Tuesday, June 14, 2011

Kepimpinan Berkualiti

" Walau di mana lokasi  sekolah berada, kepimpinan pengurusan berkualiti berkemampuan mengubah sesebuah sekolah", demikian kata YM Tengku Mohd Yusoff Tengku Mansor,Ketua Sektor Jaminan dan Kualiti,JPN Terengganu dalam ceramahnya kepada Guru Besar Terengganu. Beliau berkata SK Ulu Lubai,Serawak melalui Kepimpinan Berkualiti telah mengangkat sekolah itu hingga ke peringkat antarabangsa biarpun jauh di pedalaman Serawak.

Menurut beliau satu indikator mengukur kehebatan sekolah ialah kedudukan band sekolah kita.
Penentuan asas Band ditentukan berdasar SKPM dan GPS sesebuah sekolah.SKPM menyumbang 30% dan GPS menyumbang 70% = 100%.Proses pengiraan telah diformulakan. Daripada jumlah skor dua komponen itulah diperolehi jumlah bagi penentuan Band berapa.

Penentuan Band bagi sekolah rendah, Skor 85 - 100 (Band 1),75 -84.99(Band 2),65 - 74.99(Band 3),60 - 64.99(Band 4),50-59.99(Band 5),40 - 40.99(Band 6) dan kurang 40 (Band 7). Berapa kedudukan band sekolah kita ? Klik

Beliau dalam ceramahnya yang hampir dua jam memperincikan konsep kepimpinan dan takrif kualiti. Menurutnya tidak semua orang berkeupayaan menjadi pemimpin dan pengurus sekaligus.Kebanyakannya hanya memiliki salah satu daripadanya.Pengurus yang baik tidak semesti menjadi pemimpin yang baik dan begitulah sebaliknya.

Presentation Ceramah KLIK


No comments:

Post a Comment