Friday, May 10, 2013
Sembang Jumaat : Berkata kotor, memaki dan lidah yang cabul
Sifat-sifat berkata kotor, memaki dan lidah yang cabul amat dilarang oleh agama, dan ia dikira antara sifat-sifat yang tercela yang bersumber dari kejahatan dan kedurjanaan.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Waspadalah kamu dari kata-kata yang kotor, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala tiada suka kepada kata-kata yang kotor dan perilaku yang cabul.”
Rasulullah s.a.w. pernah melarang para sahabatnya supaya jangan memaki kaum Musyrikin yang terbunuh di dalam peperangan Badar, sabdanya: Janganlah kamu memaki-maki mereka itu, yakni orang-orang Musyrikin yang terbunuh di dalam peperangan Badar itu, sebab caci-makimu itu tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada mereka, malah sebaliknya kamu akan menyakiti hati orang-orang yang masih hidup (dari keluarga si mati itu). Ketahuilah bahawasanya kata-kata yang kotor itu adalah suatu kejahatan.
Sabdanya lagi dalam sebuah Hadis:
“Bukanlah seorang Mu’min itu yang jadi pencaci, pelaknat, bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut kata-kata yang hina.”
Lagi sabdanya:
“Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bercakap kotor, berlaku cabul, suka berteriak-teriak dalam pasar.”
Batasan bercakap kotor itu, memadailah dengan membicarakan sesuatu perkara dengan menggunakan ibarat-ibarat yang buruk yang tak senang didengar oleh telinga. Hal-hal serupa ini sering berlaku sekitar membicarakan tentang persoalan-persoalan seks dan liku-likunya. Ibarat-ibarat yang keji itu sering menjadi permainan di mulut orang-orang yang memang buruk kelakuannya, yang biasa diperbualkan antara sesama mereka. Manakala orang-orang yang baik perilakunya sentiasa menjaga diri dari menyebut kata-kata yang kotor serupa itu.
Andaikata perlu disebutkan juga, maka mereka tidak pernah menyebutnya secara terang-terangan, malah mereka menggunakan kata-kata sindiran atau kata-kata semakna dengannya saja.
Berkata Ibnu Abbas r.a.: Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Hidup, Maha Mulia dan Maha Pemaaf. Digunakan maksud persetubuhan itu dengan perkataan bersentuh kulit.
Maka perkataan-perkataan seperti masis atau mas (menyentuh), dukhul (masuk) adalah kata-kata yang dipakai untuk maksud bersetubuh atau berjimak. Ini semua untuk menjaga bahawa kata-kata yang dipakai dalam al-Quran itu jangan ada yang berbau kotor.
Di sana ada banyak lagi ibarat-ibarat yang kotor, yang tidak layak disebutkan disini, kebanyakan daripadanya digunakan dalam caci-maki, ataupun untuk menunjukkan tanda tidak senang kepada orang yang dilemparkan kata-kata itu. Apabila orang itu merasa malu jika kata-kata seperti itu dilemparkan kepadanya, maka janganlah hendaknya ia berani menyebutnya secara terang-terangan kepada orang lain. Sebab semuanya itu merupakan perkara-perkara yang keji yang harus dijauhi.
Dan punca dari segala kelakuan ini, sama ada bertujuan untuk menyakiti orang lain, ataupun tersebab oleh kebiasaan yang dihasilkan oleh percampurgaulan yang tak sihat dengan orang-orang yang buruk akhlak dan kelakuannya, yang sudah sememang menjadi tabiat mereka suka mencaci-maki dan berbuat pekerjaan-pekerjaan yang keji.
Sekali Peristiwa datang seorang Arab dusun kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata: Wahai Rasulullah! Berikanlah aku suatu wasiat! Maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda:
“Hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah. Kemudian sekiranya ada orang yang memalukan engkau lantaran sesuatu keaiban yang diketahuinya ada padamu, maka janganlah hendaknya engkau membalasnya dengan memalukannya lantaran sesuatui keaibannya yang engkau mengetahui pula, kelak bencananya akan tertimpa atas orang itu, manakala pahalanya pula akan dicatitkan bagimu. Juga jangan sekali-kali memaki sesuatu.”
