Thursday, June 13, 2013

Persidangan Guru Besar Malaysia dan Pengelola Sekolah Malaysia

Bulan Jun ini dua persidangan besar akan berlangsung. Persidangan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia  akan diadakan pada 23 - 26 Jun 2013 di Ming Garden Hotel and Residences, Kota Kinabalu, Sabah. Negeri Terengganu menghantar 26 orang Guru Besar dan dua orang pegawai iaitu Ketua Unit Sekolah Rendah dan Penolong Pengarah Data dan ABM Unit Rendah.

Sementara itu Persidangan Kebangsaan Pengelola Sekolah Malaysia akan diadakan pada 25 - 28 Jun 2013 di New York Hotel, Johor Bharu, Johor. Delegasi negeri Terengganu akan menghantar 35 orang Pengelola Sekolah yang berkhidmat di JPN, PPD dan BTPN Terengganu.

Kita percaya ada banyak isu dan usul akan dibincang dalam dua persidangan ini khususnya berkaitan Tranformasi Pendidikan terutama PPPM selain Transformasi PPD  selain kedudukan perjawatan dan gred jawatan Guru Besar dan Pengelola dalam perubahan pesat perkembangan pendidikan negara.

Kita sangat berharap para Guru Besar dan Pengelola Sekolah yang terlibat dapat mengutip dan membawa pulang sesuatu untuk dikongsi dengan rakan-rakan yang tidak berkesempatan menghadirinya. Kita berharap kecairan maklumat yang diperolehi dapat ditransform dengan cepat dan berkesan serta memberi impak kepada pembinaan watak kepemimpinan sekolah dan kemajuan pendidikan sekolah secara keseluruhannya.

Kepada semua Guru Besar dan Pengelola terlibat kita ucapkan selamat bersidang.


No comments:

Post a Comment