Wednesday, November 9, 2011

Taklimat Pengurusan Bantuan Persekolahan Tahun 2012

KUALA TERENGGANU - Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, En. Razali bin Daud hari ini mengambil tindakan proaktif memanggil semua Pengetua, Guru Besar, Pegawai-Pegawai berkaitan Pengurusan Kewangan  di JPN dan PPD bagi menyampaikan taklimat berkaitan Pengurusan Bantuan Persekolahan Tahun 2012. Taklimat berkenaan telah diadakan di SM Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu. Timbalan Pengarah Pelajaran , semua Ketua Sektor dan Pegawai Pelajaran Daerah turut hadir dalam taklimat penting berkaitan.

Pengarah Pelajaran Negeri dalam taklimat berkaitan mengambil kesempatan merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada PPD Kemaman dan semua yang terlibat menjayakan Karnival Pendidikan Terengganu pada minggu lepas. Beliau berharap keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM akan mencapai target sebagaimana yang diharapkan dan menyeru semua pengurus sekolah agar memberi support dan sokongan padu kepada murid masing-masing.

Berhubung bantuan awal persekolahan, baucer buku dan pengurusan bantuan yuran oleh kerajaan sebagaimana yang terkandung dalam Bajet 2012, beliau berharap semua pengetua dan guru besar dapat melaksanakan dengan cekap mengikut masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah boleh merujuknya kepada pegawai berkaitan di JPN / PPD. Beliau sangat berharap dan penuh yakin supaya pengurusan bantuan persekolahan negeri Terengganu antara yang terbaik... seperti selalu beliau ingatkan " tugas  boleh kita delegate untuk orang bawahan kita laksanakan  tetapi kebertanggungjawaban sebagai pengurus sekolah tidak sekali-kali kita boleh delegatekan".

Bahan Taklimat SK Teknik klik DI SINI


Tuesday, November 8, 2011

Pertukaran dan Penempatan Guru Besar dan GPK kuatkuasa 1 November 2011

Tahniah kepada Guru Besar dan GPK yang bertukar atau ditempatkan kerana urusan kenaikan pangkat yang berkuatkuasa pada 1 November 2011. Semoga kehadiran tuan/puan lebih menyemarakkan lagi kecemerlangan dan keterbilangan di sekolah berkenaan. Tahniah dan terima kasih

Senarai lengkap KLIK

Aturcara Perjumpaan Khas Pengarah bersama-sama Pengetua dan Guru Besar esok

Tarikh : 9 November 2011
Tempat: SM Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu

ATURCARA:

09.00 pagi :  Pendaftaran
09.30 pagi :  Ketibaan Pengarah Pelajaran  Negeri Terengganu
09.32 pagi :  Nyanyian Lagu Negaraku
09.35 pagi :  Bacaan Al-Quran
09.45 pagi : Ucapan Aluan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
09.55 pagi : Ucapan dan Taklimat Pengarah Pelajaran
                   - MBMBI
                   - Tatacara Pengurusan Bantuan Persekolahan 2012 ( Pendahuluan RM100,
                      Baucar Buku RM200 dan Penghapusan Yuran Persekolahan Tahun 2012)
12.00 tgh  :  Sesi dialog / soaljawab
01.00 tgh  :  Bacaan doa
01.15 tgh  :  Bersurai

*Jadual ini hanya cadangan awal tertakluk pada pindaan.

600 sekolah daif diperbaiki dengan segera - Muhyiddin



KUALA LUMPUR 8 Nov. - Sebahagian daripada RM500 juta yang diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran untuk menambah baik sekolah kebangsaan tahun depan akan digunakan untuk memperbaiki segera infrastruktur di 600 sekolah kebangsaan seluruh negara yang telah usang dan memerlukan bantuan segera.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekolah-sekolah berkenaan dikenal pasti hasil daripada proses audit fizikal yang dilaksanakan pertama kali tahun ini untuk mengenal pasti kedudukan sebenar infrastruktur semua sekolah. 

"Saya telah putuskan bahawa daripada RM500 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2012 bulan lalu untuk penambahbaikkan sekolah kebangsaan, sebahagian besar peruntukan digunakan untuk membaiki sekolah yang telahpun kita senaraikan sebagai sekolah yang begitu daif.

