Bagi membantu guru dan Guru Penolong Kanan mengemaskini e-Operasi terutama berkait pemahaman dan pentafsiran perjawatan Penolong Pengarah ABM dan Data, Unit Sekolah Rendah telah menyediakan panduan berikut yang boleh tuan/puan muaturun.
Terima kasih
Panduan mengisi e-Operasi sila KLIK
Tuesday, October 22, 2013
Perlanjutan tempoh Permohohan Urusan Penghakikian DGA32 (KUP) ke DGA32 hakiki
Urusan Penghakikian DGA32(KUP) ke DGA32 hakiki yang ditutup pada 16 Oktober 2013 dilanjutkan tempoh sehingga 31 Oktober 2013 bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk mengisi Jawatan Guru Penolong Kanan dan Penyelia di PPD/JPN bagi tahun 2014.
Borang permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD masing-masing pada atau sebelum 1 November 2013.
Keterangan lanjut dan borang permohohan KLIK
Borang permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD masing-masing pada atau sebelum 1 November 2013.
Keterangan lanjut dan borang permohohan KLIK
Saturday, October 19, 2013
Sembang Sabtu : Tiada seorang ibupun bodoh
Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta
murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan
rakan-rakan sekelas.
Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.
Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!
"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."
Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.
"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"
Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu.
"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."
Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu.
"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!"
Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.
"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."
Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.
"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"
Cikgu Yong mengangguk.
"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"
Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.
"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."
Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu.
"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.
Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!
Kau ada...??"
Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.
Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata
" Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, sorga itu tetap berada di bawah telapak kakinya"!, kata Cikgu Yong perlahan.
Sumber : Facebook

Friday, October 18, 2013
Tindakan Segera : Kemaskini E-PERLU
TINDAKAN SEGERA.
Semua sekolah Menengah
dan Rendah Negeri Terengganu.
PELAKSANAAN PENGUMPULAN
DATA DAN MAKLUMAT KEPERLUAN ASAS PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2014
MENENERUSI E-PERLU.
Semua sekolah hendaklah mengemaskini
data keperluan sekolah tahun 2014 menggunakan modul e-perlu yang melalui Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM).
Tarikh
kemaskini : 01 Oktober sehingga 31 Oktober 2013
ID
Pengguna : kod sekolah (TBA3066)(TEA4428)
Katalaluan
: sekolah (huruf kecil)
Sebolehnya ID dan
Katalaluan jangan ditukar. Sekiranya tidak boleh buka sila berhubung dengan
Penyelia Kanan PPD bagi sekolah rendah dan Penolong PPD pengurusan sekolah bagi sekolah menengah.
Perlu
diingatkan e-perlu
adalah pengumpulan data perabot sebenar disekolah bukan tempat membuat permohonan
perabot.
Renungan Jumaat : Iktibar dari Hari Raya Korban (Aidiladha)
Kita baru sahaja meraikan Aidiladha
dan melewati hari-hari awal Zulhijjah yang istimewa nilainya dalam Islam. Kita
juga baru menunaikan solat hari raya yang merupakan khususiat
(keistimewaan) umat ini seperti solat istisqa' (minta hujan) dan kusuf
(gerhana matahari).
Antara dua solat hari raya, solat
Aidiladha lebih afdal daripada solat Aidilfitri kerana terdapat nas dari
al-Quran yang menyebut tentangnya, sebagaimana firman Allah:
Oleh itu,
kerjakanlah solat (Aidiladha) kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah
qurban (sebagai bersyukur). (al-Kauthar: 2-3)
Dalil ini juga menunjukkan bahawa
ibadah yang dituntut pada Aidiladha bukan setakat ibadah jasad iaitu solat
tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbanan harta iaitu melakukan korban.
Ibadah korban merupakan sunat
muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkannya bagi orang yang
berkemampuan.
Rasulullah SAW sendiri memberi
amaran kepada orang yang enggan berkorban, sebagaimana sabdanya: "Sesiapa
yang mempunyai kemampuan untuk berkorban tetapi tidak berkorban, maka jangan
hadir di tempat solat kami".
Sesiapa yang melakukan korban pada
hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya pada titik pertama
darah sembelihan korbannya.
Sesiapa yang memberi makan dan
bersedekah dengannya, akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai orang yang
mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat daripada Jabal Uhud.
Aidiladha adalah Idul Akbar
(raya terbesar) bagi umat ini kerana banyaknya pembebasan daripada neraka atau
pengampunan dosa yang dianugerahkan oleh Allah pada hari sebelumnya iaitu hari
Arafah.
