Monday, April 18, 2011

Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Sektor Pengurusan Sekolah

Pagi tadi di Bilik Mesyuarat Alamanda,Jabatan Pelajaran Terengganu,Sektor Pengurusan Sekolah telah mengadakan satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna kepada semua warga Sektor Pengurusan Sekolah iaitu Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada warga Sektor Pengurusan Sekolah yang terpilih bagi tahun ini. En.Zakariah Ali,Ketua Sektor,Sektor Pengurusan Sekolah telah menyampaikan surat dan sijil penghargaan daripada Sektor Pengurusan Sekolah

Ketua Sektor dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah kepada yang telah berjaya dan beliau berharap bukanlah orang lain yang tidak dapat anugerah dalam  Sektor Pengurusan Sekolah tidak bagus dan tidak hebat.Menurut beliau semua pegawai dan staf Sektor Pengurusan Sekolah hebat-hebat belaka namun kerana kuota tunggulah giliran nanti. Beliau juga bersyukur kerana pengurusan tertinggi jabatan telah menyediakan empat kuota kepada warga Sektor Pengurusan Sekolah dan ini menunjukkan tanda aprisiasi terhadap peranan dan sumbangan  warga Sektor Pengurusan Sekolah.

Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang ialah En.Salim bin Ab.Ghani (KPP SPS),Tuan Haji Mohamad bin Ngah (Unit Perhuibungan), En. Ab.Rahim bin Sulaiman (Unit Menengah) dan Pn. Norizan bt. Abdullah (Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah)

Tahniah atas kejayaan para sahabat sekalian ! Kami amat berbangga !

No comments:

Post a Comment