Pagi tadi telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Memperkasakan Sekolah Band 5,6,7 kali yang ketiga. Mesyuarat kali ini ialah membentangkan dapatan maklumat indikator yang dikumpulkan untuk membina pelaporan lengkap.Pelaporan ini akan dikemukan kepada Pengarah Pelajaran negeri untuk dibentang dalam mesyuarat peringkat kementerian awal September depan.
Ketua Unit Sekolah Rendah telah mempengerusikan mesyuarat menggantikan Ketua Sektor Sekolah. Semua guru besar sekolah terlibat dan ahli jawatankuasa telah hadir.
Kita berharap isu,masalah dan resolusi dapat dilaksanakan secara berkesan dalam usaha kita mempertingkatkan kedudukan band bagi sekolah terlibat ke tahap yang lebih tinggi.
Sunday, July 31, 2011
Tahniah atas kenaikan pangkat Penyelia Kanan ke Pengelola Cemerlang
Pengelola - Pengelola Cemerlang bersama
Ketua Unit Rendah dan PP Guru
Seramai enam orang pengelola sekolah atau Penyelia Kanan DGA34 dari Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah ditawarkan kenaikan pangkat sebagai Pengelola Cemerlang DGA38(KUP). Majlis penyerahan surat tawaran pelantikan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia,En.Hashim Mohd Zin,Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu di bilik Mesyuarat Alamanda,JPN Terengganu pagi tadi.
Mereka yang terlibat dengan kenaikan pangkat ini ialah sebagaimana berikut:
- En.Wahab bin Mohamad - Penyelia Kanan,Pengurusan Murid,Unit Rendah,JPN Terengganu
- Tn. Haji Ismail bin Embong - Penyelia Kanan Kesihatan,JPN Terengganu
- En. Abdullah bin Othman - Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah,PPD Dungun
- En. Anuar bin Mohamad - Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah,PPD Setiu
- En. Mohamad bin Salleh - Penyelia Kanan Peperiksaan,PPD Setiu
- Tn. Haji Mohd Yusof bin Hassan - Penyelia Kanan Pengurusan Murid,PPD Kuala Terengganu
Friday, July 29, 2011
Renungan Jumaat - Persediaan Menghadapi Ramadhan Al-Mubarak
Kita berada pada hari-hari terakhir bulan Syaaban. Dalam sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat - Ramadhan 1432 Hijriah. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.
Sebenarnya terlalu banyak persediaan yang patut kita lakukan menjelang Ramadhan. Antara yang lain ialah:
Pertama - I'dad Ruhi Imani, yakni persiapan ruh keimanan.
Orang - orang yang saleh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rajab dan Sya'ban. Biasanya mereka berdoa : "Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan."
Dalam rangka persiapan ruh keimanan itu, dalam surah At-Taubah Allah melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kedzhaliman sejak bulan Rajab. Tapi bukan berarti di bulan lain dibolehkan. Hal ini dimaksudkan agar sejak bulan Rajab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan,bulan Rajab dan Sya'ban adalah masa pemanasan(warming up),sehingga ketika memasuki Ramadhan kita sudah bisa bisa menjalani ibadah shaum dan sebagainya itu bak sudah terbiasa.
Kedua - adalah I'dad Jasadi, yakni persiapan fizikal
Untuk memasuki Ramadhan kita memerlukan fisik yang lebih prima dari biasanya. Sebab, jika fisik lemah, bisa-bisa kemuliaan yang dilimpahkan Allah pada bulan Ramadhan tidak dapat kita raih secara optimal. Maka, sejak bulan Rajab Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri melatih fisik dan mental dengan melakukan puasa sunnah, banyak berinteraksi dengan al-Qur'an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan meningkatkan aktivitas saat berkecimpung dalam gerak dinamika masyarakat.
Persediaan Fizikal. Apakah yang harus dilakukan dalam persiapan fizikal agar dalam keadaan yang optimum dan betul-betul bersedia.