Tidak dilihat pembebasan dari neraka
yang lebih banyak daripada pembebasan pada hari Arafah seperti yang disebut
dalam hadis. Sesiapa yang telah dibebaskan, maka keesokannya adalah hari raya
baginya dan sekiranya tidak maka dia berada jauh daripada rahmat Allah dan
dijanjikan dengan seburuk-buruk balasan.
Memandangkan betapa besar dan
mulianya hari-hari yang terdapat dalam bulan Zulhijjah ini, maka seharusnya
kita membesarkan dan memuliakannya dengan merebut peluang yang diberikan dengan
sebaik mungkin dengan melakukan pelbagai amalan soleh.
Telah dijelaskan, bahawa amal soleh
yang dilakukan pada hari-hari tersebut lebih afdal daripada berjihad pada jalan
Allah. Maka tidak sepatutnyalah, sebagai orang yang berakal dan menjadikan
akhirat sebagai matlamat hidupnya, menyambut hari yang penuh dengan kemuliaan
ini dengan agenda-agenda yang berbentuk keduniaan dan secara acuh tak acuh.
Rata-rata kita melihat, umat Islam
hari ini termasuklah kita sendiri, tidak membesarkan bulan Zulhijjah
sebagaimana agama membesarkannya. Mungkin kerana tiada pengetahuan atau mungkin
juga kerana tidak prihatinnya kita terhadap agama sehingga kita terlepas pandang!
Rentetan itu, kita melihat, tidak
sedikit umat Islam yang menyambut Aidilfitri lebih meriah, lebih hebat dan
lebih lama daripada Aidiladha. Ada yang memenuhi Aidiladha dengan pergi
berjalan-jalan dan melancong ke sana sini tanpa diisi dengan amal soleh yang
sepatutnya.
Tidak kurang pula, ada yang
beranggapan Aidiladha hanyalah hari menyembelih korban, berkumpul bersama
keluarga, hari balik kampung dan sebagainya.
Akhirnya, Aidiladha hanya tinggal
Aidiladha. Kehadirannya disambut hambar dan hanya diisi dengan program dan
acara yang bercorak keduniaan. Waktu-waktu yang baik dan mustajab yang
dikurniakan kepada sang hamba yang dikasihi, dipersia-siakan begitu sahaja.
Kelebihan bulan ini bukan sahaja
disediakan bagi orang yang pergi mengerjakan haji di Baitullah tetapi kepada
semua umat Islam yang sentiasa berusaha mengambil kesempatan mengabdikan
dirinya kepada yang sepatutnya disembah.
Dengan segala kelebihan yang telah
disebutkan bermula dari satu Zulhijjah sehinggalah hari melakukan solat
Aidiladha dan korban, apakah munasabah kita meraikannya dengan apa yang telah
kita laksanakan selama ini?
Apakah kita mahu termasuk di
kalangan orang-orang yang melepaskan peluang keemasan yang disediakan oleh
Allah? Apakah kita mahu membiarkan sahaja hadiah yang hebat dengan hanya
melakukan perkara yang mudah?
Ingatlah sesungguhnya ini adalah
anugerah Allah kepada kita. Jangan sampai peringkat, kelak Allah akan menahan
anugerah ini daripada kita disebabkan sikap acuh tak acuh kita! Na'uzubillah min
Zalik.
Justeru, sementara kesempatan masih
ada, marilah bersama-sama kita merenung dalam-dalam sikap dan kealpaan diri
kita. Marilah kita menukar cara hidup acuh tak acuh dengan ribuan peluang
keemasan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita semata-mata kerana kasih dan
sayang-Nya kepada sikap berlumba-lumba melakukan kebaikan.
Alangkah ruginya kita, yang selama
ini terlalu asyik melayan kehendak nafsu serakah. Apakah hasil dan kepuasan
yang kita perolehi dengan bersikap sedemikian?
Di manakah letaknya pertimbangan
akal yang waras, kebijaksanaan dan kekuatan yang kita banggakan, sekiranya
dunia dan nafsu yang tidak memiliki kelebihan seperti yang kita miliki masih
dapat menguasai dan menewaskan kita?
Jika kita sudah terlepas beberapa
kelebihan awal Zulhijjah dan Aidiladha tahun ini maka marilah kita menyesali
kealpaan kita itu dengan sesungguh penyesalan. Kerana kadang-kala penyesalan
yang tulus dek terlepas sesuatu amalan itu mungkin dinilai lebih besar daripada
amalan itu sendiri.
