Monday, August 15, 2011

Permohonan Pengisian dari PPLD DGA32(KUP) Time Base ke Jawatan Hakiki DGA32 Tahun 2012

Semua Guru Penolong/Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD) Gred DGA32 (KUP) Time Based yang bertugas di negeri Terengganu dipelawa memohon ke Jawatan Hakiki gred DGA32 (GPK dan setara dengannya) untuk pengisian tahun 2012. Surat Iklan Tawaran dalam proses edaran ke semua sekolah.Anda juga boleh menggunakan borang permohonan yang disediakan di ruang muatturun untuk tujuan berkenaan. Pemohon yang memenuhi kriteria berikut sahaja akan dipertimbangkan :-

3.1       Berminat untuk bertugas sebagai Guru Penolong Kanan/Pengelola;
3.2       Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan
            Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2008 2009 dan 2010:
3.3      Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan Pentadbiran
sama ada sebagai Guru Penolong Kanan Lantikan sekolah /Guru Data/Guru Disiplin/Guru Kanan Mata Pelajaran/Guru Penyelaras
                        Bestari/Guru Media/Guru Kelas/Penyelaras Peperiksaan;
3.4       Bebas dari tindakan Tatatertib;
3.5       Telah mengistiharkan harta;
3.6       Bersedia untuk ditukarkan;
            3.7       Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Semua permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dan semua permohonan mesti sampai ke PPD masing-masing pada atau sebelum 30 September 2011.

Sila download dokumen permohonan di bawah.

No comments:

Post a Comment