Wednesday, July 31, 2013

Kasut Buruk ....menginsafi dan mensyukuri


PENTING DAN SEGERA : PROFIL SEKOLAH




SENARAI SEKOLAH YANG BELUM  MENGHANTAR
SALINAN PROFIL SEKOLAH KEPADA PEGAWAI MEJA
SEBAGAIMANA TAKLIMAT SEKOLAH KECEMERLANGAN 2013 - 2017
 DI BTPN TERENGGANU PADA 11 JULAI 2013

DAERAH BESUT

1.      SK FELDA SELASIH
2.      SK TENGKU MAHMUD 2
3.      SK AMER (Tidak ikut Format)
4.      SK PUSAT JERTEH
5.      SK FELDA TENANG
6.      SK PENGKALAN NYIREH
7.      SK PERMAISURI NUR ZAHIRAH
8.      SK LUBUK KAWAH

DAERAH SETIU

1.      SK KAMPUNG BARI SUNGAI TONG
2.      SK SUNGAI TONG
3.      SK PELONG

DAERAH HULU TERENGGANU

1.      SK SERI BERANG
2.      SK TELAGA
3.      SK AJIL
4.      SK MATANG

DAERAH KUALA TERENGGANU

1.      SK PUSAT BUKIT BESAR
2.      SK KOMPLEKS GONG BADAK
3.      SK BUKIT TUMBUH

DAERAH MARANG

1.      SK MARANG
2.      SK KELULUT
3.      SK RUSILA
4.      SK BUKIT PAYONG
5.      SK BUKIT GASING

DAERAH DUNGUN

1.      SK BATU 7
2.      SK FELDA KERTEH 1
3.      SK KAMPUNG WA
4.      SK DURIAN MAS 1

DAERAH KEMAMAN

1.      SK KAMPUNG BARU KERTEH

Mohon kerjasama semua Pengurus Sekolah terlibat emailkan PROFIL SEKOLAH sebagaimana format diberi  kepada mat.lazim@moe.gov.my dengan kadar SEGERA.

Senarai  Cadangan Sekolah Kecemerlangan ikut Tahun:

Tuesday, July 30, 2013

Puisi : Kad Hari Raya seorang sahabat

Kad Hari Raya Seorang Sahabat
(Dedikasi kepada Saudara Zailiani Taslim)

Lewat sore semalam buat  kesekian kalinya
saat hadir musim lembayung Aidil Fitri
menjengah diri
kad ucapanmu bertamu lagi
membawa suara hati setia seorang sahabat
penuh makna tersirat yang sarat
tidak pernah jemu menyapa khabar
tidak pernah bosan menitip nasihat
biarpun bersuara dalam diam
dan berbicara tanpa kata
namun bisa ku kutip makna;
"aku akan mengingatimu
sahabat, selagi badan dikandung hayat"

Sebak relung dadaku
melimpah kolam mataku
saat badai kesadaran menerpa
kerana kealpaan mengingatimu dalam sibukku
untuk mengungsi dan bertamu dalam kamar sunyimu
yang bermusim menjadi sembilu menghiris
untuk bersama melagu puisi
dan ceretera manusia
yang telah lama kau tinggalkan
setelah terpisah dalam dunia ujiduga Tuhan.

Sahabat,
Biarpun namamu yang masyhur kian kelam
dan semakin sunyi di sudut ingatan
namun buah sabarmu yang manis 
dengan selaut nasihat dan ikhtibar karya seni
kau tetap gah dan kaya terpuji
terima kasih kerana masih setia
menjadikan aku yang kerdil dan naif
sahabatmu
moga Aidil Fitri
laut rahmat buatmu.

Lara MN
30 Julai 2013
Kuala Terengganu.