Kemudiannya, kita mohonlah kehadrat
Allah membolehkan kita menemuinya lagi di tahun-tahun yang mendatang dan kita
berazam agar dapat menghayatinya dengan lebih sempurna.
Monday, October 7, 2013
Mesyuarat Pengurusan Persediaan Persekolahan 2014 Sektor Pengurusan Sekolah
KUANTAN - Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat pengurusan sektor mengenai Persediaan Persekolahan 2014 bermula 6 - 8 Oktober 2013 di Citiview Hotel, Kuantan, Pahang Darul Makmur . Semua pegawai dari empat unit di bawah Sektor Pengurusan Sekolah terlibat dengan mesyuarat ini.
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Md. Yassin Salleh dan Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah En. Rosli bin Chik turut hadir sama mempengerusi dan mengurus mesyuarat ini.
Mesyuarat ini telah membentangkan pencapai SKT dan KPI Sektor dan Unit-Unit di bawah Sektor Pengurusan Sekolah. Alhamdulillah program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dan mencapai sasaran. Mesyuarat juga membincangkan mengenai SKT, KPI, Plan Tindakan dan Perancangan unit dan sektor untuk tahun 2014.
Adalah diharapkan langkah proaktif ini memberi peluang kepada unit-unit dalam Sektor Pengurusan Sekolah menyediakan perancangan yang benar-benar fokus khususnya melaksanakan PPPM secara
tepat dan berkesan.

Saturday, October 5, 2013
Sembang Sabtu : Kecil itu besar
Kalau
kita perhatikan dan tilik takkul secara mendalam semua benda-benda besar hari
ini bermula dari perkara-perkara yang kecil. Ada orang mengatakan bahawa idea
membina bonggol bagi memperlahankan kenderaan hanya datangnya dari seorang
driver bukannya jurutera . Seorang perempuan berkenalan dan berkahwin dengan
lelaki kesayangan hingga beranak bercucu membina empayar keluarga besar mungkin
bermula dengan akibat tersalah nombor telefon. Seorang pegawai daerah
memberitahu saya beliau menjadi manusia berjaya hari ini kerana masa sekolah
dulu beliau selalu menumpang dan tidur di kuaters gurunya dan gurunya yang sangat cakna kepadanya.
Sayangnya
kadang-kadang kita seringkali mengabaikan perkara-perkara kecil yang besar
impak dan kesan dalam kehidupan. Kita hanya nampak perkara yang besar dan
sering mengabaikan yang kecil hingga yang kecil membesar dan memberi masalah
kepada kita kemudiannya.Umpama seekor nyamuk yang kecil namun gigitan dan dengungnya membuatkan kita tidak lena tidur apalagi musibah penyakit merbahaya yang dibawa.
Dalam
pengurusan dan hubungan manusia banyak perkara kecil dan mudah kita abaikan
sedangkan ianya memberi kesan yang besar. Contohnya amalan memberi salam dan
senyum. Perkara itu mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang. Dengan
membiasakan amalan sedemikian kita bukan sahaja dapat merapatkan silaturrahim
tetapi akan mengujudkan iklim organisasi yang kondusif dan harmoni. Begitu juga
jika Guru Besar memberi sekeping kad hari jadi kepada stafnya sangat besar
maknanya. Orang bawah merasa dihargai dan merasa diri mereka bermakna
berada dalam organisasi yang kita pimpin. Kadang-kadang isu dan konflik dalam pengurusan bukan dicetuskan oleh perkara-perkara besar tetapi perkara kecil dan sering dianggap remeh. Misalnya Guru Besar kedekut pujian, kurang mesra, kurang peduli, kurang cakna, pilih kasih dan sebagainya.
Banyak
amalan atau tindakan kecil yang mampu menyerlahkan kehebatan kepimpinan
pemimpin oraganisasi.Bahkan tidak memerlukan apa-apa kos pun. Umpamanya memberi
pujian terhadap kerja-kerja baik kakitangan, bertanya khabar perihal kakitangan
yang sakit atau ahli keluarga mereka atau perkara-perkara yang menggambarkan keperihatinan
dan kecaknaan kita. Dapatan kajian menunjukkan seorang ketua yang disukai ramai
bukan sahaja bijak, mahir, berpengetahuan dalam kerja pengurusan tetapi juga
menampilkan sikap perihatin dan bermotivasi tinggi.
