Thursday, February 9, 2012

Mesyuarat Penempatan Guru Dalam Latihan KPLI-jQaf Ambilan Januari 2012

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Teregganu hari ini mengadakan mesyuarat persediaan bagi penempatan Guru Dalam Latihan KPLI-jQaf Ambilan 2012 seramai 139 orang pada 13 Februari 2012 nanti. Mesyuarat berkenaan telah diadakan di Rumah Tamu, JPN Terengganu. Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh En. Jelani Sulong, Ketua Unit Sekolah Rendah. Penolong Pengarah Guru, Penyelia Pendidikan Khas, Penyelia Kanan Sekolah Rendah PPD telah hadir sama. Turut hadir ialah Ustaz Wan Mohd Fauzi Wan Mahmood,Ketua Unit Operasi Pengurusan Pendidikan Islam  dan Ustaz Wan Ahmad Hasbi Wan Jusoh, Pegawai Meja j-Qaf, JPN Terengganu.

Berdasarkan perkembangan terbaharu bahawa penempatan untuk latihan j-Qaf  mulai sesi ini tidak sama sebagaimana j-Qaf yang lepas. Kalau dahulu pelatih j-Qaf akan ditempatkan selama setahun setengah  di sesebuah sekolah, kemudian selepas tamat latihan mereka akan ditempatkan semula di sekolah yang sama selama 36 bulan barulah mereka layak memohon bertukar. Namun mulai  penempatan kali ini, pindaan perjanjian telah dibuat di mana klausa "bertugas di sekolah yang sama selama 36 bulan selepas latihan" telah ditiadakan.

Implikasi dari perubahan itu, pelatih j-Qaf akan menjalani latihan di sekolah yang ditetapkan oleh JPN Terengganu dan menjelang tamat latihan setahun setengah mereka perlu memohon penempatan negeri melalui IPGM tempat latihan itu diadakan sebagaimana pelatih program pendidikan yang lain seperti KPLI, DPLI ataupun PISMP. Ini bermakna mereka bakal ditempatkan di sekolah atau negeri yang memerlukan khidmat dan perjawatan berkenaan di seluruh negara.

Sedutan perjanjian j-Qaf terbaru

Selain dari itu, mereka yang layak diberi surat  penempatan hanya mereka yang telah hadir  orientasi di mana-mana IPGM selama dua minggu (14 hari) dan tidak mengandung (bagi yang telah berkahwin). Sebelum ini ada kes sedemikian di mana bila nama tersenarai walhal mereka tidakpun hadir mana-mana IPGM turut datang untuk menerima surat. Senarai nama ini diterima berdasarkan mereka yang layak masuk program KPLI-jQaf untuk pendaftaran IPGM.

Mesyuarat hari telah memutuskan Majlis Penyerahan Surat Penempatan Guru Dalam Latihan KPLI-j-Qaf Ambilan Januari 2012 sebagaimana berikut:

  • Tarikh : 13 Februari 2012 (Isnin)
  • Masa  : 8.30 pagi
  • Tempat : Hotel Permai, Kuala Terengganu 
  • Pakaian :
    • Lelaki - pakaian kerja kemas,tanda nama,tali leher dan berkot.
    • Perempuan - pakaian kerja kemas,tanda nama, berkot dan berkasut.
  • Senarai Nama Pelatih KPLI-jQaf . KLIK

    No comments:

    Post a Comment