Thursday, August 11, 2011

Panduan Ringkas Persediaan dan Proses Penilaian SBT

Sekolah-sekolah yang menerima pencalonan SBT,saya percaya sedang membuat persiapan terakhir. Bagi sekolah Terengganu yang dicalonkan SBT saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas atas dedikasi pasukan warga sekolah membuat persiapan . Dan sebagai tanda penghargaan terima kasih Unit Sekolah Rendah khususnya kami perturunkan panduan ringkas ini sebagai panduan terakhir sebelum ketibaan panel penilai. Tahniah,selamat majujaya.

1.    Kefahaman dalam memahami elemen SKPM 2003 bagi proses verifikasi

1.1      Perkongsian visi dan misi – bagaimana visi dan misi dikomunikasikan
1.2      Kepimpinan
1.3      Struktur Organisasi
1.4      Perancangan (strategik,tektikal dan operational)
1.5      Iklim (iklim fizikal dan sosial dan guru murid patuhi peraturan)
1.6      Pengurusan Sumber
1.7      Pengurusan Maklumat (disimpan dan dapat diakses)
1.8      Pengurusan Program Kurikulum,Kokurikulum,Hem
1.9      Pengajaran dan Pembelajaran (penyeliaan – mesti akur dengan SPI)
1.10    Pembangunan Sahsiah Murid (Program,rekod)
1.11    Penilaian Pencapaian Murid (Bagaimana dinilai)
1.12    Kemenjadian Murid dalam akademik,kokurikulum dan sahsiah (analisa)

2.    Modus operandi Pemeriksaan SBT oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

2.1      Pencerapan p & p
2.2      Semakan dokumen (pecahan sub dan label)
2.3      Pemerhatian
2.4      Temubual
2.5      Soalidik

3.    Semua program Kurikulum,Kokurikulum dan Hem mesti menjurus kepada visi dan misi ..apa buktinya contoh Kurikulum (contoh p&p,pengurusan panitia dan pengurusan JKS)

4.    Sebelum Penilaian

4.1      Sudah membuat penarafan Kendiri Sekolah 2009 dan 2010
4.2      Kemaskini dokumen dan fail
4.3      Susun dokumen mengikut segmen

4.3.1      Fail dan dokumen pentadbiran – Visi,misi,profil sek dsb
4.3.2      Audit dan kewangan
4.3.3      Perancangan Strategik dan Program – sekolah,kurikulum,koko,hem
4.3.4      SKPM
4.3.5      Analisis Peperiksaan UPSR
4.3.6      Kejayaan-kejayaan sekolah – rekod,sijil,gambar
4.3.7      Personaliti Unggul – kertas program,gambar tokoh,keratan akhbar dsb
4.3.8      Program jalinan – kebangsaan dan antarabangsa – data,gambar,rekod
4.3.9      Program Jaringan – kebangsaan dan antarabangsa – data,gambar,rekod
4.3.10   Penandaarasan/Benchmarking – rekod,gambar,buku pelawat

4.4      Bilik Taklimat
4.5      Persembahan taklimat (power point)

5.    Semasa Penilaian

5.1      Pastikan tiga perkara berikut tidak  berlaku

5.1.1      Ketidakakuran(violation)
5.1.2      Ketidakcekapan (incompetent)
5.1.3      Kecuaian(negligent)

5.2      Buku Rekod mengajar Guru mematuhi SPI 2/1999 dan Buku Kedatangan guru ditandatangani
5.3      Carta organisasi ‘up to date’ and ‘up grade’
5.4      Nyatakan kejayaan dicapai dalam Kurikulum,Kopkurikulum,Hem
5.5      Nyatakan program-program yang telah dan sedang dilaksanakan yang menyumbang kepada kejayaan sekolah
5.6      Nayatakan kebitaraan
5.7      Inovasi dan kreativiti guru,khususnya Pengetua/sekolah
5.8      Lantik “liason officer

5.9      Zahirkan tindakan dan pelakuan yang TERBAIK dan JANGAN TERKESAN

5.9.1      Jangan guru ngajar sambil duduk
5.9.2      Jangan menjerit member arahan
5.9.3      Tunjukkan P&P bestari
5.9.4      Komunikasi guru-guru/guru-murid
5.9.5      Patuhi etika pakaian penjawat awan – talileher,tanda nama
5.9.6      Jaga kebersihan

6.    Annex Penilaian SBT

Ini adalah bidang penilaian asas SBT dan sewajarnya slaid persembahan SBT dan Susunan Segmen Dokumen Untuk Penilaian mengikut flow seperti di bawah:

6.1        Maklumat sekolah

6.1.1      Maklumat Asas Sekolah
6.1.2      GPS Peperiksaan Awam tiga tahun terakhir
6.1.3      Penarafan Kendiri tiga tahun terakhir
6.1.4      Verifikasi PKS oleh Nazir

6.2        Maklumat Personaliti Unggul (25%)

6.2.1      Program Personaliti Unggul Berterusan di sekolah
6.2.2      Etos dan kebitaraan
6.2.3      Negarawan / Tokoh yang pernah menuntut

6.3        Maklumat Penerimaan Anugerah (25%)

6.3.1      Anugerah Koakademik Peringkat Kebangsaan
6.3.2      Anugerah Koakademik Antarabangsa
6.3.3      Anugerah Kokurikulum Kebangsaan (berkumpulan-murid dan guru)
6.3.4      Anugerah Kokurikulum Antarabangsa
6.3.5      Anugerah khas Sukan Peringkat Kebangsaan
6.3.6      Anugerah Sempena Hari Guru Kebangsaan
6.3.7      Anugerah-anugerah lain (Kebangsaan dan Antarabangsa)
6.3.8      Peperiksaan Anjuran Agensi Luar Negara

6.4      Program Jalinan (lingkages) Kebangsaan dan Antarabangsa(25%)

6.4.1      Penganjuran Program Jalinan
6.4.2      Penyertaan Program Jalinan

6.5      Program Jaringan (Networking) Kebangsaan dan Antarabangsa (25%)

6.5.1      Penganjuran Program Jaringan
6.5.2      Penyertaan Program Jaringan

6.6      Lawatan Penandaarasan Kebangsaan dan Antarabangsa (25%)

6.6.1      Kategori Penandaarasan
6.6.2      Bilangan Lawatan Penandaarasan hadir
6.6.3      Kategori Pelawat Penandaarasan
6.6.4      Bilangan Pelawat Penandaarasan
6.6.5      Bilangan Lawatan Penandaarasan keluar

No comments:

Post a Comment