Friday, June 24, 2011

Perasmian Program Himpunan KAST Pengelola Sekolah Terengganu Bersama APMT

"Jika semua orang bekerjama,taat setia dan integriti ianya akan membawa hasil yang akan dinikmati bersama oleh semua pihak " demikian petikan kata Alyarham Tunku Abdul Rahman Al-Haj,Perdana Menteri Malaysia Pertama yang diucapkan oleh En.Razali bin Daud,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sewaktu menyampaikan ucaputama perasmian Program Himpunan KAST Pengelola  Sekolah Terengganu Bersama APMT di Hotel Abadi,Melaka Bandaraya Bersejarah pagi ini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Persatuan Pengelola Sekolah Terengganu kerana unsur kerjasama dan kesepakatan yang erat antara ahli hingga pelbagai program dapat dirancang dan dilaksana dengan berjaya khusus bagi mempertingkatkan kemahiran dan merapatkan silarulrahim.

Program Himpunan KAST Pengelola Sekolah Bersama APMT selama tiga hari dua malam dihadiri oleh 90 orang ahli-ahli Persatuan Pengelola Sekolah Terengganu. Selain diberi input bagi mempertingkatkan kemahiran mereka juga didedahkan isu-isu semasa dunia pendidikan.

Sebelum itu dalam ucapan aluannya En.Zainuddin Muda,Pengerusi Persatuan Pengelola Sekolah Terengganu merakamkan penghargaan terima kasih kepada Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu kerana isu-isu pengelola seperti penilaian prestasi telah diambil tindakan sewajarnya oleh pengurusan tertingi jabatan. Beliau juga berharap  pihak jabatan dapat memberi ruang kepada wakil pengelola dalam apa jua majlis dan program anjuran jabatan sepertimana Majlis Pengetua dan Majlis Guru Besar.

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli pengelola yang banyak membantu jabatan,ppd dan btpn serta pkg bagi menjayakan dasar-dasar pendidikan dan kerajaan. Beliau berharap pengelola akan terus menggilap kecemerlangan dan menghindari elemen berikut:
  • jangan menjadi kayu mati - berhenti untuk mempertingkatkan ilmu dan kemahiran
  • berada dalam zon selesa - perlu berubah kerana ada banyak hikmah yang kita tidak nampak
  • elakkkan puak-puak dalam organisasi
  • jangan menjadi gunting dalam lipatan
  • jangan jadi pemimpin yang berjiwa kecil dan penakut
Tambah Pengarah lagi kita perlu menjadi pemimpin dan pengikut yang baik. Untuk terus menjadi pemimpin dan pengikut yang mantap kita mestilah memperkukuhkan:
  • personaliti
  • kemahiran berkomunikasi
  • bekerjasama dan sebagai pemain bersama dalam organisasi
  • kesungguhan dan kesabaran
  • bersungguh-sungguh dan setia
  • sensitiviti yang tinggi
  • kejujuran yang tinggi
Pengarah juga program seumpama ini boleh dijadikan Quality Thinking Time.



No comments:

Post a Comment