"Ini penting untuk kita menentukan supaya mutu pembelajaran di sekolah itu tidak merosot hanya dengan keadaan sekolah itu yang uzur dan kurang selamat serta perlu dibaiki,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog terbuka bersama 50 graduan universiti yang terpilih untuk menyertai program“Teach For Malaysia” (Teach) di sini hari ini. - Bernama


Saturday, November 5, 2011

Perjumpaan Khas Pengarah Bersama-sama Pengetua dan Guru Besar

Semua Pengetua SM Terengganu
Semua Guru Besar SR Terengganu

Satu lagi Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama-sama Pengetua dan Guru Besar Terengganu akan diadakan bagi menjelaskan maklumat mengenai MBMMBI dan makenisma agihan bantuan awal persekolahan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh  : 9 Nov 2011
Jam      : 9.00 pagi
Tempat : SM Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu

Harap maklum. Surat menyurat akan menyusul kemudiaan. Teruskan bersama blog USR untuk maklumat terkini.

Friday, November 4, 2011

Pembelajaran Matematik, Sains sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia di sekolah rendah pada 2016

PUTRAJAYA: Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2016, dan untuk Sekolah Menengah pada 2021, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat Kabinet hari ini turut memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah yang sedang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa untuk meneruskannya sehingga ke Tingkatan Lima.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran membuat pengumuman itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau akan membuat penjelasan terperinci pada hari ini mengenai bagaimana kedudukan PPSMI dan bagaimana Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan dilaksanakan, khususnya yang berkaitan peralihan berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI. 

Kabinet pada 2009 sudah membuat keputusan yang PPSMI tidak akan diteruskan. - BERNAMA


Renungan Jumaat : Menghayati Hari Raya Qurban


'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya 
Haji yang bakal kita sambut beberapa hari lagi. Pada Hari Raya Haji  ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.

Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:

"Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".

Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.

Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya: 

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28) 
 
Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.

Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak. 

Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.

Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.

Amin ya Rabbal Alamin!

Sumber : Shiar-Islam

Catatan : Semua Staf Unit Sekolah Rendah dan USR Blogger Team mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Adha kepada semua warga pendidik walau di mana jua berada. Semoga pengorbanan kalian mendapat keredhaan Allah SWT.

Thursday, November 3, 2011

Ihtifal Kalam Jama'ie Peringkat Negeri Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Sekolah Kluster Kecemerlangan, SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu sekali lagi membuktikan keupayaan dan kehebatannya dengan menganjurkan Ihtifal Kalam Jama'ie Peringkat Negeri Terengganu pada hari ini. Seramai sembilan pasukan sekolah seluruh negeri sedang menyertai pertandingan ini bagi merebut hadiah lumayan yang ditawarkan. Johan akan menerima RM1,000.00, Naib Johan RM600.00 dan tempat ketiga RM300.00 serta semua sekolah yang menyertainya diberi saguhati sebanyak RM100.00. Sementara makan-minum dan segala keperluan  berkaitan pertandingan ditanggung oleh penganjur sepenuhnya melalui peruntukan khas sekolah kluster kecemerlangan.

Sebelum ini SK Sultan Sulaiman 1 telah berjaya menganjurkan beberapa siri kejohanan takwando peringkat negeri, kebangsaan dan separa antarabangsa. Kesemua penganjuran bidang berkaitan adalah bidang-bidang kebitaraan sekolah ini. En. Awi bin Salleh, Timbalan Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN Terengganu yang mewakili Ketua Sektor Pendidikan Islam merasmikan Ihtifal berkenaan menyifatkan usaha-usaha yang dilakukan oleh SK Sultan Sulaiman 1 sangat besar ertinya dalam kecemerlangan dan keterbilangan pendidikan  negeri Terengganu.

Sementara itu Tuan Haji Yusof Karim , Guru Besar SK Sultan Sulaiman 1 dalam ucapannya menyatakan inisiatif penganjuran ini adalah usaha memanafaatkan fungsi dan peranan SK Sultan Sulaiman 1 sebagai SKK.  SKK bukan hanya untuk kecemerlangan dan faedah dirinya semata-mata tetapi juga mesti mampu berupaya menjadi penggerakan, pemangkin dan menjadi mentor kepada sekolah-sekolah agar rahmat anugerahnya dapat dinikmati dan dirasai bersama.

