Thursday, May 6, 2010

Now ! Terengganu tempat ke 4,Update IQ UKM1 - 5 Mei 2010

Alhamdulillah hari ini kita berada dikedudukan keempat selepas Perak,Kelantan dan Johor. Pulau Pinang dan Kedah sedang mengikuti rapat dibelakang.Tahniah dan teruskan kemaraan kita. Terengganu boleh !!!!

Seluruh Negara

Negeri Terengganu

Wednesday, May 5, 2010

Tuesday, May 4, 2010

Monday, May 3, 2010

Perak Mendahului Negeri Lain

<><><><> 
Ujian PERMATApintar UKM1 status report.
Date: Monday, May 03, 2010. Time: 8:03:19 AM
BREAKDOWN BY STATE (BASE ON SCHOOL ADDRESS. ALL.)
JOHOR : 20288
KEDAH : 9736
KELANTAN : 22266
MELAKA : 3795
NEGERI SEMBILAN : 5171
PAHANG : 6536
PULAU PINANG : 10796
PERAK : 22869
PERLIS : 4224
SABAH : 1664
SARAWAK : 5598
SELANGOR : 4945
TERENGGANU : 8902
WP KUALA LUMPUR : 3164
WP LABUAN : 293
WP PUTRAJAYA : 580

Perak telah berjaya memintas Kelantan. Itu yang terjadi walaupun semua orang tahu suatu ketika Kelantan berada jauh di depan.Kini Perak mendahului seluruh negara tetapi Johor dan Kelantan akan terus mencabar

Sesungguhnya tiada yang mustahil dalam apa sahaja kerjabuat kita jika dalam jiwa penuh semangat membara,bijak mengatur strategi bagi mencapai matlamat yang jelas di depan mata. Saiz fizikal zaman ini bukan lagi ukuran kekuatan kalau jiwa dan mindanya kecil. Kalau kemahuannya rendah.Orang cerdik pandai berkata:

Orang yang biasa-biasa,hanya mengulas peristiwa
Orang berjiwa kecil,hanya membicarakan kehebatan orang lain
Orang berotak kecil,hanya membicarakan kehebatan diri sendiri
Orang yang berjiwa besar,selalu memikir idea-idea besar
Orang yang rajin merebut peluang,orang yang malas hanya mencari alasan.
Jom,kita lawan.....

Ujian IQ UKM1 PERMATApintar- Update 3 Mei 2010

Seluruh Negara

Negeri Terengganu

PROSES PERMOHONAN PENEMPATAN PELAJAR TAHUN SATU 2011 DAN 2012 (BAGI MURID WARGANEGARA MALAYSIA)

Sunday, May 2, 2010

Kesatuan guru mohon ditimbang 11 insentif

KUALA LUMPUR 1 Mei - Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) menyenaraikan 11 insentif bagi golongan pendidik untuk dipertimbangkan oleh kerajaan sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.

Penetapan insentif berkenaan dibuat pada Mesyuarat Khas Memartabatkan Profesion Perguruan yang diadakan oleh Kongres hari ini untuk dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran.
Presiden Kongres, Jamale Paiman berkata, insentif itu termasuk mewujudkan kaedah perkhidmatan bersepadu guru lulusan diploma dan ijazah, penambahbaikan struktur Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), kenaikan pangkat pegawai pendidikan lepasan diploma (PPLD), mewujudkan gred tambahan DGA40 dan penambahan staf sokongan.

Menurutnya, permohonan insentif itu telah dikemukakan dua tahun lepas dan pernah dibincangkan di peringkat menteri.

''Perkara yang dipohon merupakan kaedah terbaik dalam membentuk laluan kerjaya di sektor pendidikan. Ia bertujuan mengurangkan beban tugas guru,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini hari ini.

Tambah Jamale, Kongres turut bersetuju supaya Kementerian Pelajaran mempertimbangkan untuk mempercepatkan pengesahan jawatan gred DGA34 dan DGA48, memperluaskan gred DG38 untuk guru besar dan pengelola cemerlang kepada semua jawatan manakala kedudukan pegawai pendidikan daerah (PPD) pada gred DG52 dan DG54.

''Di samping itu, kami berharap kementerian tidak meletakkan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam Kementerian Pelajaran serta mengambil semula guru bagi program pengajian Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF).

''Kami juga berharap kerajaan mengkaji peruntukan tuntutan perjalanan para pegawai kerana jumlahnya yang rendah menjejaskan tugasan pemantauan dan penyeliaan yang lebih kerap,'' katanya.

Ujian IQ UKM1 PERMATApintar - Update 2 Mei 2010

Seluruh Negara

Negeri Terengganu