Tuesday, August 9, 2011

KEMASKINI DATA GURU DALAM SISTEM E-GTUKAR SEBELUM MEMOHON PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2012


Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah untuk sesi Januari 2012 akan dibuka pada bulan September 2011 nanti. Kepada guru-guru yang berminat untuk memohon bertukar bagi semua jenis permohonan pertukaran perlu menyemak dan mengemaskini data dalam sistem pangkalan data bermula pada 08 hingga 26 Ogos 2011 melalui laman web e-GTukar http://apps.moe.gov.my/epgo/ Guru-guru yang layak memohon melalui sistem online ini ialah gred DGA29, DGA32(KUP Time Based), DG41, DG44(KUP Time Based) dan DG48 (KUP Time Based) sahaja. Sekiranya terdapat sebarang pindaan maklumat yang perlu dibuat, sila berhubung dengan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Sekolah atau Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah di semua Pejabat Pelajaran Daerah. Bantuan urusan yang sama juga boleh dirujuk kepada En. Azwadi bin Amzah (Penolong Pengarah Pengurusan Data Unit Sekolah Menegah, JPNT) di talian 09-6213065 atau En. Wahab bin Salleh (Penyelia Kanan Unit Sekolah Rendah, JPNT) di talian 09-6213327.
 

No comments:

Post a Comment