Sunday, September 30, 2012

Mesyuarat Pelaporan dan Postmortem Ujian PERMATApintar UKM2 Tahun 2012

KUALA TERENGGANU - Ujian UKM2 telah diadakan di beberapa pusat seluruh  negeri Terengganu pada 27 Ogos - 27 Sep 2012. Tujuan ujian adalah untuk memilih pelajar yang berkelayakan untuk mewakili Terengganu dalam perkhemahan akhir tahun PERMATApintar di UKM, Bangi.

Post mortem menunjukkan tiada masalah besar dalam pengenalian Ujian UKM2. Masalah-masalah kecil telah dapat diatasi terutama yang berkaitan peralatan komputer dan talian. Dari segi kehadiran calon yang layak juga memuaskan. Segala masalah-masalah kecil akan diperkemaskan bagi pengurusan Ujian UKM2 akan datang agar lebih mantap lagi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Hamid Yahya adalah mesyuarat beliau terakhir kerana selepas ini beliau akan bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran. Tempat beliau sebagai Penolong Pengarah Projek Khas/SBP/SKK akan diambil alih oleh Pn. Rohaya bt Mohd Nor. Mesyuarat dihadiri En. Mohd bin Muda, Penyelia Pengurusan Murid sebagai pembantu urusan UKM2 serta pegawai meja di peringkat PPD seluruh negeri.


No comments:

Post a Comment