- . Lakukan latihan berpuasa(training). Antaranya adalah dengan amalan berpuasa sunat hari isnin dan khamis, sedikit demi sedikit (tidak semestinya setiap hari), sebelum menjelang puasa sebenar iaitu Ramadhan. Ini untuk memastikan perut boleh menyesuaikan fisiologinya dengan situasi berpuasa dan tidak terlalu ‘terkejut’ dengan puasa sebenar di bulan Ramadhan. Sekarang mungkin ramai (yang beragama Islam) sudah dapat mengaitkan kenapa kita disunatkan untuk berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban. Mulakan dengan membina momentum puasa itu.
- Pastikan untuk mengambil makanan yang tidak berat(ringan) 1-2 jam sebelum tidur(tetapi tidaklah terlalu mengenyangkan), terutamanya yang melibatkan karbohidrat kompleks seperti oat atau wholegrain. Diingatkan anda semua, ini BUKAN sahur yer.
- Jangan termiss sekali pun mengabaikan sahur. Fokus juga kepada pengambilan karbohidrat kompleks seperti oat dan roti gandum penuh. Ambil jumlah protein yang mencukupi dan fokus kepada protein yang mempunyai rendah biological value seperti ayam, ikan, dan sumber kekacang. Bila untuk bersahur? Selewat yang mungkin, menghampiri waktu Imsak. Rancang waktu pemakanan sahur anda sebaik mungkin agar anda mempunyai masa yang mencukupi untuk makan semua makanan yang diperlukan. Jangan sampai dah azan pun selamba redah jer. (tetapi masih lagi sah puasanya, segera berhenti).
- . Elakkan tabiat terus tidur sebaik habis menikmati sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman. Malah, sahur sudahpun dianggap seperti sarapan pagi anda dan makanan yang dinikmati sememangnya berat.
- Terdapat kajian yang menunjukkan gastrik juga adalah disebabkan kewujudan bakteria helicobacter pylori. Sebagai langkah berjaga-jaga, makan yoghurt ketika tempoh berbuka puasa. Yoghurt mengandungi kultur hidup berguna seperti Lactobacilus acidophilus dan bifidus, yang mampu menyesarkan kolonisasi h.pylori.
- . Makan secara perlahan-lahan(ikut sunnah). Pastikan makanan dihancurkan sebetul-betulnya, sebelum ditelan. Lagi elok makan 40 kali kunyah baru telan. Aku pun pelahap jugak, ish2. Apa nak jadi nih.
- . Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis, petai dan kacang soya. Hindari makanan ini (jika sejarah lampau menunjukkan anda sememangnya cenderung untuk mendapat gastrik).
- . Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan secara berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati.
- . Pastikan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2/3 daripada jumlah kalori seharian (DCR) pada sebelah malam. Contohnya, jika DCR anda ialah 1500kcal, anda harus makan melebihi 1000kcal sehari (pada sebelah malam) tidak kira walau apa pun yang terjadi.
- Dapatkan nasihat doktor. Senang jer sebenarnnya. Anda mungkin akan diberi pil berasaskan “Ranitidine hydrochloride” yang berfungsi menghalang penghasilan asid dalam perut, jika kes gastrik anda terlalu ketara dan parah.
Ketiga - adalah I'dad Maliyah, yakni persiapan harta.
Jangan salah faham, persiapan harta bukan untuk membeli keperluan buka puasa atau hidangan lebaran sebagaimana tradisi kita selama ini. Memersiapkan harta adalah untuk melipatgandakan sedekah, karena Ramadhanpun merupakan bulan memperbanyak sedekah. Pahala bersedekah pada bulan ini berlipat ganda dibandingkan bulan-bulan biasa.
Keempat - adalah I'dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan intelektual dan keilmuan.