Setelah mendengar wasiat Rasulullah s.a.w., maka orang dusun itu pun berkata pula: Sesudah itu saya tak pernah memaki-maki lagi.
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Pencacian seseorang Mu’min adalah fasik (perkara jahat) dan pembunuhnya adalah kekufuran.”
Lagi sabdanya:
“Orang yang memaki kedua ibu bapanya adalah terlaknat.”
Dan pada riwayat yang lain:
“Seberat-berat dosa besar, ialah bila seseorang itu memaki-maki kedua ibu bapanya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah seseorang itu akan memaki-maki kedua ibu bapanya? Jawab Rasulullah s.a.w.: Bila seseorang memaki-maki bapa orang lain, maka orang itu akan membalas memaki-maki bapanya pula.”
sumber
Thursday, May 9, 2013
Mesyuarat Pengemaskinian Data DOSR dan data online e-Operasi
KUANTAN - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Unit Sekolah Rendah mengadakan mesyuarat berkenaan untuk kali kedua pada tahun ini di Duta Village, Kuantan. Mesyuarat berkenaan telah diadakan dari 7 - 9 Mei 2013.
Selain semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah semua PPD yang mengurus kedua data berkaitan, turut hadir ialah wakil dari sektor lain yang mengurus guru agama, j-Qaf, pemulihan dan bimbingan. Data-data yang telah dimasukkan kemudian akan diverifikasi oleh En. Mohd Halim Ismail, Timbalan Ketua Sektor ICT dengan data Emis.
Sementara itu dalam ucapan perasmian mesyuarat, En. Zakaria Muda, Ketua Unit Sekolah Rendah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana mengikut beliau data rendah Terengganu antara yang terbaik di peringkat kementerian. Tambah beliau kutipan data kali ini sangat penting untuk mengetahui kedudukan terkini perjawatan guru sekolah rendah Terengganu sebelum dilaksanakan keputusan pertukaran sesi Jun depan.
Apapun pihak sekolah perlu sentiasa alert tentang perubahan data guru di sekolah dan membuat pengisian dan pembetulan segera dalam e-Operasi yang merupakan pengkalan data utama Sistem Maklumat Guru. Pincang data di sekolah maka pincanglah data daerah dan negeri. Justru itu pengurusan sekolah mesti akauntable dengan ketepatan data sekolah masing-masing.
Selain semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah semua PPD yang mengurus kedua data berkaitan, turut hadir ialah wakil dari sektor lain yang mengurus guru agama, j-Qaf, pemulihan dan bimbingan. Data-data yang telah dimasukkan kemudian akan diverifikasi oleh En. Mohd Halim Ismail, Timbalan Ketua Sektor ICT dengan data Emis.
Sementara itu dalam ucapan perasmian mesyuarat, En. Zakaria Muda, Ketua Unit Sekolah Rendah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana mengikut beliau data rendah Terengganu antara yang terbaik di peringkat kementerian. Tambah beliau kutipan data kali ini sangat penting untuk mengetahui kedudukan terkini perjawatan guru sekolah rendah Terengganu sebelum dilaksanakan keputusan pertukaran sesi Jun depan.
Apapun pihak sekolah perlu sentiasa alert tentang perubahan data guru di sekolah dan membuat pengisian dan pembetulan segera dalam e-Operasi yang merupakan pengkalan data utama Sistem Maklumat Guru. Pincang data di sekolah maka pincanglah data daerah dan negeri. Justru itu pengurusan sekolah mesti akauntable dengan ketepatan data sekolah masing-masing.
Pembentangan Pencalonan SKK 2013 Peringkat JPN Terengganu.
Urusetia Pencalonan SKK, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan pembentangan pencalonan SKK di peringkat KPM akan diadakan pada 28 dan 29 Mei 2013 di Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK).
