Tuesday, June 7, 2011

Lawatan Kerja KPPM ke Terengganu

KUALA TERENGGANU - " Untuk menjadi maju,setiap modal insan yang dididik mesti celik ICT ",demikianlah rumusan Yang Berbahagia,Dato' Abdul Ghafar bin Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia semasa ucapan selepas mendengar taklimat En.Razali bin Daud,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pagi ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KKPM) berkata Terengganu berada dalam landasan yang betul dan tepat dengan membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan melalui penggunaan e-book dan kelas maya.Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu kerana mempunyai perancangan yang kemas,sasaran kerja tahunan yang jelas serta berani menyahut cabar target pencapaian yang lebih tinggi dan besar.

Yang Berbahagia,Dato' Abdul Ghafar bin Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri Terengganu dan ini adalah lawatan kerja rasmi beliau yang pertama selepas menerajui kementerian sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

KPPM juga  mengingatkan cabaran besar untuk memperkasakan sistem penyampaian di semua peringkat khususnya dalam sektor pendidikan supaya kos besar yang dilabur kerajaan dapat dimanafaat secara optima kepada rakyat. "Kita mempunyai banyak idea yang besar dan kita mesti mampu melaksanakannya",tegas beliau.

Selain dari itu,KPPM juga meminta kita yang berada dalam profesion perguruan sentiasa mengambil inisiatif untuk memperkasakan semua aspek dan dimensi pendidikan yang kini menghadapi cabaran hebat seperti bagaimana mahu mengekalkan sekolah kebangsaan menjadi pilihan utama,melatih guru yang hebat dan sebagainya. Beliau juga memohon izin untuk memanjangkan mana-mana program pendidikan Terengganu seperti program memasyarakatkan guru sebagai program di peringkat kebangsaan.

Sebelum itu,En.Razali bin Daud,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu menyampaikan taklimat bertemakan "Strategi Melestarikan Pendidikan Terbilang,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu " kepada Yang Berbahagia,Dato' Abdul Ghafar bin Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah En.Hashim bin Mohd Zin,Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu,Ketua-Ketua Sektor dan Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah.

Yang Berbahagia,Dato' Abdul Ghafar bin Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama Pengarah,Timbalan Pengarah,Ketua-ketua Sektor dan Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah kemudiannya melawat Virutual Clas atau Kelas Maya di SK Paya Bunga,Kuala Terengganu.



 

No comments:

Post a Comment