Agar ibadah Ramadhan bisa optimal, diperlukan bekal wawasan dan tashawur (persepsi) yang benar tentang Ramadhan. Caranya dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majelis ilmu tentang Ramadhan. Kegiatan ini berguna untuk mengarahkan kita agar beribadah sesuai tuntunan Rasulullah SAW, selama Ramadhan. Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan perlbagai jenis ibadah, atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk dipersiapkan.
Semoga persiapan kita mengantarkan ibadah shaum dan berbagai ibadah lainnya, sebagai yang terbaik dalam sejarah Ramadhan yang pernah kita lalui. Aamiin.
Sumber : sususejat.com dan abatasa.com
Thursday, July 28, 2011
Temuduga Pengisian GPK Siri 2, daerah Hulu Terengganu.
HULU TERENGGANU - Seramai sebelas orang calon Guru Penolong Kanan telah selesai menghadapi temuduga pagi tadi di PKG Kuala Berang,Hulu Terengganu bagi siri ke 2 untuk pengisian kekosongan jawatan GPK sehingga 31 Disember 2011. Mereka adalah guru-guru DGA32(KUP) Time Base yang memohon untuk mengisi jawatan sebagai GPK pada tahun lepas.
Panel temuduga diketuai oleh En.Rosli Chik,Ketua Unit,Unit Naik Pangkat,JPN Terengganu. Sistem syarat temuduga (20 markah) telah diperkenalkan oleh KPM untuk urusan naik pangkat hakiki dari DGA32 KUP Time Base ke DGA32 mengisi jawatan GPK atau Penyelia di PPD dan JPN pada 1 Julai 2010.
Sebagaimana calon-calon yang ditemuduga terdahulu , terdapat segelintir calon yang kurang membuat persediaan. Ada isu-isu pendidikan yang remeh dan mudah tidak difahami serta tidak dapat dijawab oleh calon dengan baik serta meyakinkan. Lebih malang lagi terutama calon dari SKM yang telah memegang jawatan pengurusan bertahun-tahun tetapi mendapat markah yang kurang muaskan terutama aspek kemahiran,kegiatan dan sumbangan (35%) hingga tidak mampu markah temuduga (20%) dan prestasi (45%) untuk "cover"nya. Dalam erti kata yang lain ruang kemahiran,kegiatan dan sumbangan dalam borang permohonan tidak dilengkap dengan sempuna oleh calon. Inilah puncanya bagaimana mereka yang hebat gagal mempamerkan kehebatan hingga terlepas peluang.
Tidak semua calon akan ditawarkan justru kekosongan tempat yang terhad. Mereka yang tidak menerima apa-apa tawaran sehingga 3I Ogos 2011 sila isi borang permohonan baru untuk Tahun 2012 yang akan diiklan dan disiarkan melalui blog ini.Perbaiki apa jua kelemahan untuk persediaan temuduga masa hadapan.

Wednesday, July 27, 2011
Sekolah Baru Tahun 2012
KUALA TERENGGANU - Jika segala perancangan dan pelaksanaan mengikut jadual pada tahun 2012,dua buah sekolah baru akan dibuka untuk beroperasi. Sekolah-sekolah berkenaan ialah SK Seri Jaya,Binjai,Kemaman dan SK Padang Setengir,Hulu Terengganu.
Menurut Pn.Hajah Wan Salmah Wan Hamat,Ketua Unit Pembangunan kerja-kerja pembinaan sekolah-sekolah berkenaan berjalan lancar dan pencapaiannya melebihi 70%. Berdasarkan pengalaman dan perkembangan semasa sasaran untuk beroperasi pada tahun hadapan akan dapat dicapai ,tegas beliau.
Semalam beliau berasama Ketua Unit Sekolah Rendah dan Penolong-Penolong Pengarah Data dan Guru dari Unit Sekolah Rendah telah membuat tinjauan di SK Seri Jaya,Kemaman. Sementara isu SK Padang Setengir pernah dilawati oleh Ketua Setiausaha Kementerian sebelum ini. Perkembangan projek dua sekolah ini dan lain-lain projek pembangunan pendidikan di Terengganu juga telah dibincang dalam mesyuarat bulan lepas dan sentiasa mendapat perhatian dan kecaknaan KPM.