Menjelang 100 tahun SK Kampung Raja

BESUT - SK Kampung Raja, Besut dengan Kod Sekolah TBA0001 bakal menyambut Jubli Intan atau mencapai usia 100 tahun dalam masa dua tahun lagi. Itulah info yang diberi oleh En. Che Husin Ismail, Guru Besar SK Kampung Raja sewaktu kami mengadakan pemantauan pengurusan sekolah di sekolah berkenaan semalam. Dalam maksud yang tersirat inilah antara sekolah tertua di daerah Besut dan juga di negeri Terengganu.

Beberapa tahun lalu prestasi sekolah ini sangat membanggakan di mana sentiasa berada pada Band 1 dan dicalonkan untuk meraih Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi. Namun beberapa aspek atau kreteria mungkin belum memenuhi kehendak penilaian. Kali terakhir mereka juga dicalonkan untuk SKK Fasa 7 tetapi saat-saat akhir digugurkan bersama beberapa buah sekolah di daerah Besut. Kami masih teringat arwah Haji Rosli Abd.Ghani mantan Guru Besar, SK Kampung Raja menghubungi kami sambil menangis kerana kecewa teramat sangat setelah berpenat-lelah berhabis tenaga dan wang tapi saat-saat akhir digugurkan oleh panel penilai atas-atas sebab yang tidak dinyatakan. Rasa kecewa itu mendasari hati dan jiwa para guru hingga Guru Besar baru menyuarakan hasrat untuk ke arah SKK dan SBT mereka menolak secara mentah-mentah.

Walau bagaimanapun dengan kebijaksanaan  Guru Besar dan pasukan pengurusan rasa kecewa itu mulai beransur hilang dan mereka mula bersedia ke arah itu. Kita amat yakin SK Kampung Raja memang mempunyai kekuatan untuk SKK dan seterusnya SBT jika dapat dikelaraikan dengan sempurna oleh Pengurusan Sekolah. Kebolehan En. Che Husin Ismail yang membawa SK Kuala Besut sebelum ini menjuarai 3K Kebangsaan mungkin boleh membantu. Isunya menggapai Sekolah Kecemerlangan tidak akan mampu dicapai jika Guru Besar dan GPK sahaja yang bersungguh-sungguh tetapi memerlukan komitmen dan iltizam semua guru, para ibubapa dan masyarakat.

Kita amat berharap menjelang 100 tahun SK Kampung Raja,  perayaan 100 tahun nanti bukan sekadar diraya kerana usianya mencapai 100 tahun sahaja tetapi juga kerana meraikan SK Kampung Raja menjadi Sekolah Kecemerlangan SKK dan juga SBT. Justru itu gerakkerja mengkelarai, menyusun dan memperkasakan bidang kebitaraan sewajarnya bermula sekarang dengan rapi dan teliti mengikut kehendak dan piawaian SKK yang ada.

Kita berharap pihak PPD Besut dan MGB Besut dibawah pimpinan Tuan Haji Abd. Rahman Sardar, Guru Besar SBT Tengku Mahmud yang berpengalaman luas dalam pengurusan SKK dan SBT dapat membantu SK Kampung Raja ke arah SKK. Jawatankuasa Sekolah Kecemerlangan Negeri akan sentiasa membantu memberi bimbingan dan nasihat teknikal bagi membantu SK Kampung Raja dan sekolah-sekolah lain yang disenarai sebagai sekolah projek Sekolah Kecemerlangan Negeri 2013 hingga 2017.

Kami dari Unit Sekolah Rendah merakamkan setinggi tahniah kepada kepimpinan dan warga SK Kampung Raja yang baru bepindah ke blok bangunan baru beberapa bulan lalu dan berharap dengan semangat dan inovasi baru SK Kampung Raja yang bakal menyambut Jubli Intan benar-benar gemerlap sebagai salah satu Sekolah Kecemerlangan negeri Terengganu.


