Monday, January 4, 2010

Sekolah Orang Asli, SK Sungai Berua...


Pagi tadi saya bersama dengan En. Mustafa  dan En. Rohadi ,kedua-duanya Penyelia Kanan,Unit Kurikulum Rendah telah menyelia dan memantau perjalanan sesi persekolahan 2010 di SK Sungai Berua,Hulu Terengganu. SK Sungai Berua adalah salah satu dari dua buah sekolah Orang Asli di Terengganu. Satu lagi ialah SK Sungai Pergam,Kemaman. SK Sungai Berua terletak lebih kurang 20 km dari bandar Kuala Berang dan Pejabat Pelajaran Daerah,Hulu Terengganu adalah seratus peratus terdiri daripada murid-murid anak orang Asli Suku Kaum Batek. Sekolah ini boleh dihubungi dengan jalan raya . Semua guru di sini layak menerima elaun sekolah pedalaman sebanyak 10% daripada gaji.


Menurut En. Mohd Nafiah bin Kassim ,Guru Besar,SK Sungai Berua jumlah keseluruhan murid tahun 2010 ialah seramai 108 orang dengan perjawatan guru seramai 13 orang untuk mengajar di tujuh buah kelas.
 

Dalam pemerhatian kami pembangunan sekolah cukup baik. Bangunan Pentadbiran dan blok kelas dilengkapi bekalan elektrik dua puluh empat jam.Malah terdapat juga penghawa dingin.Walaupun masih kedapatan kekurang bilik khas namun kemudahan yang ada sama dengan sekolah kebangsaan biasa atau sekolah kekurangan murid (SKM) yang lain. Capaian internet dan komunikasi juga terdapat di sini melalui sistem para bola dan wireless.Semua guru yang dihantar adalah guru terlatih. Bahkan pelbagai program telah dilaksanakan oleh IPGM,Belia,NGO,JHEOA dan lain-lain lagi. Persoalannya kenapa pencapaian masih rendah dan kadar keciciran masih lagi tinggi ? 




3 comments:

  1. Suatu ulasan yg cukup baik untuk dikongsi bersama dengan semua rakan-rakan pendidik.Kenapa "kenapa pencapaian masih rendah dan kadar keciciran masih lagi tinggi dikalangan murid orang Asli sekolah ini berbanding di sekolah orang Asli yg lain.

    ReplyDelete
  2. Mungkinkah persoalan akan terjawab jika pihak tuan sendiri meluangkan masa untuk menjalankan sesi pengajaran di sekolah-sekolah terbabit.

    ReplyDelete
  3. Tuan Pengetua,
    Guru Besar,
    Guru
    Tuan/Puan,


    PELAWAAN SEBAGAI CALON PENULIS PAKEJ BUKU TEKS SEKOLAH RENDAH UNTUK KEGUNAAN MULAI TAHUN 2014 BAGI MATA PELAJARAN BAHASA SEMAI TAHUN 4

    Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

    2. Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menerbitkan pakej buku teks sekolah rendah untuk kegunaan mulai tahun 2014.

    3. Sehubungan dengan itu, DBP mempelawa tuan/puan yang berkelayakan untuk menulis buku teks Bahasa Semai Tahun 4.

    Kerjasama daripada pihak tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



    ZAHARUDIN BIN ABDUL RAHMAN
    Editor Bahagian Buku Sekolah,
    No. Telefon: 03-21481330/019-6484841
    E-mel: zahar@dbp.gov.my

    ReplyDelete