Wednesday, June 15, 2011

Kepimpinan dan Perubahan Kepimpinan Sekolah

"Jika anda melihat pengurusan sekolah sebagai masalah bagi anda maka sampai bila anda tidak mampu melakukan perubahan",demikian antara lain ucapan En.Zakariah Ali,Ketua Sektor,Sektor Pengurusan Sekolah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kepada Guru Besar dalam ceramahnya pada majlis Taklimat Profesional Guru Besar Terengganu di Perdana Resort,Kota Bharu pagi ini.

Menurut beliau sebagai pemimpin kita akan menghadapi kerenah dan kepelbagaian ahli organisasi yang dipimpin. Kepelbagaian ahli ini merupakan satu peluang besar kepada pengurus sekolah memugar potensi dan keupayaan sumber yang ada bagi melahirkan keterbilangan. Menurut beliau lagi,hasil pengalaman meninjau banyak sekolah di dalam dan di luar negara sekolah kita jauh lebih baik namun semangat inginkan pendidikan mereka yang daif jauh lebih tinggi. Inilah cabaran kepada pengurusan sekolah kita bagaimana membina keinginan anak didik dan masyarakat tinggi kepada pendidikan seiring dengan perkembangan fizikal sekolah. Banyak bidang yang perlu dibuat transformasi oleh pengurusan sekolah kerana kehendak dan suasana telah banyak berubah...

Maklumat lanjut intipati ceramah beliau boleh didapati di sini


No comments:

Post a Comment