Sunday, July 28, 2013

Majlis bersama-sama Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Semua Pengetua dan Guru Besar
DAERAH KUALA TERENGGANU

Majlis berkenaan akan diadakan sebagai mana berikut;

Tarikh : 1 Ogos 2013 (Khamis)
Masa  : 6.00 ptg
Tempat: Dataran Anjung Ilmu dan Surau JPN Terengganu
Pakaian: Kebangsaan lengkap

Surat dan jadual aturcara muaturun DI SINI


Saturday, July 27, 2013

Mohamad Zakaria - pelajar dari Jerteh, Besut


Sembang Sabtu : Komunikasi pengurusan yang boleh membawa tranformasi

Tuan Haji Ab. Rahman Sardar (Pengerusi MGB Besut)
Guru Besar SBT, SK Tengku Mahmud Besut
di Majlis Temumurni Murid Tahun 6

" Kadang-kadang saya rasa malu sangat bila orang kampung kata cakap kabor guru besar tak sepadan dengan jawatan dia", kata seorang Guru Penolong Kanan.

"Mengapa sampai macam itu"? Tanya saya cuba mencungkil.

"Entahlah encik, dia tidak rapat dengan ibubapa dan masyarakat", jelas Guru Penolong Kanan berkenaan.

"Dengan guru-guru macam mana", saya cuba menyelidik lagi.

"Lebih kurang macam tu lah juga, kurang bersungguh main lepas gitulah", beritahu Guru Penolong Kanan berkaitan.

Itulah sebahagian kecil aduan daripada Guru Penolong Kanan dan guru dari beratus luahan mereka kepada saya mengenai pengurusan mereka. Kalau saya nak cerita tidak tercerita dan kalau nak tulis tidak tertulis. Cukuplah saya ambil satu dua jis untuk dikupas sebagai pemikiran kita bersama. Niat kita sangat mudah dan sangat jelas. Kita mahu menjadi sentiasa lebih baik sesuai dengan saranan hadis Nabi, " Orang yang cemerlang itu, apa yang diusaha dan dicapai hari ini adalah lebih baik dari semalam dan apa yang diusaha dan akan dicapai esok adalah lebih baik dari hari ini".

Berasaskan pngalaman, pemerhatian, perbincangan serta pembacaan isu pokok yang sangat besar dalam pengurusan kita terutama di sekolah ialah masalah komunikasi pengurusan yang berkesan. Komunikasi yang berkesan secara mudahnya ialah bentuk penyampaian dan perhubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan menggunakan lisan atau  bukan lisan dan memberi kesan atau impak ke arahan perubahan yang lebih positif. Maknanya kalau kita bercakap atau berhubung ada aura untuk orang lain terus mendengar. Orang seronok. Dalam seronok itu kita mempengaruhi kerana tugas utama pemimpin sekolah yang berkesan ialah bagaimana kita boleh mempengaruhi ahli organisasi dan orang lain bersama-sama kita menjayakan wawasan yang kita inginkan.

Bagaimana kita hendak mempengaruhi orang atau ibubapa untuk mengatasi masalah ponteng, keciciran dan lain-lain isu pembelajaran kalau hendak  berhubung dengan ibubapapun tidak tahu. Bagaimana kita hendak menjelas atau mempengaruhi ibubapa ataupun guru-guru kita bila bercakappun dengar tak dengar @ telor, tidak bermotivasi dan hampeh kosong tidak berilmiah langsung. Macam mana ibubapa dan guru hendak "respect" kita kalau bertembung asyik hendak lari dan memerap di dalam bilik.

Sewajarnya sebagai pemimpin sekolah kita bukan sahaja dilihat hebat dari segi penampilannya tetapi juga dilihat hebat dari kemahiran dan berilmu dalam perhubungan dan komunikasi dengan ibubapa, masyarakat, para guru dan pelajar kita. Kebijaksanaan dalam komunikasi dan perhubungan ini bukan bakat dan anugerah semata-mata tetapi adalah kemahiran yang boleh dipelajari melalui latihan berterusan. Ianya memerlukan keyakinan diri yang sangat tinggi. Keyakinan diperolehi dengan adanya kemahiran dan ilmu. Sepanjang masa kita berkomunikasi dengan orang kita pimpin tetapi berapa banyak komunikasi kita yang berkualiti dan boleh membawa tranformasi kepada pendengar atau audiennya ?

