Sunday, April 17, 2011

Seminar Pengurusan Pengelola Sekolah Terengganu 2011

Persatuan Pengelola Sekolah Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan Seminar Pengurusan Pengelola Sekolah Terengganu 2011 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu pada hari ini.

Antara tujuan seminar ini diadakan adalah sebagai platform merapatkan hubungan silaraturahim. Selain daripada itu adalah usaha persatuan melengkap dan memantapkan ilmu serta kemahiran kepengelolaan dan juga bagi menjelaskan isu-isu berkaitan Laluan Kerjaya Pengelola dan naik pangkat kepada semua ahli.

En. Rosli bin Chik,Ketua Unit Naik Pangkat,JPN Terengganu telah membentangkan kertas kerja berkaitan Laluan Kerjaya Pengelola dan isu-isu berkaiktan. Beliau menjelaskan pengelola sekolah mempunyai laluan naik pangkat secara hakiki (penyelia kanan dan guru besar),pegawai cemerlang (DGA32(KUP),DGA34(KUP) dan DGA38KUP) dan sebagai pengelola cemerlang DGA38(KUP)

Terdahulu semasa ucapan alauan sebagai penasihat Persatuan Pengelola Sekolah Cawangan Terengganu,En.Zakariah Ali menyeru semua ahli pengelola yang juga selaku pegawai di JPN,PPD,BTPN,MSST dan Pusat Kokurikulum sentiasa menjaga integriti dan mengelakkan daripada salah laku yang boleh menjejaskan rupatsi dan respektasi kepada persatuan dan pengelola itu sendiri.

Pengarah Pelajaran Terengganu,En.Razali bin Daud telah sudi menyampaikan ucapan dan menutup seminar ini. Pengarah dalam ucapannya menegaskan tentang perlunya pengelola sebagai front liner memperkuatkan pemikiran atau "mental protien". Tegas beliau lagi pengelola perlu berfikir secara analitikal untuk menganalisis isu-isu.Kemudian berfikiran secara kritikal mencadang langkah serta pendekatan strategik dan seterusnya bersedia mendengar pandangan orang lain dengan berfikir secara konstruktif. Seterusnya ke satu  lagi tahap pemikiran yang kreatif bagi menghasilkan inovasi dalam kerja buat.

Selain dari itu beliau mengajak pengelola menganalisa jurang tindakan antara kerja yang telah dibuat dan sepatutnya dibuat serta melihat jurang keberhasilan kerja buat antara apa yang telah dicapai dan yang sepatutnya dicapai kerana analisa ini akan menjadikan kita sentiasa untuk laksanakan yang terbaik dan terbilang.Beliau juga menerangkan tentang hasil kerja,kecemerlangan dan keterbilangan. Hasil kerja apa yang kita buat untuk mencapai apa yang telah kita tentukan sementara cemerlang melampaui dari apa ditetapkan tapi to beyond.

Beliau juga menasihatkan kepada pengelola untuk meningkatkan kualiti kerja pengelola mestilah sentiasa renponsif terhadap perubahan seperti ilmu dan kemahiran baru,dasar-dasar baru kerajaan dan kementerian,membina selft imej,selt disiplin,selft development,membaca dan memahami pekeliling,jangan cepat berpuashati dan mencari pendekatan baru dalam menyelesaikan masalah. Beliau juga merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada semua pengelola yang turut berusaha keras menjayakan "Terengganu sebagai Anjung Ilmu" dan "Melestarikan Pendidikan Terbilang".


No comments:

Post a Comment