Sunday, December 8, 2013

Mesyuarat Penyelarasan Pembukaan SK Padang Setenge

HULU TERENGGAU - " Kita harap moto, bendera, lagu sekolah ini membawa makna pendidikan masa depan atau education for future", demikian antara lain intipati ucapan En. Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu sewaktu Mesyuarat Penyelarasan Pembukaan SK Padang Setenge petang tadi.

Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, SK Padang Setenge itu turut dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Ketua Sektor ICT, Pegawai dari JPN, PPD, Guru Besar dan GPK SK Padang Setenge.

Sekolah yang menelan belanja lebih kurang RM12 juta dan tertangguh beberapa tahun ini akan menerima 100 orang murid pertama dari Tahun 1 hingga 5 pada 30 Disember 2013 nanti. Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri berharap ianya bakal menjadi sekolah yang hebat dan terbilang pada masa depan.

Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa persediaan bagi menyambut pelajar baru dan sesi persekolahan baru awal Januari depan telah dimulakan. Guru Besar dan semua GPK telah ditempatkan. Sementara penempatan guru dan anggota kumpulan pelaksana akan ditempatkan pada 16 Disember ini. Sebanyak lima belas perjawatan termasuk luar dan dalam norm diluluskan. Tiga orang guru termasuk dari pertukaran masuk dari luar negeri Terengganu dan satu orang pertukaran antara daerah akan melapor diri pada 1 Januari 2014.

Sementara itu Timbalan Pengarah meminta Guru Besar merancang program sembahyang hajat sebagai usaha memohon perlindungan dan keberkatan Allah. Beliau juga meminta pihak sekolah melaksanakan kerjasama dengan MRSM Kuala Berang dan melaksanakan "test run" kepada semua sistem bagi mengenalpasti "defect" atau kecacatan yang ada dan melaporkan segera kepada JPN dan PPD di mana tempoh 6 bulan masih di bawah tanggungan kontraktor dan konsultan.

Kita berharap dengan pengalaman sedia ada dari Guru Besar dan GPK operasi pembukaan sekolah akan berjalan dengan lancar dan sempurna serta mengikut panduan tatacara yang telah digariskan. Kepada guru-guru yang terpilih ke SK Padang Setenge tahniah diucapkan kerana kalian mendapat kepercayaan tinggi daripada PPD Hulu Terengganu.


No comments:

Post a Comment