Kerapkali
timbulnya konflik dalam organisasi kerana kita mengabai dan membiarkan
perkara-perkara kecil ini. Kadang kita kedekut untuk memuji atau kedekut untuk
membelanjakan sekali sekali kakitangan kita. Bahkan kita kedekut untuk memberi
nasihat dan menegur hingga akhirnya kita sendiri dilabel macam-macam. Ataupun kita
membiarkan bunga-bunga hasad dengki dalam organisasi yang akhir bunga-bunga itu
menjadi api yang membakar keharmonian oraganisasi kita.
Sebagai
guru atau pendidik banyak sentuhan kita yang kecil kepada murid-murid kita
menjadi sangat penting dan bermakna pada jiwa mereka. Mungkin kita memberikan
murid kita 50 sen atau seringgit dua tiada apa kesan pada kita tetapi jika
penerima itu murid yang miskin nilainya sangat besar pada mereka. Nilainya
bukan sahaja ia mampu membeli makanan tetapi yang kita tidak nampak kita
menjadi inspirasi kepada mereka untuk berjaya dan berbakti.Begitu juga jika
kita kancing butang atau betulkan tali leher mereka. Kecil dan mudah tetapi
tangan guru yang perihatin itu sangat bermakna dan besar ertinya.
Sebenarnya
di mana-mana situasi terutama dalam insitusi keluarga khususnya perkara-perkara
kecil ini sangat besar maknanya. Tentunya memuji masakan isteri, memberi ciuman,menghantar
sms dan hadiah tanda terima kasih sangat
berkesan dalam merapatkan keutuhan hubungan suami-isteri. Begitu juga melatih
anak-anak mengemas tempat tidur, membasuh pinggan, mencuci bilik air, mengemas
rumah dan kawasan rumah adalah perkara mudah yang perlu menjadi rutin agar
membentuk tabiat dan jiwa berdikari, sukakan kekemasan dalam melatih kehidupan dewasa
yang lebih luas pada masa hadapan.
Sesungguhnya Islam telah mengajar kita agar jangan mengabaikan perkara-perkara kecil ini kerana ianya memberi makna besar dalam kehidupan kita. Kita diajar perkara sunat dan harus untuk membuat kebajikan dan pahala bukan sekadar yang wajib sahaja. Sayangnya kita tidak terlatih dan menghayati natijah dan kesan besar dari amalan kecil (sunat) ini maka ianya bukan menjadi rutin mutlak untuk dilaksana dan diamalkan.
Sesungguhnya
kita mampu melakukan pelbagai perkara kecil tapi besar ini. Kalaupun belum
bermula tidak salah kita melatih diri bila kita tahu ianya sangat bermakna
dalam kehidupan kita. Memulakan sesuatu yang baik bila datang kesedaran tidak
ada istilah terlambat. Yang terlambat ialah membiarkan peluang berlalu tanpa
melakukan apa-apa.
Friday, October 4, 2013
Renungan Jumaat : Rasullullah sebagai contoh pemimpin keluarga terunggul
Satu aspek sangat baik dicontohi
daripada akhlak Rasulullah SAW ialah kehidupan berkeluarga memandangkan
masyarakat hari ini yang berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti perceraian
suami isteri, sumbang mahram serta penderaan.
Sebagai manusia biasa Rasulullah SAW
pernah menjadi anak, suami, bapa, mentua dan datuk. Baginda menunjukkan contoh
terbaik dalam memenuhi setiap tanggungjawab yang boleh diikuti semua ahli
keluarga.
Firman Allah bermaksud: “Demi
sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredaan Allah dan balasan
baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah
(dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)
Sebagai suami, Baginda SAW begitu
menghargai isterinya dengan menunjukkan sifat mulia seperti kasih sayang,
bertimbang rasa, hormat serta sabar tanpa pernah sekalipun mengasari mereka
bahkan menghadapi kerenah isteri dengan penuh pengertian dan kemaafan.
Baginda SAW juga tidak keberatan
membantu melakukan kerja rumah. Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah
meriwayatkan katanya: “Baginda (nabi) yang menjahit kainnya, menjahit
sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka.”
(Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban)
Sikap baik Rasulullah SAW terhadap
isteri ini diakui sendiri oleh isteri Baginda Aisyah yang meriwayatkan:
“Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.” (Hadis
riwayat Bukhari)
Apabila hendak memulakan suatu
perjalanan, Baginda akan memastikan tempat duduk isterinya di atas unta dalam
keadaan selesa dan Anas pernah mengatakan bahawa Baginda akan duduk bagi
membolehkan isterinya berpijak di atas lututnya untuk naik ke atas unta.