Majlis berkenaan turut dihadiri sama oleh En. Wan Zikri, Pengerusi PIBG, SK Sultan Sulaiman serta En. Mat Lazim Noor, Penyelia Kanan Projek Khas / Asli / Kluster JPN Terengganu.

Tahniah kita ucapkan kepada pengurusan dan guru-guru SK Sultan Sulaiman 1 kerana dapat menterjemah fungsi dan peranan besar sekolah kluster yang secara benar dan realistik. Kita berharap melalui usaha-usaha ini ianya bukan sahaja dapat mengenengahkan bakat murid , mengerat silaratulrahim, mendorong sekolah lain merebut gelaran SKK tetapi juga memberi petunjuk kepada Guru Besar Sekolah Kluster yang lain bagaimana peruntukan besar kluster dapat dimanafaat dan dinikmati bersama oleh sekolah-sekolah lain. Inilah bezanya taraf sekolah kluster berbanding dengan sekolah lain yang sepatutnya menjadi buruan dan keinginan setiap pengurus dan warga sekolah.

Keputusan terkini Ihtifal Kalam Jama'ie:
Johan : SK Tengku Mahmud Besut, SK Kecemerlangan Fasa 4
N.Johan : SK Sultan Sulaiman 1, SK Kecemerlangan Fasa 3
Ketiga : SK Seri Nilam, Kuala Terengganu.



Wednesday, November 2, 2011

Karnival Pendidikan Terengganu 2011

KEMAMAN - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan bantuan dan kerjasama kerajaan negeri serta pelbagai agensi telah mengadakan Karnival Pendidikan Terengganu 2011. Karnival tahun ini menjadikan daerah Kemaman sebagai tuan rumah dan diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu. Karnival Pendidikan ini bermula 1 hingga 3 November 2011.

Karnival tiga hari ini bukan sahaja memperagakan pelbagai aktiviti pendidikan yang diadakan di sekolah melalui pelbagai kegiatan pameran tetapi juga pelbagai aktiviti menonjolkan bakat dan kebolehan murid dalam pelbagai bidang. Selain dari itu aktiviti-aktiviti bagi Program Memasyarakatkan Pendidikan seperti permainan tradisional dan sukanika turut juga diadakan. Kemuncak Karnival Pendidikan ini ialah Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Terengganu 2011 dalam pelbagai kategori anugerah. Sebanyak lebih tiga puluh anugerah meliputi pelbagai bidang kecemerlangan seperti akademik, kokurikulum dan juga pengurusan disediakan.

YAB Dato' Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu telah  merasmikan Karnival Pendidikan Terengganu 2011 serta menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2011 petang tadi. Turut hadir ialah Exco Pelajaran Negeri Terengganu, Pengarah Pelajaran Negeri, Pegawai Daerah Kemaman serta pegawai kanan JPN dan PPD. Semua pengetua, guru besar, warga pendidikan daerah Kemaman serta masyarakat daerah Kemaman umumnya turut memeriahkan majlis perasmian dan karnival selama tiga hari ini.

Kita berharap melalui Karnival Pendidikan Terengganu 2011 ianya menjadi cetusan untuk memasyarakatkan pendidikan melalui pelbagai kegiatan pendidikan. Selain daripada itu ianya memberi inspirasi kepada murid dan guru agar sentiasa berusaha mencapai yang terbaik terbilang dan membanggakan negeri dan negara dalam pelbagai bidang yang diceburi. Kita yakin melalui mentaliti juara ini hasrat negeri menjadikan Terengganu sebagai Anjung Ilmu akan terus semarak dan subur selalu... Terima kasih dan tahniah kepada yang berjaya dan sentiasa tekal "Melestarikan Pendidikan Terbilang".

Tuesday, November 1, 2011

E-Perlu dilanjutkan sehingga 3 November 2011

Pengetua, SM Terengganu
Guru Besar, SR Terengganu

Semua sekolah di negeri Terengganu diberi lanjutan tempoh hingga 3 November 2011 untuk menyemak dan mengemaskini data E-Perlu kerana dalam penilaian semakan JPN ada sekolah yang memberi data yang tidak logik dan munasabah sama sekali. Pengetua dan Guru Besar setiap sekolah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap data yang dikemukakan serta implikasi daripada pemberian data E-Perlu yang tidak tepat.

Terima kasih.