KUALA LUMPUR - Sektor Kebitaraan Kokurikulum, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) dengan kerjasama JPN Sabah akan mengadakan Kejohanan Kebitaraan Olahraaga SKK Peringkat Kebangsaan di Kota Kinabalu pada 12 dan 13 Jun. Semua sekolah SKK yang mempunyai kebitaraan olahraga dijemput menyertainya.
Negeri Terengganu akan diwakili oleh SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Deligasi dua puluh orang peserta dan dua orang guru pengiring dalam perjalanan ke Kota Kinabalu. Saya dan En. Hamid Yahya, Penolong Pengarah Projek Khas/SBP/Kluster yang juga dalam perjalanan ke Kota Kinabalu untuk menghadiri mesyuarat dan meraikan kejohanan tersebut sempat bergambar dengan pasukan olahraga SMK Sultan Sulaiman di LCCT.
Kita berharap Terengganu yang diwakili SMK Sultan Sulaiman dapat meraih pingat justru salah seorang adalah pemegang tiga pingat emas MSSM. Go SS go.
Monday, June 11, 2012
Sunday, June 10, 2012
Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ)
KUALA TERENGGANU - Petang tadi telah diadakan Mesyuarat Bersama Jabatan di Bilik Mesyuarat Alamada, JPN Terengganu. Pengarah Pelajaran Negeri En.Zakaria Hussin yang dua bulan lalu menyandang jawatan Pengarah mempengerusikan mesyuarat ini buat kali pertama. Semua Ketua Sektor dan wakil Persatuan dan Kesatuan yang berorientasikan pendidikan telah hadir.
Pengarah dalam ucapan aluan mengajak semua jawatankuasa berganding bahu dalam menyelesaikan apa jua isu-isu berbangkit pendidikan kerana semua wakil adalah kaum kerabat yang bernaung di bawah jenama pendidikan. Menurut beliau sebagai wakil kepada kelompok yang diwakili menjadi tanggungjawab mendapatkan maklumat dan menyampaikan kepada ahli di bawah.
Mesyuarat yang berjalan secara harmoni dan santai berjaya mencari jalan penyelesaian dan tindakan terhadap isu-isu yang kurang jelas selama ini. Semoga berbagai persepsi salah tanggap dan salah sangka dapat dijernihkan. Bahkan yang lebih membanggakan ada kesatuan guru mencadangkan berbagai tindakan tegas dikenakan kepada guru dan pengurus sekolah yang mencemar nama baik perkhidmatan dan integriti guru. Ini merupakan satu fenomena transformasi yang membanggakan kerana pada tanggapan setengah pihak selama ini bahawa kesatuan guru menjadi pembela kepada ahli atau guru yang bermasalah sahaja.
Insyaalah MBJ ini akan diperluaskan di peringkat PPD dan kita berharap wakil-wakil persatuan dan kesatuan dapat memanafaatkan peluang terbaik ini melalui saluran profesional bagi mengemukan dan menyelesaikan masalah yang mereka dan ahli mereka yang juga warga pendidikan kita. Kalau kita tidak bersama membela siapa lagi.

Lawatan Pimpinan Pendidikan daerah Semporna
Hari ini mereka melawat JPN Terengganu dan Taman Tamaddun Islam. Besok mereka dijangka mengadakan lawatan penandarasan ke SK Tengku Bariah, SMK Tengku Ampuan Intan, PPD Hulu Terengganu dan PPD Kuala Terengganu bagi mencari dan mencungkil kecemerlangan Terengganu dalam bidang pendidikan.
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu menyambut dan menyampaikan taklimat kepada rombongan berkenaan. Rata-rata mereka begitu teruja dengan perancangan, pendekatan dan usaha strategik kerajaan negeri Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri hingga berjaya menanam nilai kecintaan terhadap pendidikan dari semua peringkat di samping melonjakkan pencapaian pendidikan .
Kita berharap sekolah-sekolah yang dilawati dapat membina jaringan pintar dengan kepimpinan pendidikan daerah Semporna agar dapat berkongsi kekuatan pengalaman dan perancangan strategik bagi mempertingkatkan pencapaian pendidikan di negeri masing-masing.