Kita berharap kelewatan membuka sekolah untuk beroperasi walaupun perjawatan telah diluluskan seperti SK Gong Pasir,Dungun kerana isu-isu yang sepatut dan boleh diselesaikan oleh kontraktor dan agensi berkaitan tidak akan berulang. Kita berharap pihak-pihak yang berkepentingan dan terbabit dengan pembinaan dua sekolah ini terutamanya memahami aspirasi kerajaan meluluskan pembinaan sekolah-sekolah bukan sekadar penyediaan kemudahan awam untuk rakyat tetapi lebih besar dari itu ialah menyediakan dan membina insitusi untuk menjana modal insan terbilang bagi survival dan warisan pimpinan masa depan bangsa,agama dan negara. Sepatutnya apa jua "kecacatan" dalam menyiap dan mengurus projek pendidikan tidak ada peluang kedua atau secalit ampun dan maaf.

SK Seri Jaya,Kemaman bakal dibuka tahun depan
Bangunan tambahan siap sekolah akan menjadi satu sesi
Terdapat beberapa faktor sekolah menjadi dua sesi . Bila dua sesi jarang orang mengatakan ianya bagus. Majoriti sama ada ibubapa,guru mahupun murid akan mengatakan ianya menyusahkan. Persoalannya sekolah terpaksa diadakan dua sesi sama ada secara kekal atau sementara. Antara punca-punca menjadikan persekolahan dua sesi;-
Sementara itu pihak PPD perlu mengenalpasti lebih awal tempat bagi mengisi jawatan PK Petang yang dikosongkan akibat persekolahn satu sesi ke jawatan Penolong Kanan lain di sekolah lain dalam daerah yang sama. PK Petang adalah jawatan gred hakiki DGA32 yang boleh ditukar setara sama ada sebagai PK Pentadbiran dan sebagainya.
Persekolahan satu sesi akan hanya terlaksana seratus peratus bilamana sekolah-sekolah secara tradisinya berada dalam sesi petang dibina bangunan tambahan dan kawalan had kemasukan ataupun pembinaan sekolah baru sebagaimana sekolah rendah di daerah Setiu seratus peratus mengadakan persekolahan satu sesi.
- pertambahan penduduk sekitar secara mendadak dan tiada bangunan atau kelas tambahan dibina. Keadaan ini berkemungkinan menjadikan persekolahan dua sesi yang tegar dan berpanjangan.
- bangunan lama diroboh dan dibina semula
- pertambahan permintaan ibubapa penjaga yang tertumpu di sesebuah sekolah menyebabkan ketidakcukupan kelas dan bangunan tambahan dalam proses dibina
Sementara itu pihak PPD perlu mengenalpasti lebih awal tempat bagi mengisi jawatan PK Petang yang dikosongkan akibat persekolahn satu sesi ke jawatan Penolong Kanan lain di sekolah lain dalam daerah yang sama. PK Petang adalah jawatan gred hakiki DGA32 yang boleh ditukar setara sama ada sebagai PK Pentadbiran dan sebagainya.
Persekolahan satu sesi akan hanya terlaksana seratus peratus bilamana sekolah-sekolah secara tradisinya berada dalam sesi petang dibina bangunan tambahan dan kawalan had kemasukan ataupun pembinaan sekolah baru sebagaimana sekolah rendah di daerah Setiu seratus peratus mengadakan persekolahan satu sesi.
Monday, July 25, 2011
Urusan Pemangkuan Guru Besar DG41 ke DG44 (KUP) Tahun 2011
Kepada semua rakan Guru Besar yang berkelayakan,permohonan bagi tujuan pemangkuan Guru Besar DG41 ke DG44(KUP) telah disiarkan melalui KP(PP) SULIT 0063/57/20 Jld.1(27) bertarikh 18 Julai 2011 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia . Siaran ini telah menerangkan syarat-syarat,kaedah permohonan dan dokumen yang diperlukan.
