Tuesday, June 28, 2011

Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru Besar Malaysia Kali ke 17

Bermula 27 hingga 30 Jun 2011, Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia  mengadakan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru Besar Malaysia Kali ke 17 dan Persidangan Perwakilan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia  ke 29 di Hotel MS Garden,Kuantan,Pahang Darul Makmur.

Selain daripada perwakilan Guru Besar seluruh negara,turut hadir ialah pegawai dari Kementerian Pelajaran dan juga pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri seluruh negara. Selain pembentangan kertas kerja berbagai aktiviti seperti pameran,pertandingan bowling dan sebagainya lagi diatur sebagai usaha merapatkan silaturrahim kalangan ahli GMGBM dan wacana menancap kemahiran dan pengetahuan pengurusan kepada semua perwakilan terutama para Guru Besar.

Majlis Perasmian konvensyen dijangka bakal disempurnakan oleh Yang Berbahagia,Dato' Abdul Ghafar Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan majlis penutupan rasminya pula akan disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,Yang Berbahagia Dato' Haji Isa bin Haji Abu.

Sementara pagi ini  Yang Berbahagia Dr.Zahari Aziz,Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Sektor Operasi Pendidikan telah menyampaikan ucap utama kepada perwakilan. Antara lain beliau selaku mantan Ketua Pengarah EPRD menyatakan bahawa yang ingin dan paling utama untuk dilihat dalam  pendidikan ialah hasil pendidikan. Apakah ada kesan dan impak kepada murid dengan meneliti pelbagai petunjuk keberhasilan itu seperti suasana persekitaran sekolah yang bersih,kemas,tersusun atau sebaliknya. Menurut beliau lagi petunjuk-petunjuk ini juga memberi gambaran tentang proses pendidikan yang berlaku. Adakah guru benar-benar memainkan peranan mereka sebagai penyampai ilmu dan pebentuk sahsiah pelajar yang sebenar,tegas beliau.

Kita berharap dengan tema konvensyen "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" para pengurus sekolah dapat menghayati hasil dan natijah konvesyen dan melaksanakan tranformasi dalam wilayah medan tanggungjawab mereka di sekolah dengan lebih berkesan.

Tahniah kepada Pengarah Pelajaran Negeri Pahang atas komitmen dan kecaknaan beliau memastikan tugas tuan rumah dilaksanakan dengan baik. Tahniah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Majlis Guru Besar Pahang di atas iltizam dan komitmen keras memastikan konvensyen berjalan dengan lancar dan sempurna.

Selamat berkonvensyen dan bersidang.

 Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Ketua-Ketua Unit Pengerusan Sekolah Rendah JPN 

No comments:

Post a Comment