Saturday, June 9, 2012
Perlawanan Futsal Warga Pendidikan
Gelanggang : Futsal, Sport Planet, Gong Badak 1
Pasukan : 16 pasukan dari kalangan JPNT, PPD, MPSM, MGB, BTP, IPG dan JNJK
Tarikh : 8 - 9 Jun 2012
Penganjur : MSKPP Terengganu
Peteh bos peteh...heheheh.
Pasukan : 16 pasukan dari kalangan JPNT, PPD, MPSM, MGB, BTP, IPG dan JNJK
Tarikh : 8 - 9 Jun 2012
Penganjur : MSKPP Terengganu
Peteh bos peteh...heheheh.
Cuti sekolah dah habis wei !
Minggu depan jalan raya, sekolah, para guru dan ibu bapa akan "sibuk" semula dengan persekolahan anak-anak. Dua minggu jalan raya hendak masuk ke jabatan kami lengang. Minggu pertama cuti terkejut juga kerana jalan lengang dan lapang tiba-tiba. Baru sedar dan perasan sekolah cuti. Sebelum ini bagai nak rak setiap pagi datang pejabat. Bukan sahaja jalan besar sesak tetapi jalan nak masuk pejabat pun jem kerana sibuk dengan ibu bapa yang hantar anak bersekolah di sebelah jabatan kami.
Hari ini dan besok anak-anak yang tinggal di asrama akan pulang. Wow sedih juga ye. Dua minggu mereka berkampung laman depan tv dah nak balik. Dua minggu mereka merengek nak makan itu dan ini. Dua minggu mama atau mak mereka mencari resepi terbaik untuk anak kesayangan. Dua minggu mereka tidur panjang selepas subuh. Dua minggu suasana riuh rendah dengan gelak dan hilai tawa. Dah nak balik. Mama dah merah mata. Angah dah nak balik asrama. Abang Chik dah nak balik asrama. Anak-anak adalah harta abah dan mama. Anak-anak adalah nyawa abah dan mama. Walau pun nak balik asrama tapi terasa sangat 'kehilangan". Ini fitrah kerana "kehilangan" sementara atau kekal sesuatu yang bererti dalam hidup adalah detik paling menyedihkan. Pasti hujung minggu depan mama akan ajak abah pergi melawat angah atau abang chik.
Hari ini dan besok juga sibuk untuk anak-anak membeli keperluan dan persiapan. Kadang tu bila nak naik cuti macam ni semua nak baru. Baju baru la, seluar baru , kasut baru dan peralatan sekolah yang baru. Jangan ikut sangat kerenah anak-anak apalagi tengah bulan macam ni. Mana barang dan peralatan yang boleh pakai, pakai jer. Yang penting semangat hendak belajar dan hendak berjaya. UPSR, PMR, SPM, dan STPM dah tidak lama dah. Tolak cuti hujung mingggu tah beberapa bulan jer lagi. Sudah-sudahlah hendak berseronok, melepak atau buang masa. Ingat siapa yang "seronok" sekarang dia bakal "sengsara" pada masa akan datang. Siapa yang "sengsara' sekarang dia akan "seronok" pada masa akan datang.
Dan insan yang tidak kurang sibuk bila sekolah hendak buka ialah guru. Macam-macam persiapan hendak dibuat. Buat rancangan pelajaranlah. Tanda kertas jawapan dan buku latihanla. Masukkan markahlah. Kadang balik cuti dekat kampung waktu kenduri kendara berpanjangan pun masih sempat mengadap laptop. Persediaan mesti tip-top. Hari pertama naik cuti hari pengajaran-pembelajaran. Bukan hari baru hendak bermula. Silap-silap ada "pelawat" dari Jemaah Nazir, JPN atau PPD yang turun. Apapun jangan mengeluh dan bersungut tentang kerjabuat kita. Itulah kerja yang kita pilih dan cari. Maka kita sewajarnya faham "nature" kerja kita sebagai guru. Pergilah atau bertukarlah ke sekolah manapun itulah "nature" kerja guru; mengurus,mengajar,membimbing.