Klik DI SINI untuk keterangan lanjut
Jika tuan/puan mempunyai pertanyaan sila berhubung dengan pegawai Unit Naik Pangkat,
Jabatan Pelajaran Terengganu.
Bersama calon PMR dan SPM,SMK Putra Jaya
PERMAISURI - Pagi tadi saya diizinkan Allah untuk bersama para pelajar PMR dan SPM,SMK Putra Jaya,Setiu setelah beberapa kali pindaan tarikh justru kesibukan saya sendiri. Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada En. Razali,Pengetua SMK Putra Jaya,Kaunselor Pelajar dan Guru-Guru Projek PMR dan SPM kerana memahami kekangan masa yang saya hadapi.
Seramai seratus orang lebih sedikit calon PMR dan SPM telah bersedia mendengar ceramah motivasi dari saya.Sebelum itu saya telah mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai latarbelakang pelajar daripada GPK Hal Ehwal Murid dan Kaunselor Pelajar. Mereka mengatakan pelajar mereka kurang semangat,tidak minat belajar dan bla..bla...bla.. Info-info ini sangat berguna bagi saya walaupun berpengalaman lebih dua puluh tahun mengendali kursus dan ceramah kepada pelbagai peringkat termasuk pelajar kerana isu dan latar berbeza memerlukan metodologi berbeza serta teknik yang berbeza...
Alhamdulillah sepanjang hampir dua jam berintraksi tidak ada seorangpun kabur meninggalkan bilik ceramah bahkan ada minta tambah satu jam lagi. Memang benar sebagai jangkaan awal saya bahawa majoriti pelajar tidak ada impian dan wawasan belajar yang jelas.Jika mereka berada dalam situasi tiada kehendak dan kemahuan berilah apa tips sekalipun memang tidak ada gunanya. Inilah yang selalu saya sebutkan tugas besar guru,ibubapa,pemimpin dan masyarakat ialah bagaimana untuk "membangun" kehendak dan kemahuan agar terdorong dalaman diri mereka untuk bertindak dan berbuat secara bersengaja atas kesedaran diri sendiri.
Kita percaya bila terbinanya platform hala tuju yang jelas atas kemahuan kendiri yang kuat tidak perlu lagi "pemaksaan" tetapi cukup dorongan berterusan secara positif dan sesekali secara provokatif terpimpin.Barangkali perkara yang boleh membangkitkan "kemahuan dan kesadaran" pelajar ialah membimbing dan memimpin mereka untuk;
Apapun saya amat berharap melalui wacana selama dua jam bersama calon PMR dan UPSR SMK Putra Jaya,Setiu memberi sedikit sebanyak impak untuk membangun kehendak,kesadaran dan yang penting melaksanakan tindakan-tindakan sesuai dengan sifat dan watak sang juara...yang hebat,berani,cekal,gigih,bijaksana,pantas meraih peluang mencipta kecemerlangan dan keterbilangan diri.
Syabas ! Selamat Menghadapi PMR dan SPM 2011 kepada pelajar-pelajar SMK Putra Jaya...

- faham,jelas dan nampak apa yang ingin dicapai - hendak biar berupa ( Dato' Cg Rahim bin Tahir)
- memahami kemuliaan,kehebatan,potensi dan destini kemenjadian diri - konsep juara
- ancaman dan amaran survival (perjuangan hidup mati) pada masa depan - persaingan dan perubahan
- imejan diri pada masa depan - cabaran dan realiti sepuluh duapuluh tahun akan datang
Apapun saya amat berharap melalui wacana selama dua jam bersama calon PMR dan UPSR SMK Putra Jaya,Setiu memberi sedikit sebanyak impak untuk membangun kehendak,kesadaran dan yang penting melaksanakan tindakan-tindakan sesuai dengan sifat dan watak sang juara...yang hebat,berani,cekal,gigih,bijaksana,pantas meraih peluang mencipta kecemerlangan dan keterbilangan diri.