Sehubungan dengan itu Guru Besar dan Pengetua yang mana sekolah mereka dicalonkan peringkat awal sebagai SKK dikendaki mengadakan pembentangan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri sebagaimana berikut:-
Muatturun:
Sehubungan dengan itu Guru Besar dan Pengetua yang mana sekolah mereka dicalonkan peringkat awal sebagai SKK dikendaki mengadakan pembentangan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri sebagaimana berikut:-
- Tarikh : 14 dan 15 Mei 2013
- Masa : 8.00 pagi - 4 .00 petang
- Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu
- Profil Sekolah
- Folio Pencalonan
- Bahan Pembentangan (Powerpoint)
Muatturun:
Friday, May 3, 2013
Sembang Jumaat : Tanggungjawab Rakyat
“TANGGUNGJAWAB RAKYAT”
(03 Mei 2013 / 22 Jamadilakhir 1434)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,(03 Mei 2013 / 22 Jamadilakhir 1434)
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Pada hari ini mimbar akan membincangkan khutbah bertajuk: “TANGGUNGJAWAB RAKYAT”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pembentukan sesebuah negara dan menentukan kuasa politik merupakan suatu tuntutan dalam Islam dan ianya termasuk dalam tuntutan fardu kifayah kerana ianya mempunyai kaitan langsung dengan perlaksanaan agama dan syariah. Berdasarkan pandangan ahl al-Sunnah dan jumhur ulama’ menyatakan bahawa pemilihan ketua negara hendaklah dipilih secara pilihanraya dengan memberi kuasa kepada rakyat untuk menentukan sesebuah kerajaan yang memerintah.
Pemilihan ini merupakan ikatan kontrak di antara pemerintah dengan rakyat. Menurut pandangan seorang ulama terkenal Abdul Wahab Khallaf di dalam kitabnya al-Siyasah al-Shariyyah bahawa: Ketua negara dalam pemerintahan adalah sama dengan pemerintahan negara-negara yang berperlembagaan kerana khalifah mendapat kuasa daripada rakyat. Kedaulatan ini kekal bergantung kepada kepercayaan dan keupayaan dalam pemerintahan untuk menjaga kemaslahatan umat. Justeru sebagai pemerintah yang dipilih dan dilantik oleh rakyat maka hendaklah melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab dari rakyat.
Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 27 :
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”
Dan sabda Rasulullah SAW:
Mafhumnya: “Ingatlah! Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya”.(Riwayat al-Bukhari)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Mimbar ingin menyatakan bahawa pemilihan pemerintah begitu penting untuk merealisasikan kewujudan sebenar umat Islam. Oleh itu, pemerintah mesti diwujudkan dan dilantik untuk memimpin umat Islam kerana sebab-sebab berikut antaranya: Pertama: Merupakan tanggungjawab terbesar yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya agar mereka bersatu dengan cara berpegang kepada agama Allah SWT dan tidak berpecah atau bertelagah sesama sendiri. Sesuatu umat tidak akan terselamat daripada angkara perpecahan dan pertelagahan melainkan apabila mereka menyerahkan kepimpinan mereka kepada seorang ketua, iaitu ketua yang dapat menyatukan mereka dan semua pendapat tunduk kepada kebijaksanaannya.
Kedua: Kedudukan pemerintah di kalangan rakyat adalah umpama paksi pada sesuatu binaan. Dialah yang akan merealisasikan perpaduan dan menjaga keutuhan mereka melalui kepimpinannya. Jawatan tersebut amat perlu demi kestabilan undang-undang dan keharmoniaan. Ketiga: Sebahagian besar perlaksanaan hukum-hakam dalam syariat Islam tertakluk kepada kuasa pemerintah. Hukum-hakam itu tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali melalui kuasa dan arahan pemerintah, seperti menghakimi kes-kes mahkamah, melantik para penguasa, mengisytiharkan halangan (al-hajr) dan perang, memeterai perdamaian dan sebagainya. Oleh itu, bagi membolehkan hukum-hakam syarak dilaksanakan sepenuhnya dengan cara yang betul dan diterima oleh Allah SWT, mestilah ada pemerintah yang akan melaksanakan hukum-hakam itu dan memantau perlaksanaannya.