Banyak medan rasmi dan tidak rasmi yang kita boleh praktik dan pamerkan kehebatan kita untuk mempengaruhi orang yang kita pimpin sama ada ibubapa , guru atau murid. Perhimpunan sekolah, mesyuarat, perjumpaan ibubapa dan ucapan-ucapan majlis rasmi lain adalah medan kita melantunkan pemikiran, idea untuk orang lain berfikir berasaskan fakta dan hujah konkrit bukan ucapan meraban yang menjemukan. Bermakna kita perlu buat persediaan. Kalau perlu pembacaan , bacalah. Perlu tulis dalam teks, tulislah. Jangan anggap kita bijak walhal orang lain muak untuk mendengar kita bercakap kerana pusing-pusing benda dan stail pengucapan yang sama sahaja. Biar bijak untuk membaca bahasa tersirat audien. Jangan syok sendiri. Masa terbuang, duit habis dan tenaga nak mengurus majlis habis tapi habukpun tarak. Tranformasi tidak berlaku malah semakin mati dan basi.

Berasaskan pengalaman belasan tahun sebagai pengurus sekolah komunikasi dan hubungan tidak rasmi adalah medan efektif untuk membawa tranformasi. Misalnya sambil minum bertanya khabar tentang tugas yang diberi, tanya khabar perkembangan anak atau keluarga staf kita yang sakit, berbincang secara santai , bersama-sama staf dalam apa jua aktiviti seperti perkhemahan, mendahulukan diri kita sebagai contoh seperti kutipan derma dan lain-lain lagi antara metodologi sangat efektif dalam pengurusan. Ianya bukan sahaja tidak memberi tekanan tetapi sekaligus merapatkan perhubungan dalam organisasi. Nilai-nilai setia, hormat-menghormati, sayangkan ketua dan tempat kerja akan tumbuh subur dalam jiwa setiap ahli dalam organisasi kita.

Begitu juga bagi mendekatkan diri dengan ibubapa saya tidak segan masuk kampung, berborak dengan masyarakat, minum di kedai di kampung bersama ibubapa, hadir kematian dan kenduri-kendara dan bermacam ruang dan kesempatan adalah pendekatan sangat bermakna menangani isu-isu berkaitan murid seperti keciciran, ponteng, bantuan pelajar dan sebagainya. Di ruang-ruang itulah kita mempengaruhi agar ibubapa bersama menyokong sekolah untuk kecemerlangan pendidikan. Ini tidak, kita mengharapkan sokongan ibubapa tetapi kita tidak pernahpun "mencemar duli" untuk turun ke kampung bertemu dengan ibubapa anak murid kita secara langsung. Begitu juga bila guru kita buat majlis dan jemput kita secara rasmipun kadang kita tidak hadir. Macam mana kita nak harap guru kita hormat dan hargai kita.

Sebenarnya banyak isu ketidakpuasan hati pelanggan kita berkaitrapat dengan caragaya dan stail komunikasi dan perhubungan kita dan penyelesaian masalah berkenaan itu hanya boleh di atasi bila kita tranformasi komunikasi pengurusan kita ke arah yang lebih baik, segar, bertenaga dan bijaksana. Hanya kita yang mampu merubahnya.


Friday, July 26, 2013

Renungan Jumaat : Mencari Lailatul Qadar



Dalam suatu Hadits riwayat Bukhari dan Muslim dari ibn Umar, Nabi bersabda:

“Saya melihat mimpimu bersepakat menetapkan bahwa lailatul qadar pada tujuh yang akhir. Маkа barangsiapa hendak mencari malam al qadar, carilah pada malam tujuh yang akhir”.

