Bulan
Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.
Bulan
Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.
Nabi
shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di
antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah,
Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara
Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)
Bulan
Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat
Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika
mereka diugut.
Larangan
untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.
Abdullah
Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih
besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar
pahalanya. (Tafsir At-Thabari)
Menurut
Imam al-Razi RH: Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah
maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas
dengan pahala yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53).
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM.
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM.
Dari
Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda,
"Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan
Muharram". (HR Muslim no. 1163)
No comments:
Post a Comment