Syabas ! Selamat Menghadapi PMR dan SPM 2011 kepada pelajar-pelajar SMK Putra Jaya...
Friday, July 22, 2011
Renungan Jumaat - Perjuangan dan hijrah
Sempena dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini,Renungan Jumaat memetik satu kisah mengenai makna perjuangan dan hijrah untuk kita jadikan motivasi dalam kehidupan agar kita sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. Hayatinya....
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya
." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."
Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
Thursday, July 21, 2011
Tahniah kepada Sekolah Calon SBT Terengganu 2011
KUALA TERENGGANU - Beberapa hari yang lepas saya telah menerima email daripada Pn. Anisah Ariffin,Penolong Pengarah dari Sektor ICT,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan senarai url web dan blog sekolah-sekolah Band 1 yang dicalonkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi 2011.Mengikut Pn.Anisah web/blog sama ada modifikasi yang sedia ada atau binaan baru adalah hasil kursus pembinaan laman web calon sekolah SBT kepada semua EIO sekolah-sekolah terbabit.
Saya telah membuka setiap laman web/blog sekolah terbabit dan merasa amat terharu kerana produk atau hasil kerja yang dihasilkan. Tahniah semua EIO yang telah membina laman web/blog yang cukup baik dan berkualiti.Sebagai pegawai meja projek ini saya merasa cukup bangga dengan usaha-usaha ini. Setidak-tidaknya dunia luar akan dapat mengenali kita kerana antara salah satu tujuan SBT ialah menjadikan sekolah SBT sebagai "showcase" dalam dan luar negara. Senarai sekolah calon SBT dan link web/blog telah saya linkkan pada menu sebelah kiri blog ini.
Kita sangat berharap usaha menjadikan web/blog sekolah sebagai wahana intraktif antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat massa menjadi kewajipan dan dilaksanakan dengan penuh iltizam. Antara perkara yang patut dilaksanakan antaranya;
Saya berharap web/blog sekolah-sekolah SBT,Kluster dan calon-calon SBT akan menjadi popular dan penuh makna. Ianya bergantung kepada Pengurus Sekolah ,EIO dan pasukan web/blog sekolah. Banyak web/blog sekolah yang bagus basi dan mati bila Guru Besar bertukar atau admin bertukar atau malas update.
Sayang rasanya membiarkan sesuatu yang cantik,comel berkubur begitu sahaja.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Nasir Ismail,Ketua Sektor,Sektor ICT,pegawai Sektor ICT,EIO dan Guru Besar calon Sekolah SBT. Semoga usaha kita ini beroleh manafaat dan kejayaan nanti.

- promosi web/blog melalui surat,facebook,twitter,email sekolah,papan tanda dan sebagainya
- sentiasa update dengan pelbagai berita,rencana sesuai,gambar dan sebagainya yang terkini
- masukkan info-info yang menjadi sumber rujuk
- design dan interface yang ceria dan menarik
- wujudkan ruang interaktif seperti chat box,alumnai dan sebagainya
Saya berharap web/blog sekolah-sekolah SBT,Kluster dan calon-calon SBT akan menjadi popular dan penuh makna. Ianya bergantung kepada Pengurus Sekolah ,EIO dan pasukan web/blog sekolah. Banyak web/blog sekolah yang bagus basi dan mati bila Guru Besar bertukar atau admin bertukar atau malas update.
Sayang rasanya membiarkan sesuatu yang cantik,comel berkubur begitu sahaja.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Nasir Ismail,Ketua Sektor,Sektor ICT,pegawai Sektor ICT,EIO dan Guru Besar calon Sekolah SBT. Semoga usaha kita ini beroleh manafaat dan kejayaan nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)