Lupa pula kepada guru yang baru bertukar ke sekolah baru sama ada bertukar keluar atau bertukar masuk "Selamat bertugas di sekolah baru". Murid di sekolah itu sangat perlukan cikgu. Mungkin suasana dan keadaan berbeza tapi "nature" kerja sebagai guru tetap sama; mendidik dan mengajar.
Okla wei cuti sekolah dah habis ... Bangun !

Friday, June 8, 2012
SPA Ke Sekolah Dan IPT Beri Penerangan Peluang Kerja Sektor Awam: Mahmood
PUTRAJAYA, 8
Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan kerjasama
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan turun padang ke
sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk sesi penerangan kepada
para pelajar berhubung pelbagai peluang pekerjaan dalam sektor awam.
Pengerusinya Tan Sri Mahmood Adam berkata lawatan itu akan diadakan dalam masa terdekat untuk menarik minat mereka berkhidmat sebagai penjawat awam sebaik menamatkan pembelajaran.
Mahmood berkata masih banyak pihak belum tahu kemudahan-kemudahan yang dinikmati penjawat awam antaranya peluang kenaikan pangkat, pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer serta peluang melanjutkan pelajaran yang ditanggung kerajaan.
"Dengan sesi penerangan itu, kita harap minat itu bertambah. Kita pun sudah sampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau setuju minta kita turun ke bawah 'go to the ground' berjumpa dengan pelbagai pihak untuk memberi penerangan.
"Perdana Menteri juga mahu supaya penjawat awam yang akan dilantik ini nanti seorang yang profesional, berinisiatif, proaktif, berfikiran terbuka dan positif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog SPA bersama kementerian, jabatan dan pentadbiran negeri-negeri di bawah bidang kuasa SPA di sini Jumaat.

… BERNAMA
Renungan Jumaat : Bekerja secara ihsan (Siri 1)
Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua, Ihsan ialah perbuatan yang baik
,kemurahan hati dan kebajikan. Sementara Bekerja secara ihsan berasaskan hadis
Nabi S.A.W yang bermaksud" Sesungguhnya
Allah mencintai seorang pekerja apabila bekerja secara ihsan"
(Diriwayatkan Baihaqi dan Thobrani )
Sebahagian ulama menjelaskan
bahawa yang dimaksudkan dengan bekerja secara ihsan adalah bekerja dengan
memenuhi syarat-syarat berikut:
a.
Kerja dengan ikhlas
Bekerja
secara ihsan adalah bekerja dengan mengharapkan pahala dan ridha dari Allah
S.W.T. Dia akan melaksanakan pekerjaannya dengan sepenuh hati, baik ketika
berada di khalayak ramai maupun ketika berada sendirian sehingga dia boleh
menghasilkan yang terbaik. Rasulullah S.A.W bersabda " Sebaik-baik usaha adalah usaha tangan seorang pekerja apabila
dia mengerjakannya dengan tulus" (HR. Ahmad)
b.
Kerja bersungguh-sungguh.
Bekerja
secara ihsan juga berarti bekerja dengan bersungguh-sungguh dengan segenap tenaga
yang dimilikinya secara maksima. Kerana hanya dengan kesungguhan dan tenaga secara optima maka seseorang akan mampu
mencapai hasil yang optima. Firman Allah S.W.T " Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari
jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang
berbuat ihsan" (al-Angkabut:69)
c.
Kerja berlandaskan ilmu.
Bekerja
secara ihsan juga berarti bekerja dengan berlandaskan ilmu kerana kerja yang
tidak dilandasi dengan ilmu akan lebih banyak merosakkan daripada memperbaiki
seperti yang dikatakan 'Umar bin Abdul Aziz. Dengan landasan ilmu, seseorang
akan mampu bekerja secara efisen dan efektif sehingga boleh menjimat tenaga dan
kos namun tetap mencapai hasil yang maksima dengan rasiko yang rendah.
d.