Hadis Ibnu Umar Nabi s.a.w bersabda:
“Barangsiapa  mencari lailatul qadar  maka hendaklah dicari di malam dua puluh tujuh”

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Ubadah Ibn Shamit:

“Rasulullah mengkhabarkan kepada kami tentang lailatul qadar. Beliau berkata: “Dia di dalam bulan Ramadlan, di puluhan yang akhir, malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau di akhir malam bulan Ramadlan. Barangsiapa mengerjakan qiyam pada malam itu karena imannya kepada Allah dan karena mengharap heridhaan-Nya, niscaya diampunilah dosanya yang telah lalu dan dosa yang akan datang”.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari ‘Aisyah bahwa Rasulullah bersabda:

“Carilah dengan segala daya-upaya malam al qadar di malam ganjil dari sepuluhan yang akhir dari bulan Ramadan”.
 
Diriwayatkan oleh Muslim, dari Ibn Umar, bahwa Nabi s.a.w. bersabda:

“Carilah lailatul qadar pada sepuluhan yang akhir; jika seseorang kamu lemah mencari, maka janganlah kamu kalah dalam mencari pada tu­juh yang akhir”.

Tujuh yang akhir ini ada yang mengatakan mulai pada ma­lam 23, karena mengingat bahwa bulan Ramadan sering kurang. Ada yang mengatakan malam 24. ( Bergantung Ramadan 29 atau 30 hari)

Berkata Al Qurthubi: “Jumhur ulama berpendapat, bahwa lailatul qadar itu pada malam 27, mengingat Hadits Nabi, yang diriwayatkan oieh Ubai ibn Ka’ab, ujarnya:

“Saya mendengar Rasulullah bersabda : Malam Al-qadar, adalah malam duapuluh tujuh”.

Dari kumpulan Hadits yang telah disebutkan, dapatlah kita menetapkan bahwa lailatul qadar adalah pada suatu malam dalam sepanjang tahun. Dia berulang-ulang  saban tahun, dan dia terletak pada puluhan yang akhir dari bulan Ramadlan, berpindah-pindah pada malam yang ganjil. Hadits-hadis menggalakkan kita mencaharinya dengan mengerjikan ibadat, karena ibadat pada malam itu mendapat pahala yang lebih baik dari 1000 bulan, tanpa lailatul qadar.
A1 Hafidh Ibn Ha jar, menetapkan bahwa pendapat yang paling kuat, ialah pendapat yang menetapkan bahwa lailatul qadar di malam-malam yang ganjil dari puluhan yang akhir bulan Ramadlan.



Puisi : Kepulangan

KEPULANGAN
(dedikasi buat seorang sahabat)

Lewat pagi nan sunyi dan dingin
Kafilah dari jauh itu telah datang
Membawa perintah Rabuljalil
Saat untuk pulang telah tiba
Pedati siap menunggu
Membawamu ke alam abadi

Tanpa sempat menyusun diksi
Tanpa sempat mengayam madah metafora
Tanpa sempat menyangkut pesan
Kepada kekasih terkasih
Kepada sahabat tercinta
Dingin pagi penghulu hari
Telah kecur khabar
Bahawa kau pulang
Tanpa pamit
Mahupun ucapan selamat tinggal

Demikianlah sahabat
Datang dan pergi
Adalah kekasih
Yang telah terhukum
Dalam suratan
Moga kepulangan
Dan keberangkatanmu
Pulang mengungsi yang abadi
Dipermudahkan Rabbi
Nantikan, kita akan bertemu di sana
Setelah tega berkelana di sini
Membuktikan setia dan akurjanji.

Lara MN
Kuantan
Jumaat
26 Julai 2013

Wednesday, July 24, 2013

PM umum bantuan Raya RM500 kepada penjawat awam



KUALA LUMPUR 24 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam.

Pemberian bantuan itu melibatkan penjawat awam Gred 1 hingga 54. Para pesara pula akan menerima bantuan RM250.
 
Pembayaran bantuan akan dibuat pada 31 Julai ini. - UTUSAN ONLINE