Thursday, April 4, 2013

Mesyuarat Penyelarasan Latihan Modul KEDAP Tahun 2013

KUALA TERENGGANU - Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama urusetia Induk Kedap (BPSH) telah memutuskan bahawa  Jabatan Pelajaran Negeri yang akan melaksanakan taklimat, kursus dan latihan kepada guru-guru yang mengajar Kelas Dewasa Orang Asli (KEDAP) mengenai kurikulum dan modul tambahan KEDAP. Perkara demikian diputuskan dalam mesyuarat berkaitan di Permai Hotel, Kuala Terengganu mulai 3-4 April 2013.

Jabatan Pelajaran Negeri juga disaran menggunakan peruntukan Ladap atau peruntukan aktiviti lain dan boleh meminta kerjasama kepakaran tenaga pengajar dari IPGM ataupun pegawai JPN yang berkebolehan bagi mengendali kursus ini. Mulai 2013 modul KEDAP ditambah dengan memasukkan Bahasa Inggeris Komunikasi Asas dan Asas Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi selain modul asas Bahasa dan Matematik.

Sementara itu  waran peruntukan  KEDAP 2013 berjumlah RM56,250.00 setiap buah sekolah telah diperturunkan ke setiap JPN untuk diagihkan  kepada sekolah terlibat dengan program KEDAP pada bulan lepas dan difahamkan pihak kewangan JPN telahpun mengagihkannya. Kelas KEDAP 2013 beroperasi mulai bulan ini.

Kita sangat-sangat berharap pelaksanaan kelas KEDAP ini terlaksana mengikut jadual dan garis panduan ditetapkan dengan cekap dan berkualiti agar setiap sen yang diperuntukan memberi impak maksima terhadap kesedaran dan pencapaian pendidikan masyarakat orang Asli terutama mengatasi masalah keciciran dan buta huruf di kalangan mereka.


No comments:

Post a Comment