Kerja sehingga selesai
Seorang
muslim dikatakan telah bekerja secara ihsan apabila dia telah mengerjakan apa
yang menjadi kewajipannya sehingga selesai dan tidak menghentikan pekerjaannya
untuk mengerjakan aktiviti-aktiviti lain sebelum sempurna mengerjakannya. Allah
berfirman " Hai orang-orang yang beriman,
taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan janganlah kamu membatalkan
amal-amalmu." (S.Muhammad:33)
Semoga bekerja secara ihsan menjadi budaya dan cara hidup bekerja kita
agar rezeki yang diperolehi benar-benar “bersih”. Mudah-mudahan dengan
kebersihan rezeki itu akan membentuk jiwa kita yang tenang dan bahagia
menjalani kehidupan dunia untuk ke akhirat.
Thursday, June 7, 2012
Siri Bimbingan SBT dan SKK Terengganu
KUALA TERENGGANU - Urusetia SKK dan SBT Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sekali lagi mengadakan program bimbingan selepas siri-siri bimbingan termasuk bersama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK). Program bimbingan kali ini bersama dengan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri yang sememangnya termasuk dalam jadual perancangan urusetia.
Fokus program bimbangan kali ini usaha memperteguhkan keyakinan dan persediaan sekolah calon menghadapi penilaian panel dengan memahami konsep SKK dan SBT secara mendalam. Program bimbingan ini dibahagi kepada dua segmen. Segmen pertama pembentangan laporan gerakkerja pencalonan SKK dan SBT dan laporan pembentangan pencalonan di KPM serta hasil dapatan pemantauan dan bimbingan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah. Sementara segmen kedua oleh Ketua Jemaah Nazir dan Kualiti Negeri berkaitan konsep dan ciri-ciri SKK dan SBT.
Semua Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sekolah calon SKK dan SBT terlibat dengan bimbingan ini. Turut hadir ialah KPP Kanan Sektor Jaminan Kualiti, Ketua Unit Rendah dan Menengah serta Penyelaras dan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah semua PPD. Sesungguhnya kefahaman tentang SKK dan SBT kepada semua pegawai berbagai peringkat memudahkan mereka membantu sekolah-sekolah di dalam kawalan mereka.
Kita sangat percaya melalui bimbingan dan pendedahan berterusan konsep dan ciri SKK & SBT semakin difahami . Lebih penting "roh" atau "aura" pengurusan sekolah cemerlang berasaskan konsep Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dapat dihayati dan dilaksanakan bagi memacu sekolah ke tahap cemerlang dan terbilang.
CALON SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
1. SM Imtiaz, Dungun
2. SM Imtiaz, Hulu Terengganu
3. SM Teknik Terengganu
4. SMK Chukai, Kemaman
5. SMK Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu
6. SMK Rantau Petronas, Kemaman
7. SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun
8. SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu
1. SK Kampung Raja, Besut
2. SK Tengku Mahmud 11, Besut
3. SK Tok Dor, Besut
4. SK Kampung Fikri, Sungai Tong
5. SK Mangkok, Setiu
6. SK Kuala Berang, Hulu Terengganu
7. SK Tok Randok, Hulu Terengganu
8. SK Gong Badak, Kuala Terengganu
9. SK Maktab Perguruan, Kuala Terengganu
10 SK Paka 2, Dungun
11 SK Tepus, Dungun
12 SK Kerteh., Kemaman
CALON SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
1. SM Imtiaz, Dungun
2. SM Imtiaz, Hulu Terengganu
3. SM Imtiaz, Kuala Terengganu
4. SM Sains Sultan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
5. SM Sains Kuala Terengganu
6. SBPI Batu Rakit, Kuala Terengganu
7. SMK Mak Lagam, Kemaman
1. SK Tengku Mahmud 11, Besut
2. SK Sungai Las, Setiu
3. SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu
4. SK Seri Berang, Hulu Terengganu
5. SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu
6. SK Rantau Petronas, Kemaman.
PENTING:
Maklumat terkini (8 Jun 2012) bahawa tarikh penilaian panel ialah pada 17 Jun 2012
dan sekolah terlibat dalam penilaian bagi tempoh ini KLIK
Maklumat terkini (8 Jun 2012) bahawa tarikh penilaian panel ialah pada 17 Jun 2012
dan sekolah terlibat dalam penilaian bagi tempoh ini KLIK
Wednesday, June 6, 2012
Iklan Program Pengsiswazahan Guru atas talian
Klik banner di atas untuk keterangan lanjut
Subscribe to:
Posts (Atom)