Sunday, March 6, 2011

Taklimat Permohonan Pengelola Cemerlang DGA38 (KUP) 2011

Jam 10.00 pagi tadi telah diadakan Taklimat Permohonan Pengelola Cemerlang DGA38(KUP)  Tahun 2011 di Rumah Tamu,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Ketua Unit Naik Pangkat,En.Rosli Chik telah menyampai taklimat kepada semua pengelola sekolah Terengganu DGA34 yang hadir. Turut hadir ialah Ketua Unit Rendah,En.Jelani bin Sulong.

Pelbagai isu dan perkara berhubung naik pangkat telah diutarakan terutama tindakan kepada pengelola sekolah yang berkelayakan untuk memohon sebagai Pengelola Cemerlang. Semua permohoan hendaklah sampai ke urusetia Unit Naik Pangkat ,Jabatan Pelajaran Negeri pada atau sebelum 15 Mac 2011.

No comments:

Post a Comment