Keempat: Dalam syariat Islam, terdapat satu kategori hukum yang disebut sebagai hukum-hakam imamah (pemerintahan) atau hukum-hakam siasah syar’iyyah (politik Islam). Hukum-hakam dalam kategori ini bersifat fleksibel dan syarak tidak memutuskannya secara terperinci. Sebaliknya hukum-hakam dalam kategori ini diserahkan kepada pendapat dan ijtihad pemerintah berdasarkan kepentingan dan keadaan umat Islam. Kelima: Umat Islam sentiasa terdedah kepada kemunculan kumpulan pelampau di kalangan mereka yang menimbulkan ketidakstabilan dalam masyarakat Islam. Mereka didorong oleh hawa nafsu atau fahaman-fahaman sesat yang berselindung di sebalik nama agama atau pemulihan masyarakat.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Bagi merealisasikan tanggungjawab rakyat ini maka para ulama’ telah menetapkan beberapa syarat untuk menentukan kelayakan seseorang pemimpin itu antaranya ialah keupayaan jasmani, kelayakan undang-undang, kelayakan ilmu, adil dan menguasai ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran. Menurut al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah bahawa: Seorang pemimpin itu hendaklah mempunyai pemikiran yang tajam untuk menjaga siasah umat, pentadbiran yang menjamin kemaslahatan, berani, berupaya mempertahankan negara dan berjihad menentang musuh.
Sesungguhnya pemimpin yang baik ialah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat, tidak menggadaikan agama kerana kepentingan, berilmu, mempunyai visi dan pandangan jauh untuk membina bangsa dan negara. Ingatlah bahawa tanggungjawab rakyat ini sekiranya tidak diberikan kepada mereka yang benar benar berhak, nescaya masa depan negara akan hancur dan hidup rakyat akan merana. Justeru kita sebagai rakyat hendaklah memilih pemimpin yang mampu membina masa depan rakyat dan negara. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Apabila amanah itu di sia siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya: Bagaimana mensia siakannya.
Rasulullah SAW menjawab:Apabila sesuatu jawatan itu di serahkan kepada orang orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran (Riwayat al-Bukhari).
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Berdasarkan kepada situasi ini maka menjadi kewajipan kepada kita untuk membuat keputusan bijak dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan negara. Justeru, sebagai umat Islam, mimbar menyeru untuk melaksanakan tanggungjawab ini dengan membuat keputusan yang tepat dan tidak secara sewenang-wenangnya dan tidak juga boleh diendahkan begitu saja. Janganlah kita terpengaruh dengan emosi dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan kerana menyesal kemudian hari tiada gunanya.
Ingatlah bahawa keputusan kita ini menentukan masa depan kita. Di tangan kitalah yang menentukan nasib anak cucu kita. Maka buatlah keputusan yang sewajarnya kerana kita yang bertanggungjawab membina masyarakat Islam. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang ingin melihat menang sorak tanpa memikirkan kampung lamanya mungkin tergadai. Janganlah kita memilih untuk berpatah arang, berkerat rotan, bergembira melihat yang kalah menjadi abu dan berpuas hati walaupun yang menang akan menjadi putung-putung arang. Kita seharusnya menghayati semangat ‘biduk berlalu kiambang bertaut’.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar yang mulia ini ingin mengingatkan sidang jemaah sekali lagi, bahawa soal memilih pemimpin mempunyai kaitan dengan perbuatan yang tidak terlepas dari penghakiman Allah SWT terhadap kita pada hari akhirat kelak. Justeru, selari dengan perkembangan pilihanraya ini, maka mimbar menyeru seluruh umat Islam agar berlaku adil dalam menentukan kepimpinan dengan mengambil kira ciri-ciri yang telah disebutkan tadi. Ingatlah di tangan kitalah kuasa yang menentukan masa depan sesebuah negara. Percayalah negara yang diperintah oleh kepimpinan yang berwibawa dan konsisten akan menjamin segala dasar-dasar dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan beramanah lagi adil serta saksama. Sebaliknya kestabilan, keselamatan dan keharmonian negara tidak akan dicapai jika diperintah oleh golongan yang tidak mempunyai sifat amanah dan hanya memburu jawatan.
Mimbar juga mengambil kesempatan pada hari ini, sempena dengan Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei setiap tahun, menyeru kepada semua pekerja marilah sama-sama kita mengingatkan sesama kita bahawa tujuan dan matlamat bagi setiap pekerjaan adalah untuk mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT. Sebagai seorang pekerja kita hendaklah sentiasa mengamalkan sifat sabar dan bertawakal serta berdoa kepada Allah SWT dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam pekerjaan. Insyaallah segala usaha dan perkerjaan kita akan dikira sebagai satu ibadah dan berpahala di sisi Allah SWT.
Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah as- Syuaraa' ayat 215-217:
Maksudnya: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang yang beriman. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan! Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.”
Sumber : Jakim
Thursday, May 2, 2013
Jumlah penjawat awam di seluruh negara adalah saiz tepat: KSN
KUALA LUMPUR: Jumlah penjawat awam
seramai 1.42 juta orang ketika ini merupakan saiz yang sangat tepat atau
mencukupi buat negara, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali
Hamsa.
Bagaimanapun, katanya, bilangan itu perlu ditambah pada masa depan berdasarkan kepada permintaan terhadap perkhidmatan awam yang semakin meningkat khususnya dalam bidang tertentu.
Bagaimanapun, katanya, bilangan itu perlu ditambah pada masa depan berdasarkan kepada permintaan terhadap perkhidmatan awam yang semakin meningkat khususnya dalam bidang tertentu.
"Sekarang kita guna konsep
"re-deployment" atau pindahkan kakitangan daripada jabatan yang
mempunyai lebihan pekerja ke jabatan yang sangat memerlukan.
"Bagaimanapun "re-deployment" ini tidak boleh dilakukan selamanya, sebab itulah kita perlu tingkatkan pengambilan penjawat awam pada masa akan datang," katanya dalam wawancara khas bertajuk "Bersama KSN" yang siarkan di TV 1 sempena dengan Hari Pekerja hari ini.
Selain itu, Ali yang menerajui perkhidmatan awam sejak 24 Jun 2012, berkata secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi yang ditunjukkan penjawat awam di seluruh negara terutama menerusi konsep `turun padang' yang diperkenalkannya.
"Selain dapat maklum balas bagaimana untuk perbaiki perkhidmatan awam, konsep turun padang ini juga dapat merakyatkan perkhidmatan awam dan program ini akan diteruskan," katanya.
Ali turut meminta penjawat awam supaya bekerja dengan gigih, cepat serta berintergriti untuk memajukan negara dan ekonomi dalam usaha Malaysia mencapai status negara maju dalam tempoh tujuh tahun lagi. - BERNAMA
Wednesday, May 1, 2013
Penting dan Segera : Maklum Balas Penempatan J-Qaf
Penting & Segera:
Guru Besar sekolah yang terlibat
dengan Penempatan guru j-QAF
Lantikan
Interim 16 Oktober 2012.
Perhatian kepada semua Guru Besar yang menerima penempatan
Guru j-QAF yang telah dipanggil ke taklimat penempatan pada 29 April 2013 di
Permai Hotel, Kuala Terengganu (sebelum ini dilantik sebagai Guru Interim mulai
16 Oktober 2012). Mohon tindakan segera semua Guru Besar sekolah yang terlibat bagi menjawab maklum balas urusan ini selewat-lewatnya pada 3 Mei
2013 dalam online e-OPERASI. Berikut ialah panduan ringkas urusan ini.
1.
Login e-OPERASI
menggunakan ID dan Kata laluan milik Guru Besar
2.
Pilih Menu
Maklumat Staf
3.
Pilih Sub Menu
Pengesahan Guru Baru
4.
Pilih Pengesahan
Guru Baru Tahun Semasa
5.
Pilih Jenis
Penempatan
6.
Masukkan Tarikh
Lapor Diri pada 16 Mac 2013
Mohon juga kerjasama semua Guru Besar yang terlibat untuk
memberi arahan kepada guru j-QAF yang berkenaan supaya segera melengkapkan
INSTRUMEN PENILAIAN PROGRAM ORIENTASI PENEMPATAN dalam online e-OPERASI. Panduan
untuk melengkapkan instrumen ini telah didedahkan kepada yang berkenaan semasa
taklimat. Sila pastikan supaya tindakan ini juga selesai selewat-lewatnya pada
3 Mei 2013.
Semua guru j-QAF ini perlu menggunakan ID dan Kata laluan berikut:
ID : ORIENTASI Kata laluan : ORIENTASI
Subscribe to:
Posts (Atom)


