Wednesday, June 12, 2013

Program 90 hari menjelang UPSR

KEMAMAN - Sekolah Berprestasi Tinggi SK Sultan Ismail, Kemaman hari ini melancarkan Program 90 hari menjelang UPSR. Saya selaku Pegawai Meja Projek Khas/Asli/Kluster yang juga SBT telah "diperangkap" oleh pihak sekolah untuk melancarkan program berkenaan. Tujuan saya ke SK Sultan Ismail bagi urusan kaji selidik SBT Kohort 2, KPM telah diambil kesempatan pihak sekolah untuk melancar program berkaitan. Saya teringat kata-kata mantan Pengarah Pelajaran Tuan Haji Ariffin Embong yang selalu menggunakan istilah "nyembat" bagi melaksanakan dua kerja dalam satu masa.

Apapun saya bersyukur dan merakamkan setinggi tahniah kepada pihak sekolah kerana mengambil inisiatif mengadakan program khas ini sebagai usaha strategik memberi fokus serta penalaan khusus kepada agenda besar itu. Dalam masa tiga bulan menjelang UPSR berbagai program sama ada bersifat akedemik, motivasi, pembinaan sahsiah dan sebagainya telah dirancang begitu rupa dan rapi sekali. Tahniah kepada Tuan Haji Khalid Sulong , Guru Besar SK Sultan Ismail, barisan GPK, Pasukan Projek Tahun 6 dan murid-murid Tahun Enam yang bersepakat dan fokus untuk terus menjadi yang terbilang dan terbaik.

SK Sultan Ismail yang bertaraf SBT telah beberapa tahun kekal berada di Band 1 yang menggambarkan prestasi peperiksaan awam mereka GPSnya sentiasa mantap. Bagi penentuan Band elemen yang dikira ialah 70% GPS dan 30% SKPM. Dan sebagai SBT, KPI yang ditetapkan mereka mesti berada di Band 1. Inilah cabaran yang perlu digalas oleh setiap warga SBT dan ternyata mereka mampu melakukannya dengan gagah yang sewajarnya pula menjadi cabaran kepada sekolah lain yang berada dalam zon persekitarannya. Kalau tidak berupaya menggapai SBT pun , biar "roh" dan "budaya" SBT turut dihayati dan dimenefestasikan.

Pada pemerhati saya kebanyakan anak-anak kita terutama di kelas-kelas peperiksaan belajar bukan dengan penampakan apa yang mereka ingin capai tetapi banyak ditala dan dipimpin oleh guru ataupun keluarga. Justru itu mereka nampak kurang semangat dan tiada keghairahan untuk bertindak dan berusaha secara bersungguh-sungguh dan luar biasa bagi melahirkan impian atau visi mereka. Oleh yang demikian selain tugas guru mengajar dan ibubapa menghantar ke kelas tuisyen satu tugas besar yang mungkin kita terlepas pandang ialah memberi inspirasi, dorangan dan semangat positif berterusan agar timbul kehendak kendiri yang akan menggerakkan mereka berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kehendak mereka yang berupa bukan kabur dan samar-samar.

Walaupun kita nampak mudah tetapi untuk melaksanakannya bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya perlukan ketelitian dan kesabaran serta kemahiran untuk membangun nilai-nilai positif yang sedia ada pada diri mereka. Dalam banyak hal kita kurang sabar . Kita hendakkan sesuatu itu cepat dan segera walhal sunnah pendidikan yang ditunjukkan sirah Nabi dengan hikmah sekali. Lihat sahaja apabila Jibrail meminta Nabi SAW membaca. Diulang berkali-kali setelah Rasullallah berkata dia tidak tahu membaca. Apabila tidak dapat juga Jibrail telah memeluk Nabi SAW. Inilah filosofi pendidikan yang harus kita teladani. Ulangkaji sangat perlu untuk belajar dan berjaya dan jika masih lemah beri semangat dan dorongan positif bukannya kutukan dan penghinaan. Kutukan, maki-hamun dan penghinaan dalam proses belajar adalah bertentangan dengan sunnah Nabi SAW.

In Sha Allah anak-anak kita di SK Sultan Ismail dan anak-anak kita yang akan menduduki UPSR di seluruh Terengganu dapat manafaatkan 90 hari yang tinggal ini bagi membuktikan diri kita boleh dan mampu menjadi yang terbaik. Jika setiap kita yang akan menduduki UPSR 2013  berusaha menjadi yang terbaik maka In Sha Allah Terengganu Anjung Ilmu akan muncul negeri terbaik dan terhebat.


No comments:

Post a Comment