UPSR terus dikekalkan - TPM
PUTRAJAYA 9
Sept. - Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan terus dikekalkan bagi mengukur tahap
kemampuan pelajar selepas enam tahun berada di sekolah rendah.
Beliau
berkata, paling penting peperiksaan itu mampu menilai sejauh mana penguasaan
pelajar-pelajar terhadap setiap ilmu pengetahuan yang diajar oleh para guru
terutama melibatkan subjek-subjek utama.
Mengenai
jumlah keseluruhan calon UPSR tahun ini beliau berkata sebanyak 472,853 pelajar
terlibat di 8,299 pusat peperiksaan.
Beliau
bercakap kepada pemberita selepas meninjau hari pertama peperiksaan UPSR di
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (2) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment