Tuesday, September 20, 2011

Pertukaran dan Penempatan Pengelola , Guru Besar dan GPK kuatkuasa 16 Sept 2011

Pertukaran Guru Besar yang tertangguh sementara kerana keperluan tumpuan kepada UPSR agar tidak terganggu dikuatkuasa semula mulai 16 September 2011. Justru itu ramai guru besar atau yang ditawarkan guru besar terlibat dengan pertukaran kali ini. Pertukaran kali ini juga melibatkan pengisian jawatan pengelola dan seperti biasa pengisian jawatan penolong kanan. Semua cadangan pertukaran telah diluluskan oleh panel yang dipengerusikan Ketua Sektor Sekolah bersama-sama semua timbalan PPD, semua penyelia kanan pengurusan sekolah PPD dan para pegawai dari Unit Sekolah Rendah dalam mesyuarat 7 September 2011 yang lalu.

Kita berharap mereka yang terlibat bersyukur  dan mampu memikul amanah di tempat baru dengan cemerlang dan penuh dedikasi sebagai tanda bersyukur dan terima kasih. Begitu juga kepada yang baru dilantik terimalah peluang dan buktikan anda juga berkemampuan dan berkebolehan. Biarlah hadirnya anda semua sebagai pengurusan akan memberi impak yang semakin baik kepada keseluruhan prestasi sekolah.

Tahniah dan syabas !!!!

Senarai Guru Besar KLIK
Senarai GPK KLIK
Senarai Pengelola / Penyelia KLIK

No comments:

Post a Comment