Wednesday, January 27, 2010

Mesyuarat Wacana Pendidikan Siri 1 / 2010


Mesyuarat Wacana Pendidikan Siri 1/2010 telah diadakan di PKG Durian Burung,Kuala Terengganu.Objektif utama ialah mengujudkan perkongsian,kerjasama dan persefahaman antara Majlis Guru Besar Negeri Terengganu dengan Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Jabatan Pelajaran Negeri bagi melonjakkan lagi prestasi pengurusan dan sekaligus melonjakkan lagi prestasi pendidikan rendah negeri Terengganu.


Usaha perkongsian pintar antara MGB Terengganu dan Unit Penyeliaan Sekolah Rendah telah diperkasakan sejak dua tahun yang lalu.Alhamdulillah banyak isu berkaitan pengurusan,perkhidmatan,penempatan,pertukaran dan seumpamanya dapat dibincang dan diselesaikan. Unit Penyeliaan Sekolah Rendah juga mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada YDP MGB Terengganu,Tuan Haji Yusof Karim dan AJK MGB Negeri kerana memainkan peranan besar memastikan keterbilangan UPSR negeri Terengganu.Semoga untuk tahun 2010 MGB Terengganu akan lebih kominted lagi menggerakan ahli-ahli MGB seluruh negeri bagi mencapai target 20% pencapaian Semua A dalam UPSR,peningkatan kepimpinan dan pengurusan sekolah.....

No comments:

Post a Comment