkan lagi kefahaman dan persediaan mereka. Tuan Haji Ali,dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Terengganu telah memberi penerangan terperinci tentang konsep SBT,kreteria pencalonan,persediaan dan penilaian yang bakal dibuat. Verifikasi SKPM dan Penilian Annex akan dilaksanakan sebaik mungkin dan pihak sekolah perlu bersedia dengan apa jua aviden semasa verifikasi berkenaan.

Sesi taklimat diakhir dengan dialog dengan Pengetua dan Guru Besar berkaitan mengenai isu atau masalah
yang mereka hadapi bagi pencalonan dan persediaan SBT ini. Ketua Sektor Sekolah En.Zakariah Ali yang mempengerusikan dialog berharap semua PPD dan Sektor-Sekor berkaitan di jabatan dapat membantu calon-calon sekolah. Respon daripada itu Sektor ICT akan mengadakan kursus membina dan mengurus web sekolah kepada EIO (Eksukutif Infomation Officer) tiga belas buah sekolah rendah yang dicalonkan pada 23 Jun 2011 dan BTPN Negeri akan menjemput semua sekolah yang dicalon untuk kursus pembestarian.Begitu juga PPD dan Unit Pembangunan dapat membantu dalam pembaikian semerta. Urusetia perlu menyediakan jadual lawatan khidmat bantu kepada pegawai JPN/PPD bagi memberi bantuan dan penilaian awal sekolah-sekolah  yang dicalonkan

Kita berharap dengan komitmen dan iltizam pengurusan sekolah serta kecaknaan PPD dan JPN akan lahir ramai lagi SBT untuk masa akan datang.

Bahan Taklimat Persediaan SBT klik di sini

No comments:

Post a Comment