Bermacam-macam cara dan kaedah para guru gunakan bagi membuat persediaan terakhir kepada calon UPSR sekolah masing-masing. Selain kelas dan teknik menjawab soalan, program motivasi dan sembahyang hajat juga diadakan. Pihak jabatan di bawah Sektor Pengurusan Sekolah melalui Program Sekolah Angkat mengadakan program kunjungan pemantauan pegawai angkat ke sekolah angkat masing-masing.
Selain dari itu, Sektor Pengurusan Akademik mengadakan Program Singgah Sayang kepada sekolah yang dipilih kepada para pegawai JPN untuk membantu dan memberi motivasi khususnya kepada calon-calon UPSR tentang persediaan terakhir mereka. Sementara itu pihak PPD juga mengatur pelbagai program dan lawatan ke sekolah dalam daerah masing-masing.
Begitulah juga bagi Sekolah Asli seperti SK Sungai Pergam dan SK Sungai Berua, pihak sekolah juga melaksanakan berbagai aktiviti pecutan terakhir bagi membantu murid mereka yang terkenal lemah dan jarang datang ke sekolah. Kita ingin mengucapkan tahniah kepada Guru Besar, guru-guru dan para ibu bapa anak Asli khususnya SK Sungai Pergam yang sempat kami tinjau. Kerjasama yang erat itu membolehkan semua calon UPSR SK Sungai Pergam dapat mengikuti kem pecutan akhir yang diadakan di sekolah bermula awal September hingga berakhir UPSR. Di mana semua calon belajar, tinggal dan makan-minum di sekolah.
Situasi ini penting bagi membiasakan murid Asli dengan suasana peperiksaan agar mereka tidak takut dan hadir ke sekolah pada hari peperiksaan. Program yang hampir sama telah diadakan pada tahun lepas dan membuahkan hasil di mana band SK Sungai Pergam telah meningkat. Keazaman SK Sungai Pergam mereka mensasarkan ke Band 4 tahun 2014.
Selain sembahyang hajat dan berjemaah dan kelas bimbingan suasana sekolah juga dimeriahkan dengan baner-baner semangat sumbangan dari para guru SK Sungai Pergam. Tahniah juga kepada Pegawai Linus PPD Kemaman yang turut membantu murid Tahun 6 yang lemah walaupun pada cuti hujung minggu.
Tahniah, syabas dan terima kasih kepada pegawai, para guru dan ibu bapa yang menunjukkan sokongan dan iltizam yang tinggi. Semoga sumbangan ikhlas itu membuahkan barakah dengan kejayaan anak-anak dalam UPSR 2014.
Salam, sila beri perhatian di
ReplyDelete...membiasakan murid Asli dengan suasana peperiksaan agar mereka tidak takut dan "tidak hadir ke sekolah pada hari peperiksaan".
Terima kasih atas ketelitian anda...telah diperbetulkan.
ReplyDeleteThiss was a lovely blog post
ReplyDelete