Monday, May 12, 2014

Derma Darah Hari Guru Terengganu

Salah satu aktiviti rutin yang dianjurkan setiap tahun oleh Jawatankuasa Perayaan Hari Guru Terengganu ialah kempen menderma darah. Bagi tahun 2014 acara berkenaan diadakan pada hari ini di lobi dan Bistro Anjung Ilmu Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Sambutan oleh penderma yang kebanyakan terdiri daripada warga pendidikan (pegawai,guru.staf dan pelajar)  amat menggalakkan.

Semoga sedikit sebanyak usaha ini bukan sahaja dapat membantu mereka yang memerlukan  tetapi juga dapat menyuburkan sifat dan nilai ingin berbakti kepada warga pendidikan. Tahniah dan terima kasih cikgu.
Saksikan gambar-gambar sempena kempen derma darah Hari Guru Terengganu 2014.



No comments:

Post a Comment