Dalam kehidupan berpoligami juga,
Baginda adalah contoh terbaik melaksanakan prinsip keadilan walaupun tidak
dapat dinafikan bahawa perasaan kasih sayang tidak boleh dibahagikan sama rata.
Namun, sebagai suami
seboleh-bolehnya mestilah pandai memainkan peranan supaya jangan ada di
kalangan isteri yang tersinggung lantaran sikap suami yang pilih kasih.
Pernah berlaku dalam rumah tangga
Rasulullah SAW, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah
yang mewakili mereka terus bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri
Rasulullah, yang manakah paling Rasulullah sayangi? Rasulullah tersenyum
mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda
menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan memberikan jawapannya
kemudian.
Selepas itu, seperti biasa
Rasulullah SAW bermalam di rumah isteri-isteri Baginda mengikut giliran dan
sebelum Baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan cincin
dan berpesan supaya tidak memberitahu hal itu kepada isteri yang lain.
Kemudian Rasulullah SAW menyuruh
isteri-isteri Baginda berkumpul kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada
persoalan dikemukakan. Rasulullah SAW berkata, “Isteri yang paling disayangi
ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri
Rasulullah kerana setiap seorang menyangka bahawa dia saja yang menerima cincin
itu.
Rasulullah SAW adalah bapa
penyayang. Acap kali apabila Baginda melihat Fatimah masuk ke rumahnya, Baginda
terus menyambut dan berdiri, kemudian mencium kepala dan tangan.
Aisyah pernah bertanya kepada
Rasulullah SAW apakah sebab Baginda amat sayang kepada Fatimah. Baginda
menegaskan, “Wahai Aisyah, jika engkau tahu apa yang aku ketahui mengenai
Fatimah nescaya engkau akan mencintainya seperti aku mencintainya. Fatimah
adalah darah dagingku. Ia tumpah darahku. Sesiapa yang membencinya, maka ia
membenciku, dan sesiapa yang membahagiakannya, maka ia telah membahagiakanku.”
Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAW
mengatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah
dalam ucapan dan fikirannya. Selaku anak, Fatimah mencintai ayahandanya lebih
daripada cintanya kepada sesiapa pun.
Selepas ibunya Khadijah meninggal
dunia, dia yang baru berusia enam tahun yang merawat Rasulullah SAW. Beliau
sentiasa berusaha menggantikan peranan ibunya.
Justeru, Rasulullah memanggilnya
dengan jolokan Ummu Abiha, iaitu ibu bagi ayahnya, kerana kasih sayang dan
pengorbanan mulia yang dicurahkan kepada ayahandanya.
Memiliki sebuah keluarga harmoni
memerlukan ikatan yang mesra bukan saja dengan anak dan isteri, malah menantu
juga. Demikianlah ditunjukkan Rasulullah SAW. Contoh paling baik ialah melalui
kehidupan Ali sebagai menantu Baginda.
Ali sebagai menantu Rasulullah SAW
turut sama menyingsing lengan membantu Fatimah menggiling tepung di dapur.
Usaha sekecil itu, di celah kesibukan sudah cukup bermakna dalam mengambil hati
seorang isteri yang saban hari bertungkus-lumus menguruskan rumah tangga.
Bukan Sayidina Ali tidak mahu
menyediakan pembantu untuk isterinya itu, namun beliau tidak mampu berbuat
demikian. Fatimah amat memahami keadaan suaminya dan beliau sentiasa berusaha
membahagiakan suaminya.
Contoh kasih sayang datuk terhadap
cucunya boleh dilihat daripada cara Baginda SAW melayani kedua-dua cucu
kesayangan iaitu Hassan dan Hussin, anak Siti Fatimah dan suaminya Saidina Ali.
Rasulullah SAW bukan saja sentiasa
membelai dan mencium kedua cucunya itu, malah apabila cucu Baginda menghampiri
Baginda, Baginda terus mendukungnya. Baginda juga apabila keluar rumah, selalu
membawa cucunya bersama.
Baginda selalu meriba mereka. Pernah
ketika Baginda sedang sujud dalam solat, cucu Baginda duduk di atas belakang
Baginda sehinggakan Baginda sujud agak lama. Baginda juga selalu bermain
kuda-kuda dengan cucunya.
Subscribe to:
Posts (Atom)